NUFFNANG

:: Welcome ::

Vanakkam and welcome to my own blog. This blog contains my own creations, my thoughts, my favourites and etc etc. any comments e-mail me at maya5318@gmail.com. Take care and happy alwayz!!!!





Wednesday, December 2, 2009

ASIA PASIFIC CONFERENS (APAC’10)

KONFERENS ASIA PASIFIK
MAHASISWA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 2010

ASIA PASIFIC CONFERENS
(APAC’10)

“PEMBINAAN MODAL INSAN NEGARA BERMULA DARIPADA KANAK-KANAK ”

TARIKH

29 & 30 JANUARI 2010 (JUMAAT & SABTU)

TEMPAT

Kompleks Perdana Siswa
Universiti Malaya
50603 Kuala Lumpur, Malaysia (Cadangan)

ANJURAN

JABATAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN DAN KAUNSELING
FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI MALAYA

DENGAN KERJASAMA

Persatuan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Universiti Malaya
(PPAKKUM)


2.2 Tema Konferens

2.2.1 Kanak-kanak sebagai aset berharga sesebuah negara
2.2.2 Polisi pendidikan awal kanak-kanak.
2.2.3 Anjakan paradigma terhadap pembinaaan pendidikan
awal kanak-kanak.
2.2.4 Kerjaya bidang pendidikan awal kanak-kanak.
2.2.5 Penglibatan dan kerjasama ibu bapa dan komuniti
masyarakat dalam membangunkan modal insan kelas pertama.
2.2.6 Pengurusan sistematik untuk kanak-kanak kurang upaya
2.2.7 Pembelajaran kondusif untuk keperluan kanak-kanak
kurang upaya.
2.2.8 Keperluan polisi ke arah memanfaatkan program pendidikan awal
kanak-kanak.
2.2.9 Faktor kritikal bagi pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
untuk meneroka dan membesar .
2.2.10 Pembinaan kemahiran insaniah kanak-kanak .

3.0 Objektif Konferens

Konferens ini bertujuan untuk:

3.1.1 Meneroka isu, cabaran dan hala tuju pelbagai disiplin dalam pembinaan modal insan melalui bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak;
3.1.2 Meninjau implikasi kajian empirikal tentang Pendidikan Awal Kanak-Kanak dalam masyarakat budaya pelbagai;
3.1.3 Membincang trend yang dikehendaki bersesuaian dengan amalan, latihan dan penyelidikan dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak untuk pembinaan modal insan dan
3.1.4 Menggalakkan peningkatan pengetahuan dalam komuniti Pendidikan Awal Kanak-kanak .


4.0 Butir-Butir Konferens

4.1 Peserta

Peserta terdiri daripada :
1) Peserta pembentang kertas kerja
2) Peserta program

Dijangka seramai 500 orang peserta khususnya dalam kalangan pelajar dari pelbagai institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang mengambil kursus dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Peserta-peserta lain terdiri daripada ahli profesional, pemimpin kerajaan, pentadbir, para akademik, penyelidik, pendidik dan pelajar yang akan turut menyertai persidangan ini.


4.2 Ucaptama

Empat orang ucaptama akan diundang ke persidangan ini:
1. Prof. Dr Khadijah Rohani Mohd Yunus (Cadangan)
2. Nurfazura Sharifudin (Cadangan)
3. Pegawai dari Kementerian Pelajaran Malaysia (Cadangan)
4. Guru Tadika Seri Soka (Cadangan)

5.0 Program


Program persidangan akan disusun supaya mengandungi:

5.1.1 Ucaptama

Sebanyak empat orang ucaptama akan diundang untuk memberi input sepanjang persidangan ini.
Sesi Selari
Terdapat sebanyak enam sesi selari sepanjang persidangan. Setiap peserta yang berminat akan diberi peluang selama 20 minit untuk membentang kertas kerja mereka sewaktu sesi selari.

5.1.2 Sesi Planeri
Terdapat satu Sesi Pleneri yang akan berlangsung semasa persidangan.

5.1.3 Selaras dengan persidangan, pameran akan diadakan di Gazebo Kompleks Perdanasiswa dan pameran ini terbuka kepada syarikat-syarikat dan organisasi yang berkaitan.

ATURCARA PROGRAM

Hari Pertama (29 JANUARI 2010)

Masa Aturcara

8.00 am : Pendaftaran
9.00 am : Majlis Perasmian
9.30 am : Ucaptama 1
10.30am : Minum Pagi
11.00am : Sesi Selari 1
1.00 pm : Makan Tengahari
2.00 pm : Bengkel 1
4.00 pm : Minum Teh
4.30 pm : Ucaptama 2
5.30 pm : Bersurai

Hari Kedua (30 JANUARI 2010)

Masa Aturcara

8.30am : Ucaptama 3
9.30am : Sesi Selari 2
11.00am: Minum Pagi
11.30am: Sesi Selari 3
1.00pm : Makan Tengahari
2.00pm : Sesi Plenari 1
3.00pm : Minum Petang
3.30pm : Ucaptama 4
4.30pm : Majlis Penutup
5.30pm : Bersurai

YURAN PERSIDANGAN


Yuran persidangan yang termasuk makan tengahari (3 kali) dan minum petang (6 kali) adalah ditetapkan seperti berikut:

Peserta individu institusi awam dan swasta : RM 100

Peserta institusi awam dan swasta
(dalam kumpulan 10 orang) : RM 800

Peserta individu Universiti Malaya : RM 60

Peserta Universiti Malaya
(dalam kumpulan 10 orang) : RM 500

Guru tadika dan taska : RM 100

* JIKA ADA SEBARANG MASALAH SILA HUBUNGI NOOR AZLIZA BINTI ABDULLAH (KETUA BIRO PERHUBUNGAN LUAR APAC'10)
achuliza@yahoo.com
012-3474362