NUFFNANG

:: Welcome ::

Vanakkam and welcome to my own blog. This blog contains my own creations, my thoughts, my favourites and etc etc. any comments e-mail me at maya5318@gmail.com. Take care and happy alwayz!!!!





Monday, July 26, 2010

Kaaka Kaaka

What a film.... love + Action. Last week i gt an oppurtunity to watch the movie of my fav in astro vaanavil.... Love a lot Jo and surya ... they really rocks.... although have seen this movie 10 times alredi but still this is my Top Ranked Film. My heart is really touched during the conversation between maya and anbuchelvan.... I still remember each and every word told by maya....

6th week

21 Jun 2010
Hari ini seperti biasa saya sampai ke taska pada pukul 7.45 pagi. Selepas 2 minggu cuti saya berasa agak lain untuk bertugas di tadika hari ini. Hari ini saya diberitahu oleh cikgu Geetha bahawa saya dan Wee perlu menyediakan rancangan pengajaran untuk minggu ini. Keadaan ini membuatkan saya agak stress kerana terdapat banyak lagi tugas yang perlu saya dan Wee siapkan. Namun begitu saya dan Wee bertekad akan memberikan cikgu-cikgu di situ rancangan pengajaran esok.
Pada pukul 8.45 pagi loceng dibunyikan. Hari ini circe time dikendalikan oleh Wee. Mula-mula Wee telah memperkenalkan tema pada minggu ini iaitu bentuk. Hari ini Wee memperkenalkan bentuk bulat kepada kanak-kanak. Wee menggunakan beberapa ABM untuk memperkenalkan bentuk bulat kepada kanak-kanak. Pada pukul 9.00 pagi kanak-kanak diberi makan pagi iaitu cereal.
Pada pukul 9.30 pagi kanak-kanak berkumpul di ruang Jr untuk aktiviti outdoor play. Hari ini outdoor play lebih berfokuskan sand play. Saya dan Wee turun bersama dengan kanak-kanak untuk bermain pasir. Saya dan Wee mengajar kanak-kanak untuk membuat istana pasir. Kanak-kanak kelihatan seronok semasa membuat istana pasir. Kanak-kanak kelihatan seronok semasa bermain pasir. Hanya Kenji yang tidak mahu bermain pasir kerana dia takut kotor. Hari ini seorang kanak-kanak baru bernama Areef telah menyertai childrenhouse dan dia merupakan kanak-kanak yang agak aktif dan tidak suka mendengar cakap guru.
Pada pukul 10.15 pagi kanak-kanak membersihkan diri mereka dengan air. Selepas itu terdapat aktiviti circle time untuk jr dan hari ini Wee telah mengajar kanak-kanak dengan lagu We put a red circle in and we put a red circle out , and we put a red circle and shake it all about and we do they hokey pokey and turn around, this is all about. Kanak-kanak memegang bulatan yang berlainan warna dan apabila warna mereka dipanggil kanak-kanak perlu membuat aksi. Kanak-kanak kelihatan seronok membuat aktiviti ini kerana mereka memberi kerjasama semasa aktiviti ini dijalankan. Selepas itu lagu jolly phonics dimainkan dan kanak-kanak bernyanyi. Pada pukul 11.15 pagi kanak-kanak diberi snack time iaitu biskut tiger.
Selepas itu saya telah membantu cikgu Mary untuk memandikan kanak-kanak dan selepas itu Wee dan saya memberi makanan kepada kanak-kanak yang perlu makan tengahari sebelum diambil oleh ibu bapa mereka. Shaun mengambil masa yang agak lama untuk makan, ibu dia sampai di taska dan meminta Shaun menghabiskan makanannya. Ibu Shaun memberi penjelasan kepadanya mengapa dia perlu menghabiskan makanannya.
Pada pukul 12.45 sesi petang bermula dan hari ini merupakan sambutan harijadi Tisya. Seperti biasa lagu birthday dinyanyikan. Saya balik ke apartmen pada pukul 1.45 petang.












22 Jun 2010
Hari ini saya sampai ke taska pada pukul 7.50 pagi. Selepas itu cikgu Faslina meminta saya untuk membuat kad harijadi kepada Erica hari ini kerana dia akan menyambut hari jadinya yang kelima pada hari ini. Selepas itu saya pergi mengawal kanak-kanak yang berada di ruang circle time supaya mereka tidak berlari ke sana sini. Saya dan Wee cuba print rancangan pengajaran yang perlu diberikan kepada guru tetapi kami tidak dapat memasuki pejabat kerana penuh.
Pada pukul 8.45 pagi loceng dibunyikan. Hari ini merupakan sambutan hari jadi Erica. Ibu dan kakaknya turut bersama untuk meraikan hari jadinya di small wonder children house. Mula- mula birthday walk selepas itu Erica meniup lilin dan memotong kek. Selepas itu cikgu Jelita membacakan kad hari jadi yang direka oleh kelas jr dan sr. Selepas itu kanak-kanak diberi party pack. Kanak-kanak diberi makan pagi iaitu bihun goreng pada pukul 9.15 pagi.
Pada pukul 9.45 pagi, kanak-kanak jr berkumpul di ruang jr untuk sesi circle time. Wee telah mengendalikan circle time untuk jr. Hari ini bentuk segiempat diajar. Wee telah menunjukkan beberapa contoh barang yang mempunyai bentuk segiempat seperti bantal, tiles. Selepas itu kanak-kanak diberi bentuk segi empat tepat dan bentuk segi empat sama untuk mereka membuat perbandingan. Kanak-kanak duduk dalam kumpulan supaya cikgu boleh memberitahu perbandingan antara segi empat sama dengan segi empat tepat. Denise dapat memberitahu perbezaan kedua-dua segi empat dengan betul. Chung Wei dapat mengenalpasti bentuk segi empat dan segi empat tepat tetapi dia tidak dapat menyatakan perbezaan di antara segi empat sama dengan segi empat tepat.
Selepas itu Wee telah meminta kanak-kanak untuk menekap dan mewarnakan kertas yang diberi kepada kanak-kanak dengan permukaan yang berbeza. Kanak-kanak kelihatan seronok menekap di permukaan yang berbeza kerana mungkin kerana mereka dapat merasa permukaan yang berbeza menggunakan tangan mereka.
Pada pukul 10.45 pagi sambutan hari jadi cikgu Sheila diadakan. Selepas itu kanak-kanak diberi snack time iaitu kek hari jadi Erica. Selepas itu saya membantu cikgu Mary untuk memandikan kanak-kanak. Selepas itu saya memberi makanan kepada kanak-kanak yang perlu makan tengahari. Shaun memakan makanan dia agak lambat dan saya diberitahu bahawa Shaun ada kelas arts namun dia tidak pergi. Oleh itu saya terpaksa menyuap nasi.
Pada pukul 12.45 terdapat circle time, dan hari ini hari jadi cikgu Sheila disambut pada waktu petang. Saya balik ke rumah pada pukul 1.45 petang.














23 Jun 2010
Hari ini saya sampai ke taska pada pukul 7.50 pagi. Hari ini merupakan hari jadi saya. Oleh itu setelah saya sampai ke sana cikgu-cikgu di situ mengucapkan selamat hari jadi kepada saya. Selepas itu saya duduk bersama kanak-kanak untuk memantau kanak-kanak yang bermain dengan peralatan Montessori. Hari ini ibu Chung Wei memberikan gambarnya kepada saya.
Pada pukul 8.45 pagi loceng dibunyikan. Hari ini hari jadi saya disambut semasa circle time. Pada mulanya saya membuat birthday walk dengan kek harijadi. Selepas itu saya menari dengan cikgu Sheila untuk lagu Tamil. Selepas itu Wee telah membacakan kad hari jadi yang dibuat untuk saya dari kelas jr dan kelas sr. Pada pukul 9.15 pagi kanak-kanak diberi makan pagi iaitu bubur ikan.
Selepas makan pagi, Wee mengendalikan circle time untuk kanak-kanak jr. Kanak-kanak menyanyikan beberapa nursery rhymes. Selepas itu saya mengambil kedatangan. Saya merasakan hari ini kanak-kanak kurang berkelakuan baik kerana mereka tidak memberi tumpuan terhadap apa yang saya cakap. Saya terpaksa membuat aktiviti simon says supaya saya mendapat perhatian mereka balik dalam waktu pengajaran dan pembelajaran.
Sesi seterusnya dikendalikan oleh Wee di mana Wee mengajar bentuk segi tiga pada hari ini. Dia menggunakan beberapa kepingan segitiga daripada barangan Montessori untuk menerangkan konsep konsep segitiga. Konsep corner dan juga sight telah diajar kepada kanak-kanak. Selepas itu setiap kanak-kanak diminta untuk memilih bentuk yang cikgu sebut dan perlu menekap dan melukis di papan. Selepas itu Wee telah membacakan buku cerita yang bertajuk Donald Making Sandwich. Selepas itu saya mengendalikan sesi membuat sandwich.
Hari ini saya mengajar kanak-kanak membuat Sandwich yang berbentuk segi tiga. Sebelum membuat sandwich kanak-kanak perlu membasuh tangan mereka dan duduk di tempat yang disedikan dan mendengar pada arahan saya. Saya membuat demo bagaimana untuk membuat sandwich. Selepas itu kanak-kanak menyapu sardin dan meletakkan keju dan memakan roti tersebut. Kanak-kanak kelihatan seronok semasa membuat sandwich. Selepas itu kanak-kanak sesi pagi balik ke rumah.
. Selepas itu saya membantu cikgu Mary untuk memandikan kanak-kanak. Selepas itu saya memberi makanan kepada kanak-kanak yang perlu makan tengahari. Pada pukul 12.45 tengahari sesi bercerita oleh cikgu tee telah dilakukan. Saya dan Wee membatu cikgu Sheila untuk membuat kapal layar. Selepas itu saya balik ke rumah pada pukul 1.30 petang.















24 Jun 2010
Hari ini saya sampai ke taska pada pukul 7.50 pagi. Hari ini saya bertugas di gate duty di mana saya perlu mengambil kanak-kanak dari kenderaan ibu bapa mereka dan mencatatkan suhu badan mereka di kertas yang disediakan. Hari ini Areef menangis semasa cikgu mengambilnya dari kereta. Namun selepas dipujuk oleh cikgu Geetha di kemudiannya pergi bermain. Pada pukul 8.50 pagi kanak-kanak yang bernama Samantha T tiba di taska. Samantha sejak kebelakangan ini menangis kuat apabila tiba di sini dan selalunya di berada di pejabat dengan pengetua-pengetua di sini. Saya merasakan Samantha mula bermanja dan meminta perhatian dengan menangis begitu kuat di situ.
Hari ini story time oleh cikgu Tee untuk sesi pagi. Saya tidak dapat melihat story time tersebut kerana bertugas di pintu. Pada pukul 9.15 pagi kanak-kanak diberi makan pagi iaitu sausage dengan roti bakar. Kanak-kanak kelihatan sungguh berselera memakan makanan yang dihidangkan.
Pada pukul 9.40 pagi pensyarah dari Segi Kolej tiba untuk menilai cikgu Githa yang menjalani praktikal di sini. Oleh itu saya bersama dengan cikgu-cikgu yang lain membantu cikgu mengendalikan pengajaran dan pembelajaran pada hari ini. Hari ini cikgu Geetha mengajar kanak-kanak bentuk dan cikgu Geetha mennyediakan dua jenis permainan untuk kanak-kanak bermain. Permainan pertama ialah spying game di mana guru akan memberi teka-teki yang berkaitan dengan bentuk, contohnya, saya hendak kamu tunjukkan bentuk yang mempunyai tiga sudut dan kanak-kanak perlu menunjukkan bentuk yang melengkapi ciri-ciri tersebut.
Permainan yang kedua ialah permainan I aim iaitu kanak-kanak perlu mencampakkan beg kacang ke dalam lubang yang cikgu sebut. Kanak-kanak dibahagikan kepada dua kumpulan bagi memudahkan perjalanan rancangan pengajaran. Kanak-kanak kelihatan sungguh seronok dan gembira membuat aktiviti tersebut.
Selepas itu pada pukul 10.30 pagi Wee telah mengendalikan rancangan pengajarannya di mana kanak-kanak perlu memadankan bentuk yang betul di kertas lembaran kerja, selepas itu kanak-kanak perlu membuat stamping di sebelah bentuk tersebut. Kebanyakan kanak-kanak sungguh gembira membuat kerja tersebut. Pada pukul 11.15 pagi, kanak-kanak kelas jr diberi snack dan seterusnya mereka balik ke rumah.
Seperti biasa saya membantu cikgu Mary untuk memandikan kanak-kanak. Selepas itu saya memberi makanan kepada kanak-kanak yang perlu makan tengahari. Pada pukul 12.45 pagi sesi yang kedua bermula. Wee telah mengendalikan circle time. Wee memberi kanak-kanak bentuk daan selepas itu kanak-kanak perlu menari mengikut arahan. Pada pukul 1.15 petang kanak-kanak diberi makan tengahari iaitu mee goreng.
Selepas itu pelajar dari kolej segi tiba untuk menjalankan beberapa aktiviti dengan kanak-kanak jr yang berada di situ. Sementara itu circle time di kelas jr dikendalikan oleh cikgu Geetha dan kanak-kanak menyanyikan beberapa nursery rhymes. Selepas itu permainan I spy dan I aim dijalankan.
Pada pukul 2.30 petang kanak-kanak jr dibawa ke kelas sr supaya murid-murid dari kelas sr dapat melakukan latihan untuk konsert. Saya dan Wee menunjukkan apakah barangan yang terdapat di kelas sr. Selepas itu cikgu Geetha membacakan cerita kepada kanak-kanak. Pada pukul 3.15petang kanak-kanak diberi snack time dan selepas itu mereka balik ke rumah. Saya balik ke rumah pada pukul 4.00 petang.


25 Jun 2010
Hari ini merupakan hari terakhir yang akan saya bertugas di small wonder childrenhouse. Saya berasa amat sedih mengenangkan hari ini hari terakhir saya. Saya sampai ke taska pada pukl 7.50 pagi. Hari ini saya duduk di hall kanak-kanak jr dan bermain dengan kanak-kanak yang lain. Selepas itu saya memberikan hadiah kepada Chung Wei kanak-kanak yang menjadi kajian kes saya.
Cikgu Jeffeny yang menjadi penyelia saya telah memanggil saya dan menanyakan tentang rancangan pengajaran saya dan mengatakan bahawa saya tidak memberikan rancangan pengajaran saya. Saya agak tertekan kerana saya selalu memberikan rancangan pengajaran saya cikgu Jeffeny sebelum menjalankan rancangan pengajaran saya namun dia akan memberikan kepada saya balik. Saya terpaksa mencari rancangan pengajaran saya kepada cikgu Jeffeny dan memberikan kepadanya supaya dia dapat menulis komen bagi rancangan pengajaran yang saya buat.
Pada pukul 8.45 pagi, loceng dibunyikan. Kanak-kanak sesi pagi berkumpul di ruang jr untuk sesi circle time. Selepas itu cikgu Jelita telah mengendalikan sesi Farewell untuk saya dan Wee. Kanak-kanak menyanyikan lagu I Love You menjadikan hati saya berasa sebak. Kanak-kanak selepas itu memeluk saya dan Wee dan Puan Jelita memberikan hadiah sebagai penghargaan kami berada di sini.
Selepas itu sambutan hari jadi Farrel telah dijalankan. Seperti biasa Farrel membuat birthday walk dan selepas itu meniup lilin dan memotong kek. Selepas itu cikgu Jelita telah membacakan kad harijadi daripada setiap kelas. Farrel memberikan birthday pack kepada kanak-kanak dan guru-guru yang berada di situ. Pada pukul 9.30 pagi kanak-kanak diberi makan pagi iaitu roti canai. Selepas itu terdapat persembahan dari badut sempena hari jadi Farrel sehingga pukul 11.00 pagi. Selepas itu saya membantu cikgu Mary memandikan kanak-kanak untuk kali yang terakhir. Selepas itu saya memberi makanan kepada kanak-kanak.
Selepas itu saya dan Wee memberikan cenderamata kami kepada semua guru yang berada di situ. Guru-guru di situ memeluk kami dan mengucapkan terima kasih dan meminta kami untuk bertugas di sini lagi pada masa hadapan.
Selepas itu saya dan Wee telah membantu guru-guru di situ untuk membuat editing untk lagu-lagu konsert. Saya berasa agak sedih kerana tidak dapat meluangkan masa kepada kanak-kanak sesi petang. Setelah habis saya dan Wee telah balik ke rumah. Ini merupakan jurnal terakhir saya bagi taska dan saya berasa agak sedih kerana terdapat banyak kenangan di taska ini dan saya mendapat pengalaman yang agak banyak mengendalikan tingkah laku kanak-kanak.

5th week

31 May 2010
Hari ini saya sampai ke taska pada pukul 7.50 pagi. Selepas sampai saya mula menyiapkan barangan untuk circle time hari ini. Saya bertugas untuk mengawal circle time untuk seluruh minggu ini. Tema minggu ini adalah dental care. Saya telah mengambil modal gigi dan mula merancang apa yang perlu saya sampaikan pada circle time hari ini. Sementara itu saya juga telah menjaga hall. Tugas saya ialah memastikan kanak-kanak tidak bergaduh dan berlari. Selepas itu saya meminta cikgu Jeffeny untuk membantu saya memberikan surat kepada emak Chung Wei untuk kajian kes saya. Emak Chung Wei telah bersetuju dan saya berharap agak gembira.
Pada pukul 8.45 pagi, loceng telah dibunyikan dan kanak-kanak duduk untuk circle time. Untuk mendiamkan mereka saya telah meminta mereka untuk menyanyikan lagu if u happy and u know it. Selepas itu saya meminta kanak-kanak untuk duduk dengan senyap. Selepas itu saya meminta kanak-kanak apakah hari ini, selepas itu saya meminta mereka menyanyikan lagu tujuh hari.
Selepas itu saya meminta kanak-kanak menceritakan pengalaman mereka tentang apakah yang mereka buat dalam cuti ini kerana terdapat 3 hari cuti pada minggu lepas. Kanak-kanak yang kebanyakan daripada kelas sr telah menceritakan pengalaman mereka tentang bagaimana mereka meluangkan cuti mereka.
Selepas itu saya terus kepada tema pada minggu ini iaitu dental care. Saya telah memberitahu kanak-kanak tentang milk teeth dengan adult teeth dan membincangkan perbezaan dalam kuantiti dan mengapa berlaku sedemikian. Selepas itu saya mengajar kanak-kanak lagu this is the way we brush out teeth. Selepas itu saya membuat bee hive dan kanak-kanak beratur mengambil makan pagi mereka iaitu cereal.
Selepas itu kanak-kanak ada outdoor play iaitu untuk bermain di luar. Kanak-kanak memberi makanan kepada arnab. Chung Wei kelihatan gembira bermain tetapi dia suka bermain berseorangan jika dibandingkan dengan kawan-kawannya. Saya juga boleh melihat bahawa dia suka bermain papan gelungsor. Selepas outdoor play kanak-kanak diminta untuk pergi ke library supaya boleh menjaga kanak-kanak yang hendak ke tandas.
Selepas itu kanak-kanak perlu berkumpul untuk circle time. Cikgu Mary mengambil kedatangan dan saya mendapat tahu bahawa 5 orang kanak-kanak tidak hadir pada hari ini. Selepas itu Jolly phonics. Selepas Jolly Phonics kanak-kanak diuji sama ada mereka betul-betul mendengar. Selepas itu kanak-kanak diminta untuk mewarnakan gambar ayam.
Pada pukul 11.00 pagi kanak-kanak diberi snack time. Selepas itu saya membatu cikgu Mary untuk memandikan kanak-kanak. Selepas saya memberikan makanan kepada kanak-kanak daan seterusnya telah membatu guru lain untuk menjaga kanak-kanak.
Pada pukul 12.45 petang sesi yang kedua bermula. Kanak-kanak diminta untuk duduk dalam bulatan dan saya mengendalikan circle time seperti yang terdapat dalam sesi pagi. Pada pukul 1.30 petang saya balik ke rumah.








1 Jun 2010
Hari ini saya tiba di sekolah pada pukul 7.50 pagi. Selepas itu saya mula membantu guru-guru lain untuk menjaga hall. Hari ini saya menerima surat kebenaran daripada ibu Chung Wei yang mengatakan dia bersetuju untuk saya menjalankan kajian kes terhadap anaknya. Tugas saya yang sebenarnya adalah menjaga pintu tetapi saya lihat terdapat 5 orang cikgu berada di situ oleh itu saya mengambil keputusan untuk menjaga hall.
Pada pukul 8.45 pagi loceng dibunyikan. Hari ini merupakan sambutan hari jadi Thanuja. Oleh itu hari ini ibu dia ditemani oleh pemandu keretanya hadir untuk sambutan hari jadi pada hari ini, Mula-mula terdapat birthday walk. Selepas itu Thanuja meniup lilin. Umurnya adalah 5 tahun. Selepas itu cikgu Jeffeny telah membacakan kad harijadi yang dibuat oleh kelas sr dan kelas jr. Selepas itu Thanuja memberi party pack kepada kanak-kanak yang lain. Pada pukul 9.15 pagi kanak-kanak diberi makan pagi iaitu nasi goreng cina.
Pada pukul 9.45 pagi Cikgu Geetha telah mengambil kehadiran dan selepas itu cikgu Pei Ling telah menunjukkan kanak-kanak untuk memberus gigi dengan cara yang betul. Pada masa itu saya membantu cikgu Geetha untuk burn lagu untuk tarian India. Selepas itu saya mengajar beberapa step untuk tarian India bagi konsert.
Selepas itu Wee telah mengendalikan rancangan pengajarannya pada hari ini. Wee telah membahagikan kanak-kanak kepada 3 kumpulan. Setiap kumpulan diketuai oleh seorang guru dan diikuti 6 orang kanak-kanak. Mula-mula sesi warm up diadakan. Selepas itu kanak-kanak telah mengikut cikgu mereka untuk bermain station games.
Saya sebagai fasi bagi kumpulan pertama telah pergi ke stesen pertama iaitu kanak-kanak perlu melompat dalam hula hop dan seterusnya membaling bola ke dalam bakul. 6 orang kanak-kanak di bawah saya iaitu Farrel, Nicholas, Shaun, Aditi., Dennis dan Kenji dapat membuat aktiviti tersebut.
Selepas itu kami pergi ke stesen 3 iaitu kanak-kanak perlu berjalan di atas tape yang dilekatkan di lantai dan mengikut tali. Selepas itu mereka perlu membaling gelang masuk ke dalam sketel. Dalam aktiviti ini juga kanak-kanak di bawa pengawasan saya dapat membuatnya dengan betul.
Selepas itu saya pergi ke stesen yang 2 iaitu kanak-kanak berlari zig zag mengikut sketel. Selepas itu kanak-kanak perlu menyepak bola dalam bentuk zig zag juga. Kanak-kanak dapat berlari dalam bentuk zig zag tetapi tidak dapat menyepak bola dalam bentuk zig zag kerana bola tersebut terlalu ringan dan kanak-kanak tidak berupaya mengawalnya. Tetapi keseluruhannya saya berasa kanak-kanak gembira membuat aktiviti ini kerana mereka tidak perlu membuat aktiviti jolly phonics yang sememangnya tidak digemari oleh mereka.
Selepas aktiviti ini, kanak-kanak diminta duduk mengikut guru masing-masing. Kanak-kanak diminta untuk menampal kulit telur ke atas gambar ayam. Saya mejaga Aditi, Farrel, Denise dan Shaun. Walaupun Shuan dikategorikan sebagai kanak-kanak yang hiperaktif namun dia dapat menyiapkan tugasan yang diberi kepadanya dengan cepat dan tepat. Aditi kelihatan lambat membuat kerjanya menyebabkan saya memberi motivasi kapadanya supaya dia dapat menghabiskan kerjanya dengan cepat. Selepas itu kanak-kanak diberi snack time iaitu kek hari jadi Thanuja.
Selepas itu saya membantu cikgu Mary untuk membantu kanak-kanak mandi. Selepas itu saya memberi makanan kepada kanak-kanak yang perlu mengambil makan tengahari sebelum ibu bapa mereka tiba.
Pada pukul 12.45 tengahari sesi yang kedua bermula dan saya perlu menjaga circle time pada hari ini. Mula-mula saya meminta kanak-kanak untuk duduk dengan senyap. Selepas itu saya menyanyikan lagu selamat petang. Selepas itu saya menanya apakah hari ini dan menyanyi lagu seven days. Selepas itu saya menunjukkan kepada kanak-kanak makanan yang perlu dimakan oleh mereka untuk menjaga gigi mereka dan makanan yang perlu mereka kurangkan. Selepas itu kanak-kanak makan tengahari pada pukul 1.05 petang. Saya balik ke rumah pada pukul 1.15 petang.
















2 Jun 2010
Hari ini saya sampai ke taska pada pukul 8.00 pagi. Selepas sampai saya diminta oleh cikgu Faslina untuk tolong memotong kad hari bapa. Saya bersama dengan cikgu Geetha, Cikgu Mary dan cikgu Faslina memotong kad tersebut.
Cikgu Sheila memberitahu bahawa emak Chung Wei menanya kepadanya mengapa saya memilih Chung Wei kerana terdapat banyak lagi kanak-kanak di situ yang boleh saya pilih dan cikgu Sheila menjawab bahawa saya boleh berinteraksi dengannya dengan baik, dia merupakan seorang budak yang patuh kepada arahan saya. Selepas itu cikgu Sheila meminta saya supaya mengatakan hal yang sama jika ibu Chung Wei bertanya kepada saya lagi.
Pada pukul 8.45 pagi, loceng dibunyikan. Hari ini merupakan sesi story telling. Kanak-kanak berkumpul di hall untuk mendengar cerita daripada Wee yang akan mengendalikan sesi story telling pada hari ini. Cerita yang diceritakan oleh Wee bertajuk tooth trouble. Kanak-kanak mendengar cerita tersebut dengan penuh khisyuk. Selepas habis bercerita, wee bertanya beberapa soalan kepada kanak-kanak. Kanak-kanak yang dapat menjawab soalan dengan betul diberi lencana. Selepas itu kanak-kanak diberi makan pagi iaitu egg toast dengan sausage.
Pada pukul 9.30 pagi kanak-kanak berkumpul di hall untuk sesi circle time. Cikgu Geetha mengambil kehadiran pada hari ini. Selepas itu kanak-kanak diminta membuat free play. Kanak-kanak perempuan diajar beberapa step untuk tarian bagi konsert iaitu lagu pandanglah lihatlah. Hanya Aditi dan Denise dapat memberi tumpuan manakala Ellysa dengan Samantha T tidak menari mungkin disebabkan oleh “mood swing”.
Selepas latihan tarian kanak-kanak diminta untuk melukis dalam kad hari bapa untuk diberikan kepada ayah masing-masing. Kanak-kanak diminta melukis apa yang mereka rasa tentang ayah mereka. Selepas itu kanak-kanak membuat capan tangan di atasnya. Pada pukul 11.00 pagi, kanak-kanak diberi snack time iaitu buah-buahan. Kanak-kanak sesi pagi balik pada pukul 11.30 pagi.
Selepas itu seperti biasa saya membantu cikgu Mary untuk memandikan kanak-kanak dan seterusnya memberi makanan kepada kanak-kanak yang perlu makan tengahari sebelum ibu bapa mereka tiba. Hari ini semasa bermain-main menunggu van untuk play house, Denise terjatuh dan terdapat benjolan di kepalanya, cikgu Joanne meletakkan ais pack. Pada pukul 12.45 tengahari sesi yang kedua bermula, Wee menceritakan ceritanya selepas itu menanya soalan kepada kanak-kanak sesi petang. Pada pukul 1.15 petang, kanak-kanak diberi makan petang iaitu nasi goreng kampung.
Selepas itu latihan tarian untuk kanak-kanak perempuan sesi petang dimulakan. Naomi dapat menari dengan baik. Terdapat beberapa orang guru yang menyertai kursus asuhan kanak-kanak datang pada hari ini untuk melakukan beberapa aktiviti dengan kanak-kanak. Keadaan sekiling kelihatan hingar bingar kerana guru tersebut tidak dapat mengawal kanak-kanak. Namun saya berusaha mensenyapkan kanak-kanak dengan meminta mereka bermain puzzle menunggu giliran mereka.
Pada pukul 3.00 petang kanak-kanak diberi makan petang dan 3.30 petang kanak-kanak bersurai. Saya bersama Wee hari ini terpaksa staybanck kerana Wee perlu burn CD manakala saya perlu mengkoreogaf tarian India untuk konsert nanti.
Saya dan cikgu Geetha mengambil masa yang agak lama untuk mencari lagu yang sesuai. Selepas itu kami memilih sebuah lagu tamil iaitu couple dance untuk ditarikan dan membuat beberapa step. Sementara itu cikgu Sheila membantu kami dengan membuat beberapa tarian lain. Walaupun sudah berumur cikgu Sheila masih boleh manari dengan baik iaitu tarian moden, salsa, bangra dan lain-lain lagi. Saya balik ke rumah pada pukul 6.00 petang.
3 Jun 2010
Hari ini saya sampai ke taska pada pukul 7.50 pagi. Hari ini merupakan hari jadi Khishern. Oleh itu saya membuat jad hari jadi untuknya bagi kelas jr green group. Selepas itu saya telah menjaga pintu untuk hari ini. Tugas saya seperti biasa ialah mengambil suhu badan kanak-kanak yang tiba pada hari ini.
Pada pukul 8.45 pagi loceng dibunyikan. Kanak-kanak berkumpul di ruang jr untuk circle time hari ini. Namun hari ini ada sambutan hari jadi khishern. Oleh itu seperti biasa Khishern telah membuat birthday walk dan seterusnya meniup lilin dan menerima kad daripada kanak-kanak di situ dan seterusnya memberi party pack kepada kanak-kanak yang berada di situ. Pada pukul 9.15 pagi kanak-kanak diberi makan pagi iaitu bihun goreng.
Selepas itu saya mula bersiap menyusun bilik aktiviti jr kerana penyelia dari Universiti Malaya iaitu Miss Quah akan datang untuk menilai pengajaran saya pada hari ini. Walaupun agak tertekan berasa gementar saya memotivasikan diri saya bahawa saya boleh membuat pengajaran saya dengan baik hari ini.
Tepat pada pukul 10.15, Miss Quah tiba ke taska. Saya membawa masuk Jared, Maliq, Chung Wei. Akshay dan Kenji ke dalam bilik aktiviti untuk mengajar mereka. Pengajaran saya pada hari ini adalah seni dan kraf bertemakan penjagaan gigi dan saya mengajar kanak-kanak membuat tempat meletak berus gigi. Set induksi saya bermula dengan video menunjukkan bagaimana cara untuk memberus gigi dan saya menunjukkan bagaimana cara memberus gigi dengan menggunakan modal gigi. Namun saya rasa kanak-kanak agak terganggu dan saya hanya memberi mereka melihat dulu video dan selepas habis saya menunjukkan bagaimana memberus gigi menggunakan modal gigi.
Selepas itu saya meminta kanak-kanak duduk di tempat masing-masing dan menanya di mana kita meletak berus gigi dan kanak-kanak menjawan di bilik mandi dan saya menunjukkan tempat letak berus gigi yang saya buat dan selepas itu saya memberi kanak-kanak gambar tooth fairy untuk diwarnakan dan kemudiannya memberi sayap untuk diwarnakan dan meminta mereka menampalnya di cawan plastik. Semua kanak-kanak yang saya pilih dapat menjalankan aktiviti dengan baik dan sebagai hadiah saya memberi sticker kepada mereka.
Selepas itu saya meminta Wee masuk untuk menjalankan pengajarannya, saya agak terkrjut melihat Ellysa yang selalunya kurang bercakap mula membuka mulutnya bercakap dengan saya. Selepas itu saya membantu guru lain yang sedang membuat circle time di luar iaitu jolly phonics. Kanak-kanak diberi snack iaitu kek hari jadi Khishern dan kanak-kanak sesi pagi bersurai pada pukul 11.30 pagi.
Selepas itu saya dan Wee berkumpul di library untuk mendengar komen daripada Miss Quah. Miss Quah mengatakan bahawa dia berasa puas hati dengan pengajaran kami dan merasakan bahawa kami pandai mengajaar. Selepas itu Miss Quah memberi beberapa idea kepada kami berkaitan dengan pengajaran kami pada hari ini.
Bagi saya Miss Quah mengatakan bahawa, saya perlu memulakan kelas dengan cerita Tooth Fairy dan kemudiannya baru masuk kepada seni dan kraf kerana gambar tooth fairy yang saya suruh mereka warnakan tidak mendapat penjelasan daripada saya. Saya perlu menambahkan aktiviti yang agak aktif. Selepas memberi komen kepada kami berdua, kami meminta Miss Quah memberi sedikit tunjuk ajar kepada kami untuk bagaimana membuat kajian kes. Miss Quah memberi beberapa idea iaitu kami boleh menggunakan beberapa cara pemerhatian seperti rating scale, running record, anecdot untuk digunakan semasa membuat pemerhatian. Kami mengucapkan terima kasih kepada Miss Quah.
Pada pukul 12.45 terdapat circle time. Saya menanya kepada kanak-kanak tentang apa yang saya beritahu tentang gigi. Selepas itu cikgu Sheila membuat demo bagaimana makan menggunakan daun pisang kerana kanak-kanak sesi petang akan memakan nasi menggunakan tangan dan makanan mereka akan dihidangkan di atas daun pisang. Pada pukul 1.00 petang kanak-kanak dihidangkan makanan di atas daun pisang dan kanak-kanak memakannya. Ada kanak-kanak yang agak kekok menggunakan tangan, namun lama-kelamaan mereka biasa menggunakan tangan. Saya balik ke rumah pada pukul 2.00 petang.
















4 Jun 2010
Hari ini saya sampai ke taska pada pukul 7.50 pagi. Selepas itu saya memberi cikgu Faslina untuk mendengar lagu untuk tarian Melayu yang saya edit supaya dapat memberi komen jika terdapat pembetulan. Cikgu Faslina mengatakan bahawa ianya ok dan boleh diburn dalam CD. Selepas itu saya berjumpa dengan cikgu Geetha untuk membincangkan tentang editing untuk lagu tarian India.
Pada pukul 8.45 pagi, kanak-kanak berkumpul di ruang jr. Hari ini Bahasa Malaysia digunakan sebagai bahasa pengantara. Oleh itu saya mengendalikan circle time dalam Bahasa Melayu. Kanak-kanak di situ kebanyakannya tidak tahu bertutur dalam Bahasa Melayu menjadikan saya hairan. Saya rasa kebanyakan ibu bapa walaupun berbangsa Melayu tidak menggunakan bahasa Melayu dalam perbualan harian mereka. Saya terpaksa menterjemah perkataan Bahasa Melayu kepada Bahasa Inggeris supaya mereka faham tentang apa yang saya cakap dengan mereka. Pada pukul 9.10 pagi kanak-kanak diberi makan pagi iaitu roti canai dengan kari dhal.
Selepas itu jururawat dari klinik kesihatan datang untuk mengajar kanak-kanak bagaimana menjaga gigi dan bagaimana memberus gigi dengan betul. Kanak-kanak kelas jr dengan kelas sr sama-sama duduk dan mendengar penerangan daripada jururawat. Selepas itu kanak-kanak membawa berus gigi dengan cawan untuk memberus gigi di luar dengan bantuan jururawat. Selepas itu jururawat memeriksa gigi siapa yang memerlukan rawatan dan memberitahu kepada guru-guru di situ.
Selepas itu kanak-kanak kelas jr diajar dengan tarian India. Bagi saya terlalu susah untuk mengawal mereka untuk menari kerana terdapat kanak-kanak yang tidak mahu buat, berlari sana sini membuatkan saya agak tension dan risau. Mujur Cikgu Sheila (pengetua) tiba di situ dan membantu saya dan cikgu Geetha untuk menyusun mereka dan mengajar mereka menari.
Pada pukul 11.30 pagi saya telah membuat salinan buku pencapaian dan biodata Chung Wei untuk digunakan dalam kajian kes saya nanti. Selepas itu saya makan tengahari bersama guru lain. Pada sesi petang terdapat sambutan harijadi Zheng Jie yang berumur 6 tahun namun ibu bapanya tidak hadir bersama kerana berkerja. Saya balik ke rumah pada pukul 1.30 petang.

4th week

24 May 2010
Hari ini saya sampai ke taska pada pukul 7.50 pagi. Selepas itu saya telah berjumpa dengan cikgu Jeffeny tentang pom pom yang akan saya gunakan untuk membuat rancangan pengajaran saya pada hari ini tentang muzik dan gerakan.
Selepas itu saya menolong cikgu Tee dan Wee untuk menjaga pintu pada hari ini. Di samping itu saya telah menulis kad ucapan untuk cikgu Faslina dan Cikgu Jelita yang akan menyambut hari jadi mereka hari ini.
Pada pukul 8.45 pagi loceng telah dibunyikan dan kanak-kanak perlu berkumpul di hall tersebut. Kanak-kanak perlu duduk dalam bulatan untuk sesi circle time. Hari ini merupakan sambutan hari jadi cikgu Faslina dengan cikgu Jelita. Mula-mula cikgu Jeffeny dengan cikgu Jelita perlu menari untuk lagu All mickey. Kanak-kanak kelihatan seronok melihat mereka menari. Selepas itu mereka perlu menolak kek mereka mengikut bulatan kanak-kanak.Selepas itu lagu hari jadi dinyanyikan. Selepas itu mereka perlu meniup lilin dan membuat “wish”. Selepas itu kad yang disediakan oleh kelas jr dengan kelas sr telah diberi. Selepas itu saya wee dengan cikgu Tee telah menyampaikan hadiah yang yang dikongsi bersama.
Pada pukul 9.15 pagi kanak-kanak diberi makan pagi iaitu cereal dengan susu segar. Kanak-kanak kelihatan seronok menikmati makanan mereka. Selepas itu saya mencari Pak Anto untuk mencarikan pom pom. Selepas makan terdapat outdoor play di mana kanak-kanak perlu main di taman permainan di bawah pengawasan guru. Saya tidak dapat mengikuti sesi ini kerana saya terpaksa bersiap untuk menjalankan rancangan pengajaran.
Selepas outdoor play saya membantu guru lain untuk menukarkan pakaian. Terdapat seorang kanak-kanak yang bernama Colin yang berasal dari keluarga kaya. Dia telah mencampakkan pakaian kotornya kepada saya dan meminta saya untuk melipatnya. Saya berasa agak geram dan hendak menamparnya, namun begitu saya dapat mengawal diri dan memintanya dengan nada yang tegas untuk melipat bajunya.
Selepas itu saya telah menjalankan rancangan pengajaran saya pada hari ini. Hari ini saya mengajar kanak-kanak tentang pom pom dance iaitu di bawah tema muzik dan gerakan. Saya telah membahagikan kelas kepada 3 bahagian dan diawasi oleh seorang guru dalam setiap kelas. Selepas itu saya mengajar pergerakan bagi setiap kumpulan. Selepas itu 3 jenis muzik dimainkan dan kanak-kanak perlu membuat pergerakan mengikut muzik tersebut. Selepas itu kanak-kanak perlu manari menggabungkan pergerakan tersebut untuk lagu ricky martin.
Selepas itu terdapat snack time untuk kanak-kanak iaitu biskut dengan milo. Selepas itu kanak-kanak balik ke rumah pada pukul 11.30 pagi. Selepas itu saya membawa kanak-kanak untuk mandi dan makan. Selepas itu cikgu Jeffeny memberi komen bahawa saya tidak harus membahagikan mereka kepada 3 kumpulan kerana menurut beliau kanak-kanak akan hilang tumpuan dan kanak-kanak yang tidak terlibat akan membuat bising. Saya berjanji tidak akan mengulangi kesilapan saya kelak. Saya balik ke rumah pada pukul 1.25 petang.









25 May 2010
Hari ini saya sampai ke taska pada pukul 7.50 pagi. Selepas sampai saya telah membuat persiapan untuk menjalankan rancangan pengajaran saya bagi hari ini. Saya telah membuat salinan dan melekatnya di atas kertas sugar paper yang berwarna hitam. Saya dibantu oleh cikgu Joanne. Selepas itu saya telah bertugas di pintu iaitu mengambil suhu badan kanak-kanak menggunakan termometer elektronik dan mencatatkannya di atas kertas yang disediakan.
Tepat pada pukul 8.45 pagi loceng telah dibunyikan. Kanak-kanak berkumpul di ruang jr untuk aktiviti circle time. Circle time pada minggu ini dikendalikan oleh cikgu Mala. Tema pada minggu ini adalah burung. Oleh itu sesi pada pagi ini dimulakan dengan nyanyian lagu ayam yang diubahsuai daripada lagu this is the way. Selepas itu cikgu Mala menggunakan flash card untuk menerangkan tentang ciri-ciri burung seperti burung mempunyai kepak, paruh, 2 kaki, dan bulu pelepah. Selepas itu cikgu Mala telah menunjukkan pelbagai jenis burung dan meminta kanak-kanak untuk memberitahu apakah nama burung tersebut. Rata-rata kanak-kanak tidak dapat menjawan kerana mereka tidak mengenali jenis-jenis burung. Selepas itu pada pukul 9.15 pagi kanak-kanak diberi makan pagi iaitu telur kacau, roti bakar dengan kacang panggang. Ramai kanak-kanak meminta roti tambah.
Pada pukul 9.40 pagi kanak-kanak jr berkumpul di ruang untuk sesi circle time. Pada masa itu saya menyiapkan bilik kecil dengan peralatan ABM dan BBM yang perlu saya gunakan untuk pengajaran saya pada hari ini. Saya telah menyediakan apron, kain plastik dengan warna cat air dengan berus untuk kanak-kanak membuat capan. Saya agak gementar kerana semalam saya mendapat komen dan berharap agar hari ini saya dapat menjalankan rancangan pengajaran saya dengan betul dan lancer.
Cikgu Pei Ling sedang menerangkan kepada kanak-kanak tentang jenis-jenis burung di mana Akshay, Jared dengan Haziq dapat menamakan kebanyakan nama burung-burung tersebut. Selepas itu saya membawa lima orang kanak-kanak iaitu Farrel, Akshay, Chung Wei, jared dengan Maliq untuk menjalankan rancangan pengajaran saya pada hari ini. Mula-mula saya menanya mereka tentang ciri-ciri burung dan kanak-kanak dapat menjawab dengan betul. Selepas itu saya meminta mereka supaya duduk diam-diam kerana saya akan membuat kraf pada hari ini. Selepas itu saya meminta kanak-kanak mewarnakan burung merak tersebut. Selepas itu saya menunjukkan cara menggunakan tangan untuk membuat capan bagi membentuk kepak bagi burung merak tersebut. Selepas itu saya meminta kanak-kanak membuat chicken dance sebagai penutup dan akhirnya saya memberi kanak-kanak origami burung sebagai tanda penghargaan kepada mereka. Selepas itu saya mengemas bilik tersebut dan tepat pada pukul 11.00 pagi kanak-kanak diberi snack time iaitu telur rebus di mana kanak-kanak perlu mengupas sendiri kulit telur terssebut.
Pada pukul 11.30 pagi kanak-kanak sesi pagi telah pulang. Selepas itu saya membantu cikgu Mary untuk memandikan kanak-kanak dan memberi makanan kepada mereka. Saya pulang ke rumah pada pukul 1.00 petang.







26 May 2010
Hari ini saya sampai ke tadika pada pukul 7.50 pagi. Selepas sampai di sana saya telah bertugas di hall di mana tugas saya adalah mengawal kanak-kanak yang terdapat di hall/ Pada pukul 8.45 terdapat circle timr. Guru Mala yang mengendalikan sesi ini. Dia menerangkan tentang jenis-jenis burung dan menyanyikan lagu yang berkaitan dengan burung seperti lagu burung kakak tua, goosy goosy gender dan sebagainya. Kanak-kanak diberi makan pagi pada pukul 9.05 pagi. Makan pagi pada hari ini adalah mee goreng.
Selepas itu kanak-kanak ada circle time untuk jr iaitu mereka perlu berkumpul di ruang. Kanak-kanak menyanyi lagu dan cikgu Mary mengambil kedatangan dan meminta kanak-kanak menyanyikan lagu tujuh hari. Selepas itu cikgu Geetha telah mengajar seni dan kraftangan kepada kanak-kanak iaitu burung.
Kanak-kanak kelihatan begitu seronok semasa membuat aktiviti ini. Selepas itu lagu jolly phonics dimainkan. Kanak-kanak kelihatan bosan kerana lagu itu mengambil masa yang lama. Rasanya lagu tersebut perlu dipendekkan lagi supaya kanak-kanak tidak hilang minat mereka.
Pada pukul 11.00 pagi kaanak-kanak diberi snack time iaitu buah-buahan. Selepas itu kanak-kanak sesi pagi balik ke rumah. Selepas itu saya membantu cikgu Mary untuk memandikan kanak-kanak. Selepas itu saya memberi makan tengari kepada kanak-kanak yang perlu makan tengahari.
Tepat pada pukul 12.45 tengahari sesi petang bermula cikgu Mala telah mengenadalikan sesi circle time. Pada pukul 1.00 petang kanak-kanak diberi makan tengahari. Pada pukul 1.30 petang terdapat circle time untuk kelas jr. Seperti biasa cikgu Mary mengambil kedatangan dan menerangkan sedikit tentang burung. Selepas itu jolly phonics dinyanyikan. Selepas itu cikgu Geetha telah mengendalikan sesi seni dan kraf iaitu burung. Pada pukul 3.00 petang kanak-kanak diberi snack time. Kanak-kanak sesi petang balik ke rumah pada pukul 3.30 petang. Terdapat mesyuarat untuk guru pada pukul 4.00 petang. Agenda utama yang dibincangkan adalah tentang konsert yang akan diadakan pada 3 Oktober 2010. Saya bertugas untuk tarian India. Mesyuarat bersurai pada pukul 5.30 petang dan saya balik ke rumah pada pukul 6.



















27 May 2010
Hari ini saya sampai ke taska pada pukul 7.45 pagi. Selepas sampai saya telah membuat persiapan untuk story telling saya untuk hari ini kerana saya bertugas untuk story telling minggu ini. Saya telah menyiapkan props untuk dipersembahkan kepada kanak-kanak hari ini. Boleh dikatakan saya agak gementar untuk menyampaikan story telling saya hari ini.
Tepat pada pukul 8.45 pagi loceng telah dibunyikan. Saya telah meminta kanak-kanak untuk duduk di sekiling saya dan meminta mereka untuk diam dan mendengar cerita saya. Tajuk cerita yang saya pilih untuk diceritakan ialah crane and fox. Selepas habis bercerita saya telah meminta kanak-kanak untuk menjawab soalan saya. Kebanyakan kanak-kanak kelihatan minat dan mereka telah menjawab soalan yang saya kemukakan dengan betul. Selepas itu saya meminta kanak-kanak untuk beratur dan pergi mengambil makan pagi mereka.
Pada pukul 9.30 pagi kanak-kanak diminta duduk dalam circle selepas itu kanak-kanak ditanya apakah aktiviti yang mereka buat hari ini. Selepas itu kanak-kanak ditanya apakah hari ini dan tarikh hari ini. Selepas itu kanak-kanak menyanyikan lagu seven days.
Selepas itu terdapat jolly phonics. Kanak-kanak perlu menyanyikan lagu yang bedasarkan suku kata dalam bahasa Inggeris. Selepas itu kanak-kanak diuji samaada kanak-kanak betu-betul tahu mengeja suku kata tersebut. Saya boleh lihat Jared, Maliq, Akshay mengetahui semua suku kata tersebut. Kanak-kanak yang lain perlu pengukuhan lagi.
Selepas itu kanak-kanak dibahagikan kepada empat kumpulan untuk mewarnakan gambar merak. Saya telah menjaga Chung Wei . Saya boleh lihat bahawa Chung Wei hanya akan membuat kerja jika terdapat orang untuk memujinya. Oleh itu saya memuji Chung Wei supaya dia dapat menghabiskan kerjanya dengan cepat.
Selepas itu kanak-kanak diberi snack time untuk pagi iaitu buah-buahan. Selepas itu saya telah membantu cikgu Mary untuk memandikan kanak-kanak. Selepas itu saya telah memberi makanan kepada kanak-kanak yang perlu mengambil makanan.
Selepas itu sesi kedua bermula dan saya telah menyiapkan props untuk story telling sesi petang. Boleh dikatakan kanak-kanak sesi petang turut menumpukan perhatian mereka dalan cerita. Selepas menanya beberapa soalan kanak-kanak diminta beratur untuk makan tengahari. Sesi kedua pembelajaran bermula seperti yang terdapat dalam sesi pagi. Saya telah balik ke rumah pada pukul 3.30 petang.















28 May 2010
Cuti Umum Hari Wesak

3rd week

17 May 2010
Hari ini saya pergi ke tadika pada pukul 7.35 pagi. Saya berasa agak gementar hari ini kerana saya perlu menjalankan rancangan pelajaran saya untuk dinilai oleh penyelia taska. Namun begitu saya berasa gembura paada hari ini kerana ramai kanak-kanak telah memeluk saya dan telah mengucapkan selamat hari guru. Saya berasa amat gembira dan merupakan pengalaman dan hadiah yang paling bernilai bagi saya.
Pada pagi itu Chung Wei sedang menangis semasa tiba ke taska. Saya telah mengambil dia dan telah membawanya duduk untuk melihat blue tongue skink kerana dia menangis kerana dia hendak balik ke rumah bersama ibunya. Namun saya berjaya memujuknya dengan mengalih perhatiannya. Pada pukul 8.45 terdapat circle time. Cikgu Ivy telah mengendalikan sesi ini. Cikgu Ivy memnceritakan tentang tema pada minggu ini iaitu insect and spiders. Cikgu Ivy telah menunjukkan beberapa gambar serangga dan meminta murid untuk mengenalpasti apakah nama serangga tersebut. Ramai kanak-kanak dapat menyebut nama serangga-serangga tersebut. Selepas itu kanak-kanak dihidangkan dengan makanan pagi iaitu nasi goreng Cina.
Selepas itu pada pukul 9.30 terdapat outdoor play untuk kanak-kanak. Saya tidak dapat bersama dengan mereka kerana perlu menyusun meja dan kerusi untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran pada hari itu. Saya memilih 5 orang kanak-kanak iaitu Maliq, Jared, Chung Wei, Colin dan Kenji.
Pada pukul 10.10 pagi saya telah memulakan sesi pengajaran saya yang diselia oleh cikgu Jeffeny, penyelia taska ini. Mula-mula saya memasangkan muzik katak dan meminta kanak-kanak untuk mengenalpasti apakah bunyi tersebut. 5 orang kanak-kanak tersebut mengatakan bahawa itu merupakan bunyi katak. Saya telah mengeluarkan patung katak dari kotak yang saya sembunyikan dan mengatakan bahawa ini adalah Mr Froggy dan meminta kanak-kanak menyebut perwatakan katak tersebut. Kanak-kanak mengatakan bahawa itu adalah amfibia yang boleh hidup di air dan di darat. Selepas itu saya menunjukkan video yang berkaitan dengan kitar hidup katak daan telah menerangkan kepada kanak-kanak apa yang berlaku dalam setiap tahap tersebut.
Selepas itu saya meminta kanak-kanak untuk duduk di meja aktiviti mereka. Saya telah menunjukkan gambar rajah. Selepas itu saya meminta seorang demi seorang kanak-kanak untuk melabelkan gambar tersebut. Dengan bantuan saya kanak-kanak dapat melekat nama-nama bagi setiap tahap tersebut. Selepas itu saya telah member lembaran kerja kepada kanak-kanak iaitu mereka perlu menampal gambar di tempat yang disediakan. Semua kanak-kanak kecuali Colin ( diberi bantuan) telah menyiapkan lembaran kerja tersebut dengan betul. Selepas itu saya telah memberi origami katak kepada kanak-kanak tersebut sebagai hadiah menyiapkan kerja. Saya berasa agak takut dengan komen yang akan diberikan oleh cikgu Jeffeny dan cikgu Jeffeny meminta saya untuk dating ke pajabat selepas habis waktu persekolahan.
Selepas itu terdapat aktiviti circle time di mana cikgu Geetha telah menunjukkan beberapa gambar seranggan dan labah-labah kepada kanak-kanak. Selepas itu kanak-kanak perlu mengenalpasti apakah nama serangga tersebut. Selepas aktiviti tersebut kanak-kanak dihida ngkan dengan makan pagi yang kedua iaitu biskut dan milo. Kanak-kanak balik ke rumah pada pukul 11.30 pagi.
Selepas itu saya berjumpa cikgu Jeffeny untuk mendengar komen daripadanya semasa membuat pengajaran pada hari ini. Cikgu Jeffeny mengatakan bahawa pengajaran saya pada hari ini menarik, dapat menarik perhatian kanak-kanak, beliau mengatakan bahawa saya hanya ada membuat kesilapan yang minor iaitu saya tidak harus menggunakan dua gam sahaja kerana kanak-kanak tidak akan sabar untuk menunggu giliran mereka. Saya berasa amat gembira mendengar komen daripada cikgu Jeffeny. Saya berasa cergas kerana kata-kata cikgu Jeffeny telah memotivasikan saya.
Selepas itu saya telah membantu cikgu Mary untuk memandikan kanak-kanak. Hari ini saya hanya perlu menukarkan pakaian kanak-kanak dan cikgu Mary telah memandikan kanak-kanak. Selepas itu kami telah dibelanja untuk memakan pizza bersempena dengan Hari Guru.
Pada pukul 12.45 waktu sesi petang bermula, saya pada masa itu memberi makanan kepada kanak-kanak yang perlu diberi makanan. Pada pukul 1.00 petang saya membantu cikgu-cikgu lain untuk menghidangkan makanan kepada kanak-kanak untuk makan tengahari. Selepas itu terdapat outdoor play. Saya balik ke apartmen pada pukul 2.00 petang.














18 May 2010
Hari ini seperti biasa saya telah ke taska pada pukul 7.30pagi. Hari ini saya ditugaskan untuk menjaga gate duty iaitu perlu menjemput pelajar dari kereta mereka dan mengambil suhu badan mereka dengan menggunakan termometer elektrik dan mencatatkannya di kertas yang disediakan.
Selepas itu cikgu Mary datang dan memberitahu bahawa hari ini saya akan dinilai oleh pensyarah dari UM kerana telah menelefon ke pejabat semalam. Saya berasa agak gementar kerana tidak bersedia untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran dan saya juga tidak menyediakan rancangan pengajaran.
Saya telah berjumpa dengan Wee dan memberitahu hal ini kerana Wee juga akan dinilai bersama. Saya dan Wee mengambil keputusan untuk balik ke rumah dan mengambil ABM yang akan kami sediakan sebelumnya. Kami telah meminjam kereta Cikgu Mary dan sampai ke rumah. Kami terpaksa bergegas mencari ABM kami dan balik ke taska pada pukul 9.05 pagi.
Saya terpaksa mengambil salinan beberapa lembaran kerja yang harus saya berikan kepada kanak-kanak. Selepas itu saya menyertai cikgu Pei Ling dan guru-guru lain untuk free play. Saya telah membantu cikgu Faslina untuk membuat object box dengan kanak-kanak. Object box merupakan peti yang diletakkan kad dengan bahannya. Kanak-kanak perlu menyusunnya dengan betul. Kanak-kanak juga perlu diajar mengeja.
Tepat pada pukul 10.05 pagi cik Quah telah tiba untuk membuat penilaian. Saya dibantu oleh Wee telah menyediakan tempat untuk menjalankan rancangan pengajaran kami. Hari ini saya memilih Chung Wei, Haziq, Farrel, Akshay, dan Denise untuk mengikuti pengajaran pada hari ini. Saya telah menjalankan aktiviti pengajaran saya seperti semalam iaitu memulakannya dengan memainkan bunyi katak dan meminta kanak-kanak untuk menyebut apakah haiwan itu. Kanak-kanak telah menjawab bahawa itu adalah bunyi katak. Selepas itu saya telah menunjukkan kanak-kanak video dan juga gambar katak kepada kanak-kanak daan telah menerangkan kitaran hidup katak. Selepas itu saya telah memberikan mereka lembaran kerja iaitu mereka perlu menampal gambar yang betul di tempat yang disediakan dengan betul. Selepas itu saya telah memberikan mereka origami katak sebagai penghargaan dan sebagai penutup saya dan kanak-kanak menyanyikan lagu 5 little speckle frogs. Saya merasakan bahawa kanak-kanak pada hari ini tidak bertingkahlaku baik kerana Haziq dan Chung Wei asyik berjalan ke sana ke mari. Terdapat satu tahap di mana saya terpaksa meletakkan Haziq di Thinking Chair kerana saya telah memberi dua amaran untuk dia berkelakuan baik.
Selepas habis pengajaran saya telah mengikuti aktiviti di hall iaitu memainkan peralatan perkusi. Kanak-kanak perlu memainkan peralatan perkusi seperti kayu tik tok, kastenet dan juga maracas mengikut irama yang dimainkan. 3 orang guru telah member panduan kepada murid yang telah dibahagikan kepada 3 kumpulan. Pada mulanya kanak-kanak tidak dapat memainkan peralatan mengikut irama muzik tetapi lama-kelamaan kanak-kanak dapat menghayati irama tersebut dan dapat memainkan peralatan perkusi dengan betul.
Selepas itu kanak-kanak diberi makan pagi yang kedua iaitu kek pisang. Pada pukul 11.30 pagi kanak-kanak balik ke rumah. Saya berasa gementar kerana cik Quah akan memberikan komen tentang pengajaran saya dan Wee pada hari itu. Cik Quah mengatakan bahawa kami baik dalam mengendalikan pengajaran kami dan dapat mengawal kanak-kanak dengan baik. Cik Quah mengatakan bahawa saya membuat beberapa kesalahan kecil seperti tidak memberi penegasan yang kukuh, memperbanyakkan pergerakan aktif . Cik Quah juga mengatakan bahawa saya dan Wee garang di kelas dan meminta kami mengurangkannya. Saya berasa agak gembira dengan komen yang diberikan oleh cik Quah dan berjanji akan meemperbaiki kesilapan saya pada masa hadapan.
Selepas itu saya dan wee telah membantu cikgu Mary untuk memandikan kanak-kanak. Selepas itu kami mengambil makanan tengahari kami iaitu laksa dengan KFC. Pada pukul 2.00 petang saya balik ke apartmen.


















19 May 2010
Hari ini seperti biasa saya sampai ke taska pada pukul 7.25 pagi. Selepas sampai di sana Wee dan saya terpaksa menyusun warna krayon yang digunakan semalam untuk menjalankan rancangan pengajaran kami semalam. Selepas itu saya membantu cikgu Faslina untuk melukiskan dan memotong lady bird untuk sesi arts and crafts pada minggu ini.
Tepat pada pukul 8.45 loceng dibunyikan menandakan sesi pangajaran akan bermula. Kaak-kanak berkumpul di ruang Jr untuk aktviti circle time. Hari ini merupakan hari jadi cikgu Jeffney penyelia akademik taska. Oleh itu hari jadi cikgu Jeffeny telah disambut.
Selepas sambutan hari jadi, kanak-kanak diberi makan pagi iaitu nasi goreng cina. Ramai kanak-kanak yang menambah nasi kerana mereka suka makanan pagi pada hari ini. Selepas makan kanak-kanak jr berkumpul di hall untuk circle time.
Pada sesi ini kanak-kanak menyanyikan lagu diiringi muzik bertemakan serangga yang menjadi tema pada minggu ini. Kanak-kanak seronok menyanyikan lagu Mr Muffet di mana seorang kanak-kanak perlu duduk di kerusi dan berlakon memakan makanan dan seorang lagi kanak-kanak akan membawa patung labah-labah dan kanak-kanak yang sedang makan itu perlu menjerit dan berlari. Kanak-kanak mengambil giliran untuk memainkan peranan dalam lagu ini. Selepas itu lagu jolly phonics dimainkan.
Pada pukul 10.15 pagi, terdapat sesi arts and crafts di mana kanak-kanak perlu menampal pokka dots ke atas modal ladybug yang telah disediakan. Kanak-kanak perlu menggunakan gam untuk menampal pokka dots tersebut. Namun ramai kanak-kanak di situ suka bermain dengan gam. Saya menegur beberapa kanak-kanak dan menunjukkan mereka cara yang betul untuk menggunakan gam dan menampalnya. Ramai kanak-kanak yang dapat menampalnya dengan betul dan cantik.
Selepas itu kanak-kanak sesi pagi diberi makan pagi iaitu buah-buahan untuk makan pagi yang kedua. Selepas itu kanak-kanak sesi pagi balik ke rumah. Selepas itu saya membantu cikgu Geetha untuk memotong modal ladybird. Pada pukul 11.45 pagi saya membantu cikgu Mary untuk memandikan kanak-kanak dan memberi makanan kepada mereka.
Pada pukul 12.45 tengahari sesi petang bermula. Aktiviti yang dilakukan pada waktu pagi telah dilakukan pada sesi petang juga. Sesi Jolly phonics dengan sesi mengambil kedatangan telah dikendalikan oleh saya pada waktu sesi petang. Kanak-kanak pada masa itu member perhatian terhadap apa yang saya ucapkan. Pada pukul 3.30 sesi petang bersurai.
Pada pukul 4.15 petang terdapat mesyuarat guru di mana saya dan Wee diwajibkan untuk mengikutinya. Agenda pertama yang diucapkan adalah tentang tema-tema serta tugas circle time dan story telling time. Saya agak tertekan kerana minggu depan saya perlu membuat story time dan pada minggu seterusnya saya perlu mengendalikan circle time. Saya perlu menyediakan mental dan fizikal saya untuk menghadapinya.
Agenda yang kedua ialah tentang mesyuarat ibu bapa dan guru yang berlangsung pada sabtu yang lepas. Selepas itu tentang field trip. Saya dimaklumkan bahawa baju untuk saya tidak sempat disiapkan dan saya agak sedih. Selepas itu mereka membincangkan tetang konsert dan saya perlu membantu cikgu Geetha untuk tarian India. Pada pukul 5.45 petang mesyuarat tamat dan saya balik ke rumah pada pukul 6.00 petang.





20 May 2010
Hari ini saya tiba di taska pada pukul 7.25 pagi. Hari ini saya bertugas menjaga pintu. Seperti biasa tugas saya ialah menjemput kanak-kanak dari kereta ibu bapa mereka dan mencatatkaan suhu badan mereka di kertas yang telah disediakan.
Pada pukul 8.45 pagi terdapat circle time. Hari ini merupakan sambutan hari jadi seorang kanak-kanak yang bernama Haziq yang berumur 4 tahun. Sesi ini dikendalikan oleh cikgu Jelita. Mula-mula cikgu Jelita telah membacakan kad-kad yang dibuat oleh kanak-kanak dari kelas jr dan kelas sr. Selepas itu lagu Birthday akan dimainkan dan Haziq telah menggerakkan kek hari jadinya mengelilingi bulatan itu. Seterusnya dia meniup lilin dan memotong kek. Selepas itu Haziq memberi hadiah kepada rakan-rakannya yang lain.
Selepas circle time terdapat makan pagi yang pertama. Makanan yang disediakan pada hari ini ialah sandwich keju. Selepas makan kelas jr perlu berkumpul untuk circle time. Hari ini saya mengendalikan circle time iaitu saya telah meminta kanak-kanak untuk menyanyikan lagu dan saya telah mengambil kedatangan mereka.
Selepas itu cikgu Maru mengambil alih untuk pengajarannya pada hari itu. Hari ini cikgu Mary mengajar kanak-kanak bahagian-bahagian serangga. Cikgu Mary telah menggunakan kumbang yang hidup untuk menerangkannya kepada kanak-kanak. Cikgu Mary mengatakan bahawa badan serangga boleh dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu kepala, toraks dan abdomen. Selepas itu cikgu Mary menunjukkan kumbang tersebut kepada kanak-kanak dalam kumpulan kecil supaya mereka boleh melihatnya dengan jelas. Kanak-kanak diminta untuk menyentuh kumbang tersebut. Banyak kanak-kanak yang kelihatan berminat dan terdapat juga kanak-kanak yang melarikan diri kerana takut.
Selepas itu kanak-kanak dibawa ke outdoor untuk bermain bubbles kerana Haziq memberikan botol bubbles dalam party packnya. Oleh itu ramai kanak-kanak yang ingin bermain dengannya menyebabkan guru-guru terpaksa membawa kanak-kanak bermain di luar. Kanak-kanak kelihatan begitu gembira meniupkan buih tersebut. Saya merasakan mereka comel apabila mereka membuat sebegitu. Saya mengambil kesempatan ini kerana saya juga suka bermain buih.
Selepas bermain kanak-kanak perlu mengambil makan pagi mereka yang kedua iaitu kek harijadi Haziq. Kanak-kanak suka memakan kek tersebut kerana kek tersebut sedap dan diperbuat daripada coklat putih. Pada pukul 11.00 pagi terdapat sesi story telling oleh cikgu Pei Ling. Kanak-kanak kurang berminat terhadap cerita tersebut dan mereka bergerak ke sana ke mari kerana saya pun merasakan bahawa cerita tersebut kurang menarik perhatian kanak-kanak.
Pada pukul 11.30 pagi kanak-kanak sesi pagi bersurai. Saya telah membantu cikgu mary untuk memandikan kanak-kanak. Selepas itu saya telah memberi makanan kepada kanak-kanak. Saya balik dari taska pada pukul 1.30 petang.










21 May 2010
Hari ini seperti biasa saya sampai ke taska pada pukul 7.30 pagi. Hari ini merupakan hari untuk taska membuat field trip di petting zoo Sunway. Oleh itu kanak-kanak kelas sesi pagi dan sesi petang dating ke sesi pagi untuk mengikuti lawatan. Semua kanak-kanak kecuali yan g berumur 3 tahun tidak dibenarkan datang ke lawatan tersebut.
Kanak-kanak mula sampai ke taska pada pukul 7.45 pagi. Ada kanak-kanak yang datang dengan ibu bapa mereka kerana mungkin ini merupakan kali pertama ibu bapa membenarkan kanak-kanak mengikuti lawatan tanpa pengawasan mereka. Kelihatan beberapa orang ibu bapa yang agak gelisah kerana mungkin takut keselamatan anak mereka terancan. Cikgu Jeffeny dengan cikgu Sheila memainkan peranan untuk memperoleh kepercayaan kanak-kanak.
Tugas saya pada pagi itu ialah memberi makan pagi kepada kaanak-kanak yang tiba pada pagi tersebut. Makanan yang dihidangkan ialah sandwich cheese dengan sandwich tuna. Ramai kanak-kanak suka makan sandwich cheese berbanding dengan sandwich tuna. Seorang kanak-kanak yang bernama Joash telah muntah kerana mungkin dia tidak suka makanan tersebut.
Selepas itu kanak-kanak diminta beratur di hall. Selepas itu kanak-kanak dibahagikan mengikut guru masing-masing. Saya perlu mengikut bas kedua yang dinaiki oleh guru dan kanak-kanak guru kelas tersebut. Kami terpaksa mengangkat kanak-kanak kerana tangga bas tersebut terlalu tinggi.
Perjalanan ke sunway petting zoo mengambil masa sebanyak 15-20 minit. Selepas sampai di sana kami terpaksa beratur menunggu kauter dibuka. Pada pukul 10.00 pagi tour guide kami tiba. Selepas memberi beberapa peringtan kami pun mula memulakan perjalanan kami. Kumpulan kami dibahagikan kepada dua iaitu kumpulan jr dengan kumpulan sr. Saya mengikuti kumpulan jr. Jalan yang kami lalui mempunyai tangga dan ianya agak licin. Ramai kanak-kanak yang berasa takut dan memegang guru masing-masing. Kanak kelihatan seronok melihat haiwan di situ. Kanak-kanak lebih suka melihat haiwan tersebut berbanding dengan mendengar apa yang dikatakan oleh tour guide tersebut.
Selepas itu kanak-kanak dibawa ke tempat persembahan haiwan. Terdapat dua ekor burung nuri yang boleh membuat kerja mengikut arahan instructor di situ. Selepas itu terdapat persembahan ular di mana kanak-kanak boleh menyentuh dan meletakkan ular itu di bahu mereka. Selepas persembahan tersebut kanak-kanak dibawa untuk menaiki keretapi tour untuk melihat kanak-kanak di situ.
Kanak-kanak dapat melihat arnab dan juga haiwan domestik yang lain. Kanak-kanak juga dapat memberi makanan kepada arnab dan guinea pig. Kanak-kanak kelihatan agak letih dan tidak larat untuk berjalan. Saya terpaksa memberi motivasi dan sokongan kepada kanak-kanak supaya mereka dapat berjalan untuk melihat beberapa haiwan lagi di situ.
Pada pukul 1.30 petang kanak-kanak dibawa untuk memakan mcdonald di subang jaya. Kanak-kanak diberi happy meal di mana terdapat barang mainan di dalamnya. Rata-rata kanak-kanak tidak dapat memakan makanan tersebut menyebabkan kami terpaksa tapau untuk mereka.
Pada pukul 2.30 petang kami tiba di tadika. Saya membantu cikgu lain untuk menghantar kanak-kanak balik ke rumah. Saya pulang pada pukul 3.00 petang.

2nd week

10 May 2010
Hari ini saya sampai ke taska pada pukul 7.30 pagi. Setelah sampai saya telah menggantungkan sapu tangan mereka di tempat yang disediakan mengikut nama mereka. Selepas itu saya ke general hall di mana kanak-kanak sedang bermain free play.
Kanak-kanak bernama Julian yang berumur 3 ½ tahun telah meminta bantuan saya untuk bermain dengan color tablet. Saya telah meminta panduan daripada cikgu Jeffeny yang berada di situ. Cikgu Jeffeny telah menerangkan cara penggunaan color tablet itu dan saya telah mengajar Julian tentang warna-warna itu. Julian dapat menyebut semua warna tersebut dan menyusunnya dengan betul. Saya telah memuji Julian supaya dia bersemangat untuk melakukan aktiviti yang lain.
Pada pukul 8.45 pagi terdapat circle time di mana cikgu Joanne telah mengendaliakan sesi tersebut. Cikgu Joanne menanyakan apakah hari ini, tarikh hari ini dan apakah yang mereka buat pada hari ahad yang lalu di mana hari ibu. Kanak-kanak berkongsi pengalaman tentang sambutan hari ibu di rumah mereka. Pada pukul 9.00 pagi kanak-kanak diberi sarapan pagi.
Pada pukul 9.30 pagi terdapat aktiviti outdoor play di mana kanak-kanak akan bermain di taman permainan dalam taska tersebut dan memberi lobak merah kepada arnab. Kanak-kanak kelihatan sungguh gembira semasa bermain. Kanak-kanak yang bernama Samantha bermain seorang-seorang dan tidak suka bermain dengan rakan-rakannya yang lain. Apabila saya mendekatinya dia mengatakan bahawa dia tidak suka bermain dengan orang lain, walaupun saya mengatakan bahawa bermain secara berkumpulan adalah menyeronokkan dia tetap berpendirian bahawa dia akan tetap bermain seorang.
Selepas itu kanak-kanak duduk di hall untuk sesi circle time dan cikgu Mary telah mengajar lagu 5 little speckaled frog. Selepas itu cikgu Geetha telah bercerita tentang reptilia dan amfibia yang merupakan tema pada minggu tersebut. Kanak-kanak telah menamakan gambar-gambar yang ditunjukkan oleh cikgu Geetha. Selepas itu kanak-kanak diberi play doh untuk bermain. Kanak-kanak perlu berkongsi barang untuk mereka plastisin tersebut. Ada kanak-kanak yang tidak maahu berkongsi barangan yang dimilikinya kepada orang lain. Saya sebagai guru berperanan untuk membuatkan mereka berkongi barangan mereka dengan rakan-rakan yang lain. Selepas itu waktu snack time yang kedua di mana pancake dengan air suam dihidangkan kepada kanak-kanak. Kanak-kanak sesi pagi telah balik ke rumah pada pukul 11.30 pagi.
Selepas itu saya bertugas dengan cikgu Mary untuk memandikan daan menukar baju kanak-kanak yang tinggal di situ untuk daycare. Saya hanya membantu cikgu Mary untuk menyalin baju kerana saya difahamkan bahawa kanak-kanak tidak biasa dimandikan oleh orang lain. Selepas tugas sesi selesai sesi kedua iaitu sesi petang bermula. Seperi biasa aktiviti yang sama telah dijalankan. Saya telah balik ke rumah pada pukul 5.30 petang.











11 MAY 2010
Hari ini saya tiba di tadika agak awal iaitu pada pukul 7.20 pagi. Hari ini saya ditugaskan untuk menjaga gate iaitu mengambil temperature kanak-kanak yang tiba. Saya telah menyambut kanak-kanak dengan gembira dan penuh dengan senyuman supaya mereka berasa seronok berada di sini.
Selepas itu terdapat waktu circle time di mana cikgu Joanne mengenadalikan sesi tersebut. Dia menanyakan apakah hari dan tarikh pada hari ini. Selepas itu cikgu Joanne menggunakan ABM iaitu gambar 5 ekor katak yang dilekatkan dengan plastisin untuk menyanyi lagu 5 little speckle frogs. Kanak-kanak tidak dapat menyanyi dengan betul kerana mereka tidak mempelajari lirik lagu yang boleh dikatakan agak sukar untuk diingati oleh mereka. Oleh itu mereka hanya diminta untuk menyanyikan lirik yam yam dan glup glup dalam lagu tersebut. Selepas itu kanak-kanak diminta untuk menyanyikan lagu yang diketahui oleh mereka. Ramai kanak-kanak yang menyanyi lagu twinkle twinkle dengan baba black sheep kerana mungkin lagu tersebut merupakan lagu yang selalu dinyanyikan oleh mereka. Pada pukul 9.00 pagi kanak-kanak diberi snack time.
Selepas itu terdapat aktiviti free play iaitu kanak-kanak bermain dengan peralatan Montessori dengan bantuan guru. Saya membantu cikgu Faslina untuk memerhati kanak-kanak bagaimana menggunakan peralatan mereka. Hari ini saya mempelajari bagaimana cara menggunakan picture box dalam kaedah Montessori. Hari ini saya mengawal Chung We yang dikatakan sebagai kanak-kanak yang nakal. Cikgu Sheila memuji saya kerana saya mampu mengawalnya untuk membuat colouring work.
Selepas aktiviti free play aktiviti circle time dijalankan. Kanak diminta untuk duduk di dalam bulatan. Selepas itu kedatangan pelajar diambil. Kanak-kanak diminta untuk berbisik semasa nama mereka dipanggil bagi mengelakkan mereka menjerit semasa kedatangan mereka diambil. Selepas itu permainan yang dikenali sebagai “whispering game” telah dijalankan. Kanak-kanak perlu berbisik apa yang dikatakan oleh cikgu kepada salah seorang kanak-kanak. Namun permainan ini kurang Berjaya disebabkan oleh kanak-kanak tidak faham apa itu konsep berbisik.
Selepas itu aktiviti pokka dots dijalankan di mana cikgu akan meletakkan beberapa kertas bulatan besar yang berwarna-warni di atas lantai. Semasa muzik dimainkan kanak-kanak perlu manari dengan perlahan dan selepas lagu diberhentikan cikgu akan menyebut satu warna dan kanak-kanak perlu berdiri di atas warna yang disebut oleh guru. Kanak-kanak kelihatan sungguh gembira kerana kanak-kanak dapat bergerak dan dapat berdiri di atas warna yang betul.
Pada pukul 11.00 pagi kanak-kanak diberi snack dan mereka balik pada pukul 11.30 pagi. Selepas itu saya membantu cikgu mary untuk memandikan kanak-kanak. Ini merupakan pertama kali saya memandikan kanak-kanak. Saya berasa agak gementar semasa memandikan mereka kerana takut mereka tidak suka. Namun selepas memandikan kanak-kanak yang pertama saya berasa normal dan gembira kerana Berjaya memandikan kanak-kanak tersebut.
Pada pukul 12.45 tengahari terdapat sesi story telling saya hanya sempat untuk tiba di situ pada pengakhiran penceritaan kerana agak sibuk memandikan kanak-kanak. Seperti biasa aktiviti yang sama telah dilakuka pada sesi petang. Saya balik dari taska pada pukul 5.15 petang.





12 May 2010
Hari ini saya sampai ke taska pada pukul 7.30 pagi. Selepas itu saya dan Wee telah menyusun mangkuk, cawan dengan sudu untuk hidangan makan pagi pada hari itu. Saya difahamkan bahawa cawan dan sudu perlu diletakkan di sebelah kanan supaya ia kelihatan kemas dan memudahkan kanak-kanak untuk makan. Selepas itu saya menjaga pintu seperti hari-hari lain dan mengambil suhu badan kanak-kanak supaya dapat mengetahui bahawa mereka demam atau tidak.
Pada pukul 8.30 terdapat waktu circle time di mana cikgu Joanne telah mengendalikan sesi pada pagi itu. Seperti biasa cikgu Joanne menanyakan apakah hari ini dan tarikh hari ini. Kanak-kanak dari Senior Class dapat menjawab soalan cikgu Joanne. Selepas itu lagu speckle frog dinyanyikan lagi. Hari ini saya dapat melihat bahawa terdapat kanak-kanak yang boleh menyebut beberapa perkataan dalam lirik lagu tersebut. Selepas aktiviti tersebut makan pagi dihidangkan. Makan pagi pada hari ini adalah roti bakar dengan sup cendawan.
Pada pukul 9.30 pagi seperi biasa aktiviti free play telah dijalankan iaitu kanak-kanak diuji dengan bahan-bahan Montessori untuk mengetahui kemahiran mereka. Pada hari ini saya membantu Cikgu Faslina untuk mengajar kanak-kanak yang bernama Maliq berumur 4 tahun nombor dari 11-19. Pada mulanya dia enggan memberi kerjasama kepada saya semasa mengajar. Selepas saya berbual dengan di selama 5 minit, saya dapat tahu bahawa dia suka diberi pujian dan dia suka menerima hadiah. Saya menggunakan kaedah pujian untuk mengajarnya nombor 11-19 menggunakan blok kayu. Dia dapat menghafal nombor-nombor tersebut dalam masa 7 minit sahaja.
Selepas aktiviti Free Play terdapat circle time di mana cikgu Mary mengambil kedatangan kanak-kanak pada hari ini. Selepas itu kanak-kanak terdapat aktiviti arts and crafts di mana kanak-kanak perlu mewarnakan kulit bekas telur untuk dibuat cengkerang bagi kura-kura. Sebelum aktiviti tersebut dijalankan kanak-kanak dipakaikan apron untuk melindungi pakaian mereka terkena warna air. Selepas dipakaikan apron kanak-kanak berkumpul di ruang makan dan 5 orang kanak-kanak berkongsi warna duduk di atas satu meja untuk mewarnakan bekas telur yang diberi kepada mereka. Kanak-kanak mewarnakan menggunakan berus yang dipegang sendiri oleh mereka. Selepas itu saya dan cikgu-cikgu lain mencucikan tangan kanak-kanak yang penuh dengan water color .
Selepas itu aktiviti jolly phonics dijalankan. Selepas itu saya terpaksa membacakan cerita kepada kanak-kanak untuk mengisi waktu. Saya berasa agak gementar apabila diminta untuk bercerita kerana ini merupakan kali pertama saya membacakan cerita. Walaupun begitu saya berjaya menarik perhatian kebanyakan kanak-kanak di situ. Selepas itu kanak-kanak diberi snack iaitu buah-buahan.
Selepas pukul 11.30 saya dan Wee membantu cikgu Ivy dan Pei Ling untuk mejaga gate pada waktu petang. Selepas itu kami berjumpa dengan cikgu Jeffeny untuk berbincang tentang rancangan pengajaran kami yang akan diajar pada hari Jumaat ini. Cikgu Sheila dan Cikgu Jeffeny membantu kami memberikan komen dan juga mencarikan bahan bantu mengajar bagi RP kami. Saya berasa gembira kerana penyelia taska dapat membantu kami.
Selepas itu kami memberi makanan kepada kanak-kanak yang tinggal untuk daycare pada hari tersebut. Pada pukul 1.15 petang, saya balik ke apartment.




13 May 2010
Seperti biasa hari ini saya sampai ke taska pada pukul 7.30 pagi. Setelah tiba saya telah mula menyiapkan origami katak sebagai alat bantu mengajar bagi prapembelajaran pada hari itu supaya dapat menyediakan diri bagi penyeliaan esok oleh penyelia taska Puan Jeffeny. Cikgu Joanne yang juga menjalani praktikal di situ telah membantu saya untuk menyiapkan origami tersebut.
Selepas itu cikgu Faslina meminta bantuan untuk menyelia kanak-kanak bernama Adithi untuk menyiapkan written worknya untuk ditunjukkan pada parent-teachers meeting pada hari Sabtu ini. Selepas itu saya membantu cikgu Mala untuk menyiapkan props untuk sesi bercerita pada hari itu. Waktu circle time pada pagi itu digantikan dengan sesi bercerita. Cikgu Mala bercerita tentang Trovl and the three Billy goats. Cikgu menggunakan pelbagai jenis props dan juga menggunakan intonasi suara bagi menarik minat kanak-kanak. Kanak-kanak kelihatan khusyuk mendengar cerita kerana tiada kanak-kanak yang berbuat bising pada masa itu. Selepas cerita itu habis cikgu Mala menanyakan beberapa soalan kepada kanak-kanak di situ, rata-rata kebanyakan kanak-kanak dapat menjawab soalan yang ditanya oleh cikgu Mala yang berkaitan dengan ceritanya. Selepas itu kanak-kanak diberi makan pagi iaitu telur, red beans dengan toast.
Selepas diberi makanan kanak-kanak berkumpul di hall untuk circle time. Kanak-kanak menyanyikan lagu twinkle twinkle, baba blacksheep, old mcdonald have a farm dengan iringan muzik. Guru-guru turut menyanyi sama bagi menaikkan semangat kanak-kanak bernyanyi sama. Selepas itu Wee telah bertugas untuk mengambil kedatangan. Selepas mengambil kedatangan cikgu Geeta telah mengajar kanak-kanak tentang amfibia terutamanya katak. Cikgu Geetha menerangkan tentang bahagian-bahagian katak kepada kanak-kanak menggunakan kad bergambar. Selepas itu cikgu Geetha menggunakan model katak untuk menerangkan kepada kanak-kanak. Kanak-kanak kelihatan sangat berminat kerana mereka dapat melihat kitaran hidup katak yang diawet. Cikgu Geetha telah menunjukkannya kepada kanak-kanak satu demin satu supaya mereka dapat melihat dengan jelas kitaran hidup katak.
Selepas itu terdapat cikgu Mary mengajar kanak-kanak dengan membawa buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna oren. Cikgu Mary telah menanya kanak-kanak berdasarkan pengalaman lepas mereka iaitu sama aktiviti yang pernah dibuat oleh kanak-kanak iaitu mencampurkan warna kuning dengan warna merah. Kanak-kanak dapat mengaitkan apa yang mereka pelajari dan kemudian menjawab soalan cikgu Mary. Selepas itu kanak-kanak seorang demi seorang diminta untuk mengenalpasti yang manakah buah-buahan dan yang manakah sayur-sayuran. Terdapat kanak-kanak dapat mengenalpastinya dengan mudah dan terdapat kanak-kanak yang tidak dapat yang diberi bantuan. Selepas itu terdapat sesi jolly phonics. Selepas itu kanak-kanak diberi makan pagi yang kedua iaitu milo dengan biskut tiger.
Selepas itu saya dan Wee terpaksa mengajar untuk sesi petang kerana cikgu Mary sakit dan balik ke rumah awal. Saya terpaksa memandikan 12 orang kanak-kanak dan saya terkena selsema. Saya berasa tersangat penat dan berasa demam. Pada pukul 12.45 tengahari sesi yang kedua bermula aktiviti seperti yang terdapat pada sesi pagi dijalankan. Saya balik ke rumah pada pukul 3.45 petang.






14 May 2010
Seperti biasa hari ini saya ke tadika pada pukul 7.30 pagi. Hari ini saya menghidap selsema, oleh itu saya menjauhkan diri saya daripada kanak-kanak supaya mereka tidak mendapat jangkitan daripada saya. Hari ini saya bertugas untuk menjaga gate duty. Seperti biasa saya perlu menjemput kanak-kanak dari kereta ibu bapa mereka dan mengambil suhu badan mereka dan mencatatkan suhu mereka di kertas yang disediakan supaya memastikan bahawa kanak-kanak sihat untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran pada hari itu.
Selepas itu saya mengikuti circle time di mana cikgu Faslina mengendalikan sesi pada pagi itu kerana setiap hari Jumaat merupakan Bahasa Malaysia Day. Perbualan pada Circle time rsekerapada hari itu menggunakan Bahasa Melayu. Cikgu Faslina telah memperkenalkan amfibia dan reptilian dalam Bahasa Melayu kerana rata-rata kanak-kanak mengetahuinya dalam Bahasa Melayu. Saya boleh merasakan bahawa kanak-kanak pada hari ini kurang berbual mungkin disebabkan oleh mereka tidak fasih dalam Bahasa Melayu.
Selepas itu kanak-kanak diberi makan pagi. Makanan pagi pada hari itu adalah Roti Canai dengan Kari dhal dan kari ikan. Kanak-kanak kelihatan begitu berseronok memakan makanan mereka kerana banyak kanak-kanak meminta untuk menambah makanan mereka. Pada pukul 9.30 pagi, kanak-kanak terdapat water play untuk kanak-kanak. Sebelum mereka pegi ke water play cikgu perlu menukarkan baju mereka kepada baju mandi yang dibawa oleh kanak-kanak dari rumah mereka. Di bahagian taman tadika Pak Anto telah menyediakan 2 mini pool yang dengan air. Kanak-kanak kelihatan begitu berseronok semasa bermain di air. Permainan seumpama ini boleh meningkatkan kemahiran berkomunikasi kerana saya boleh melihat ramai kanak-kanak yang berbual dengan kanak-kanak yang lain. Walaupun begitu saya berasa agak sedih juga kerana tidak dapat menyediakan aktiviti untuk kanak-kanak semasa mereka membuat water play. Saya bertekad sebelum saya menghabiskan praktikal saya, saya akan menyediakan beberapa aktiviti untuk kanak-kanak semasa membuat water play. Selepas water play kanak-kanak ditukarkan baju supaya mereka tidak terkena selsema.
Selepas itu Wee telah mengambil 5 orang kanak-kanak untuk menjalani rancangan pengajaran supaya dapat dinilai oleh penyelia taska. Pada waktu tersebut terdapat free play untuk kanak-kanak. Selepas itu kanak-kanak perlu menyanyikan lagu jolly phonics. Saya boleh merasakan bahawa kanak-kanak berasa bosan dengan lagu tersebut kerana perlu menyanyikannya setiap hari. Selepas itu kanak-kanak dihidangkan dengan snack time yang kedua iaitu biskut tiger dan juga milo. Pada pukul kanak-kanak balik ke rumah pada pukul 11.30 pagi.
Selepas itu, saya membantu cikgu Mary untuk memandikan kanak-kanak kerana cikgu mary berasa kurang sihat. Saya telah memandikan kanak-kanak. Semasa mandi saya berusaha untuk berkomunikasi dengan mereka supaya mereka tidak berasa bosan. Selepas itu saya memberi makanan kepada kanak-kanak yang perlu makan untuk tengahari. Makanan tengahari pada hari itu adalah mee hoon goreng.
Pada pukul 12.45 sesi petang bermula. Aktiviti seperti yang terdapat dalam sesi pagi telah dijalankan. Selepas habis waktu persekolahan pada pukul 3.30 petang. Saya dan Wee terpaksa stayback untuk membantu cikgu-cikgu lain untuk mempersiapkan bilik Juniors kerana terdapat Parents-Teachers Meeting pada esok. Kami balik ke apartment pada pukul 5.30 petang.

Ist week Jurnal

Jurnal Saya
3 May 2010

Pagi ini saya bangun pada pukul 7.00 pagi dengan perasaan yang agak gementar kerana ini adalah pertama kali saya akan menjalani praktikal di taska. Setelah bersiap-siap pada pukul 8.00 pagi saya dan wee partner saya, serta Levia, Akma, Kak Suji dengan Wei Lynn telah mula ke tempat praktikal masing-masing.
Tepat pada pukul 8.10 pagi, saya dan Wee telah sampai ke tadika kami iaitu Small Wonder Children House di Subangjaya. Apabila kami menjejakkan kaki ke dalam taska tersebut suhu badan kami telah diukur supaya memastikan kami sihat dan bebas daripada jangkitan. Kedatangan saya dan partner saya telah dialu-alukan oleh dua orang pengetua taska tersebut iaitu Puan Jeffeny pengetua bahagian akademik dan Puan Shailaja (Sheila) pengetua bahagian hal-ehwal pelajar.
Puan Jeffeny dan Puan Sheila telah menceritakan serba ringkas tentang taska ini. Kami diminta untuk mengisi borang. Setelah mengisi borang Puan Jeffeny telah membawa saya dan partner saya untuk melihat sekeliling taska tesebut.
Kanak-kanak di situ telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan Seniors dan kumpulan Juniors. Seniors terdiri daripada kanak-kanak berumur 5-6 tahun manakala Juniors terdiri daripada kanak-kanak berumur 2-4 tahun. Bilik Seniors di bahagian atas tadika dan terdapat empat bilik yang mempunyai tema yang berbeza seperti tema kampung, tema hutan, tema planet.
Kanak-kanak Juniors seramai 19 orang ditempatkan di bahagian bawah taska dengan empat orang guru iaitu cikgu Pei Ling, cikgu Fazlina, cikgu Geetha dan cikgu Mary dan kami juga ditempatkan di sini.
Terdapat Sand Play, water play dan juga taman permainan serta haiwan belaan seperti iguana, kura-kura, labi labi serta arnab dibela di bahagian outdoor tadika ini. Pendekatan pembelajaran yang digunakan di tadika ini adalah Montessori Method.
Saya berasa kagum dengan peralatan yang terdapat di situ kerana terdapat banyak jenis peralatan yang berkaitan dengan pendekatan Montessori yang digunakan di situ. Guru-guru di situ dilatih cara-cara penggunaan peralatan tersebut.
Tepat pada pukul 8.30pagi kanak-kanak juniors diminta untuk berkumpul di ruang belajar untuk Juniors di bahagian bawah untuk sesi Circle Time. Cikgu Ivy telah menjalankan sesi ini. Cikgu Ivy telah menerangkan tema pada minggu itu iaitu ikan kepada kanak-kanak. Cikgu Ivy menjalankan sesi perbualan dengan kanak-kanak dengan menanya mereka tentang ikan seperti di mana ikan tinggal, mengapa kita perlu makan ikan dan sebagainya. Kanak-kanak kelihatan seronok dengan penjelasan yang diberikan oleh cikgu Ivy.
Pada pukul 8.45 pagi kanak-kanak diberi rehat untuk Snack Time sesi sarapan pagi. Kanak-kanak membasuh tangan dan duduk di meja masing-masing. Cikgu menghidangkan pelajar dengan Snack pada pagi itu iaitu Cereal dengan air suam. Kanak-kanak di situ dapat menggunakan sudu untuk memakan cereal mereka. Ada kanak-kanak yang mengangkat tangan untuk meminta tambahan ceral dan guru telah menambahkannnya.
Pada pukul 9.10 pagi Juniors dibawa untuk bermain di outdoor. Kanak-kanak di situ bermain dengan buaian, jongkang-jongkit, keretapi dan juga papan gelongsor. Semasa bermain jongkang-jongkit cikgu Pei Ling telah menyanyi lagi row-row-row your boat untuk kanak-kanak seronok main di situ. Kanak-kanak juga diberi peluang untuk memberi makanan kepada arnab. Kanak-kanak berasa sungguh gembira melihat arnab memakan apa yang diberikan oleh mereka.
Pada pukul 10.00 pagi pelajar Juniors diminta untuk memasuki ruang pembelajaran mereka. Sesi Circle time diteruskan lagi oleh Cikgu Pei Ling. Sebelum sesi tersebut dimulakan cikgu Pei Ling memperkenalkan saya dan wee kepada kanak-kanak terebut. Saya turut duduk serta dalam circle time tersebut. Saya dan wee telah diminta untuk menyanyikan lagu, kami telah memilih lagu row your boat dengan gayanya sekali iaitu duduk membelakangi kawan dan bergerak ke hadapan dan belakang semasa lagu itu dinyanyikan. Semua kanak-kanak di situ telah membuat kasi tersebut dengan menyanyikan lagu. Saya dan wee berasa sungguh gembira melihat kanak-kanak seronok menyanyikan lagu.
Selepas itu cikgu Pei Ling telah menceritakan semula kepada kanak-kanak Juniors tentang tema pada minggu tersebut iaitu ikan. Kanak-kanak menjawab soalan dengan mengangkat tangan. Cikgu Pei Ling menekankan bahawa sesiapa yang ingin menjawab soalan perlu mengangkat tangan dan cikgu Pei Ling akan memintanya untuk memberikan jawapan. Kanak-kanak yang mengingkar arahan guru atau membuat bising diminta untuk duduk di Thinking Chair. Kanak-kanak yang bernama Shawn telah diminta untuk duduk di situ kerana membuat bising. Shawan telah menangis selapas duduk di situ. Selepas 10 minit dia diminta untuk sertai kembali Circle Time, namun dia merajuk dan tidak membuat sebarang aktiviti. Wee telah duduk di sebelahnya dan memujuknya tetapi di makin merajuk. Oleh itu saya meminta Wee menjauhinya supaya dia tidak menunjukkan perlakuan tersebut. Selepas 5 mnit Shawn telah berada dalam keadaan normal dan sertai aktiviti yang dijalankan. Di sini saya mempelajari bahawa perlakuan kanak-kanak yang tidak patut itu tidak diberi perhatian supaya perlakuan itu dapat dihindari.
Selepas itu sesi Funny Phoenics telah dijalankan. Flip card dan juga lagu telah dimainkan. Kanak-kanak menyanyikan lagu melihat flip card tersebut dan membuat aksinya. Sebutan ng, oo, zee, ae, aa dan sebagainya telah ditekankan di sini.
Pada pukul 11.00 pagi, kanak-kanak dihidangkan dengan snack time iaitu biskut dengan milo. Kanak-kanak mempunyai cawan mereka sendiri. Selepas makan kanak-kanak tersebut membasuh tangan mereka dan membasuh cawan mereka. Selepas sesi tersebut kanak-kanak pulang. Kanak-kanak yang pulang diawasi dengan teliti oleh cikgu-cikgu tersebut. Terdapat papan putih yang dilekatkan dengan siapa yang akan membawa seseorang kanak-kanak itu pulang dan nombor plat keretanya. Saya dan wee menolong guru-guru di situ untuk membasuh cawan di situ.
Selepas itu kami telah berada di ruang Junior untuk mengawasi kanak-kanak yang berada di situ untuk daycare dan evening session. Terdapat tayangan di TV iaitu Astro TV IQ, Kanak-kanak berasa seronok melihat aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam TV tersebut. Ada kanak-kanak yang bemain dengan puzzle yang terdapat di situ.
Pada pukul 12.05 tgh saya dan wee talah memakan makanan yang disediakan di situ. Jurumasak di situ iaitu kak Min berbual mesra dengan kami berdua. Selepas makan kami pergi semula ke ruang Juniors. Puan Jelita iatu pengurus taska tersebut berjumpa dengan kami berdua dan berbual mesra dengan kami. Semua guru di situ melayan kami dengan baik dan menyebabkan saya berasa lega kerana agak takut dengan guru-guru di situ. Pada pukul 1.05 petang kami pun pulang.



4 May 2010
Tidak menghadirkan diri ke taska kerana terdapat peperiksaan PDEK 3103 pada hari ini. Ketidakhadiran saya dan Wee telah dimaklumkan kepada pengetua taska.

5 May 2010
Hari ini saya pergi taska pada pukul 7.55 pagi. Walaupun berasa gementar namun saya dengan semangat untuk menjalani praktikal saya melangkah masuk ke dalam taska. Ksaehadiran saya dan wee seperti biasa disambut dengan meriah oleh penolong pengetua taska iaitu Puan Jeffeny dengan Puan Sheela.
Pada hari ini saya dan wee meminta tunjuk ajar daripada Puan Jeffeny untuk membantu kami untuk memilih seorang pelajar untuk kajian kes kami, namun beliau telah mengatakan bahawa kami sendiri perlu memerhati sendiri untuk memilih seorang kanak-kanak yang sesuai untuk kajian kes kami. Saya pun bersetuju dengan kenyataan beliau kerana saya seharusnya memerhati setiap kanak-kanak dalam kelas junior untuk memilih seorang kanak-kanak yang sesuai untuk kajian kes saya.
Pada pukul 8.30 pagi, terdapat aktiviti Circle Time yang telah dikendalikan oleh cikgu Pei Ling. Dalam circle time, cikgu Pei Ling telah meneceritakan tentang ikan yang menjadi tema pada minggu tersebut. Kanak-kanak terutamanya Seniors menjawab soalan cikgu Pei Ling.
Tepat pada pukul 8.45 pagi terdapat Snack Time. Pada Snack Time pada hari ini kanak-kanak dihidangkan dengan sandwich tuna. Sebelum kanak-kanak mengambil makanan mereka kanak-kanak perlu mengambil sapu tangan mereka di tempat yang disediakan. Selepas itu kanak-kanak perlu berbaris untuk membasuh tangan. Semasa membasuh tangan mereka harus menggunakan sabun tangan untuk membasuh tangan. Mereka juga dimestikan untuk mengucapkan terima kasih kepada cikgu semasa menghidangkan makanan. Saya juga dapat melihat bahawa cikgu berkomunikasi dengan kanak-kanak tersebut semasa waktu makan. Saya pun mengikuti mereka dan berbual dengan kanak-kanak yang terdapat di situ. Selepas makan mereka telah mengangkat cawan dan mangkuk mereka dan memasukkanyya di dalam besen yang disediakan.
Selepas itu waktu circle time dijalankan lagi. Kali ini cikgu Marilyn mengendalikan sesi ini. Dalam sesi ini Cikgu mengajar lagu ikan di mana terdapat unsur rantai makanan di situ. Kanak-kanak telah melakukan aktiviti tersebut dengan gembira. Kanak-kanak yang nakal diberi amaran untuk supaya tidak nakal dan jika mereka meneruskan perbuatan mereka, mereka akan duduk di atas thinking chair. Pada pukul 9.15 pagi kanak-kanak menyambut hari jadi Maliq.
Selepas itu kanak-kanak membuat free play iaitu kanak-kanak perlu bermain dengan peralatan model Montesori di bawah pengawasan guru. Kanak-kanak perlu menguasai permainan yang mudah dahulu baru kepada yang kompleks. Puan Jelita mengajar saya menggunakan salah satu apparatus di situ iaitu tracing numbers, kanak kanak perlu trace number yang terdapat dalam kertas manila yang mempunyai permukaan yang kasar. Terdapat titik permulaan di mana mereka perlu mula trace di titik tersebut. Menurut Puan Jelita ini adalah penting sebelum kanak-kanak mula menulis.
Pada pukul 10.30 pagi terdapat sesi Arts and Crafts di mana kanak-kanak perlu menyediakan hadiah untuk hari ibu yang bakal tiba pada ahad. Semalam saya diberitahu bahawa kanak-kanak telah mewarnakan cawan dan kertas warna mereka dengan water colour. Hari ini mereka trace tangan mereka di atas kertas lukisan yang telah diwarnakan.
Pada pukul 11.10 petang mereka telah diberi snack time iaitu kek. Puan Jelita meminta saya untuk menjaga pintu hadapan iaitu mencatatkan suhu badan kanak-kanak yang tiba untuk kelas sesi petang. Saya belajar daripada cikgu Pei Ling untuk menggunakan pengukur suhu badan. Selepas itu kami memakan makanan tengahari.
\ Selepas itu tepat pukul 1.30 petang waktu sesi petang aktiviti sesi pagi dijalankan di sesi petang. Dalam kelas sesi petang, saya terjumpa seorang kanak-kanak berumur 4 tahun yang mempunyai masalah percakapan. Namun di pandai memberi reaksi untuk arahan yang diberikan.
Selepas waktu sesi petang tamat pada pukul 3.30 petang terdapat mesyuarat guru. Saya daan wee turut serta dalam mesyuarat tersebut. Dalam mesyuarat tersebut Puan Jelita telah mengalu-alukan kedatangan kami dan telah mengatakan bahawa beliau mempunyai hasrat yang besar terhadap kami dan berharap kami mempelajari semua aspek yang harus kami pelajari. Selepas itu beliau telah mengatakan tentang perjumpaan antara guru dan ibu bapa yang akan dijalankan pada 15 Mei 2010 dan telah membahagikan tugas kapada guru-guru.
Selepas habis mesyuarat saya dan wee telah diminta bantuan untuk menyediakan 40 heart shape dalam dua saiz yang berbeza. Kami mengambil kertas keras manila yang terdapat di situ. Kami balik ke ke rumah pada pukul 5.30 petang.









6 May 2010
Hari ini saya dan Wee telah sampai ke tadika pada pukul 7.55 pagi, cikgu Tee dan cikgu Geetha sedang dalam “gate duty”. Selepas meletakkan beg saya telah pergi ke gate duty kerana Puan Jelita, pengetua taska telah meminta saya untuk mempelajari cara menyambut pelajar dan mencatatkan suhu badan pelajar.
Di pintu, Cikgu Geetha dan Cikgu Tee telah memberi tunjuk ajar untuk bagaimana untuk menyambut pelajar iaitu membuka pintu kereta, mengucapkan selamat pagi kepada ibu bapa dan kanak-kanak dan mengambil bakul mereka dan masuk ke dalam tadika. Jika terdapat pesanan daripada ibu dan bapa perlu dilaporkan kepada Puan Jeffeny, Puan Sheila, dan Puan Jelita. Apabila ditanya tentang mengapa perlu mengambil suhu badan adalah untuk memastikan kanak-kanak itu sihat dan boleh menjalani aktiviti yang dirancang.
Seorang kanak-kanak yang bernama Adithi menangis apabila masuk ke dalam taska. Saya telah memeluknya kerana dia memerlukan secure attachment kerana disebabkan oleh ibu bapa dia hanya akan mengambil dia pulang pada pukul 6 petang. Oleh itu dia amat takut yang ibu bapa dia akan tinggalkan dia, oleh itu saya telah memujuknya dan memintanya untuk main dengan rakan-rakannya dalam free play.
Tepat pada pukul 9.00 pagi kanak-kanak dihidangkan dengan snack time. Makanan yang dihidangkan pada hari ini ialah egg toast dengan sausage dan air mineral. Kanak-kanak berselera makan kerana ramai kanak-kanak yang meminta toast dan sausage lebih.
Pada pukul 9.20 pagi juniors masuk ruang mereka untuk circle. Hari ini saya diminta untuk mengendalikan waktu mengambil kedatangan kanak-kanak. Saya berasa agak gementar kerana tiba-tiba diminta untuk berbuat sedemikian. Namun saya meniru gaya cikgu Pei Ling iaitu berbisik nama kanak-kanak supaya mereka senyap daan tunggu giliran mereka dipanggil.
Selepas itu terdapat jolly phoenics di mana kanak-kanak perlu membuat aksi semasa menyebut phoenics tersebut. Lagu telah dimainkan dan kanak-kanak mengikut lirik lagu. Kanak-kanak menumpukan perhatian mereka kerana mereka menggunakan tiga deria mereka iaitu mendengar, melihat dan menyanyi.
Selepas itu aktiviti arts and crafts telah dijalankan. Sambungan daripada semalam iaitu kanak-kanak perlu menampal manik ke atas bentuk tangan mereka yang telah dipotong. Kanak-kanak perlu menggunakan berus untuk mengambil gam dan menyapukan ke atas kertas dan menampal manik di atasnya. Selepas itu kanak-kanak membasuh tangan mereka menggunakan sabun.
Selepas sesi arts and crafts, Cikgu Geetha telah membedah ikan untuk menunjukkan kepada kanak-kanak. Aktiviti ini dilakukan selaras dengan tema pada minggu ini iaitu ikan. Cikgu Geetha telah menunjukkan bahagian fin dan menjelaskan fungsi fin tersebut, dan seterusnya menjelaskan tentang semua bahagian dalam ikan. Kanak-kanak telah menumpukan perhatian dan telah menanya soalan tentang bahagian-bahagian ikan tersebut.
Selepas itu, kanak-kanak diberi snack iaitu biskut tiger dengan air milo. Kanak-kanak yang bernama Shaun telah menumpahkan air milo ke atas meja. Cikgu Mary memintanya untuk mencari kain lap dan melapnya. Ini adalah memastikan kanak-kanak tersebut tidak mengulangi perbuatannya sekali lagi dan dia perlu tahu bahawa dia harus lap apa yang ditumpahkannya.
Pada pukul 11.30 kanak-kanak balik ke rumah., Saya membantu cikgu tee untuk -mengukur suhu badan, kanak-kanak sesi petang. Saya juga membantu menyediakan bahan ABM iaitu membantu guru memotong bentuk daun daripada kertas berwarna hijau.
Selepas itu saya pergi ke ruang untuk menidurkan kanak-kanak. Terdapat dua orang kanak-kanak iaitu farrel dan Addison. Mereka telah meminta untuk membacakan cerita untuk mereka sebelum tidur. Saya telah membacakan cerita dan telah membuat aksi dengan intonasi suara supaya mereka minat dengan cerita tersebut. Selepas cerita dihabiskan saya telah menyanyikan lagu twinkle twinkle little star dan mendodoikan mereka. Pada pukul 1.45 petang saya balik ke rumah.



















7 May 2010
Hari ini saya sampai ke taska pada pukul 7.55 pagi. Setelah sampai saya telah ditugaskan untuk menjaga gate lagi. Saya telah menunggu di hadapan gate di mana cikgu Geetha telah menjemput kanak-kanak dari kereta ibu bapa dan saya mengambil suhu badan kanak-kanak dan meminta mereka menyusun kasut yang dipakai dan diletakkan di dalam ruang kasut dan membasuh tengan serta meletakkan bakul mereka di almari.
Terdapat seorang kanak-kanak bernama Aditi yang menangis ditinggalkan ibu bapanya. Saya memujuknya dengan member pujian bahawa dia seorang budak yang baik yang tidak akan menangis dan saya memberi beberapa pujian yang lain yang boleh menyebabkan dia senyum. Selepas itu saya membawanya untuk turut serta dengan kanak-kanak lain untuk bermain free play.
Pada pukul 7.45 pagi kanak-kanak terlibat dalam aktiviti circle time. Disebabkan pada Ahad tersebut merupakan Hari Ibu Cikgu Jelita, pengurus kolej telah menerangkan kepada kanak-kanak tentang pengorbanan ibu terhadap mereka. Cikgu Jelita memberikan contoh yang releven dengan kehidupan mereka seperti keadaan di mana mereka sakit dan ibu perlu berjaga sepanjang malam untuk member ubat. Saya mengagumi cara Puan Jelita menerangkannya kepada kanak-kanak kerana beliau telah melakonkan situasi tersebut di mana kanak-kanak bersorak kerana keadaan seumpama itu telah berlaku terhadap mereka. Tepat pada pukul 8.30 pagi kanak-kanak dihidangkan dengan snack time waktu pagi.
Pada pukul 9.00 pagi kanak-kanak berkumpul di hall untuk menonton filem Finding Nemo. Puan Jelita mengatakan bahawa kanak-kanak perlu berkelakuan baik jika hendak menonton filem tersebut. Filem itu ditayangkan bersempena dengan minggu tema ikan supaya kanak-kanak boleh mengenali pelbagai jenis ikan yang terdapat di laut. Semasa filem ditayangkan cikgu Sheila teleh mengatakan bahawa dia akan bertanya soalan dan kanak-kanak perlu menjawabnya. Semasa menonton filem tersebut terdapat kanak-kanak yang berjalan ke sana sini kerana mungkin berasa bosan atau tidak faham dengan cerita tersebut. Kanak-kanak tersebut dibawa ke bilik untuk membuat kerja bertulis “written work” supaya mereka tidak mengganggu kanak-kanak yang lain.
Pada pukul 11.00 pagi kanak-kanak junior class diminta ke tempat makan untuk mempelajari bagaimana mengupas kulit pisang dan memotongnya menggunakan pisau plastik. Terdapat kanak-kanak yang lebih selesa untuk menggunakan tangan mereka untuk mengupas kulit pisang. Saya menegur mereka untuk menggunakan pisau dan garpu untuk memotong dan memakan pisang. Tepat pada pukul 11.30 pagi kanak-kanak pulang ke rumah. Aktiviti yang sama telah diulang sekali lagi sehingga pukul 3.30 petang. Saya dan wee terpaksa bertugas sesi petang kerana seorang cikgu di situ tidak hadir ke taska.
Selepas pukul 3.30 petang Cikgu Jelita, Cikgu Jeffeny dengan Cikgu Sheila telah berjumpa dengan kami berdua dan menerangkan tentang apa aspek yang hendak dinilai oleh mereka dan telah menerangkan tentang apakah jangkauan mereka terhadap kami. Saya berasa agak tertekan dengan harapan Puan Jelita kerana inginkan rancangan pelajaran yang sangat kreatif dan memerlukan objek realia semasa pengajaran dan pembelajaran dilakukan. Saya balik ke rumah pada pukul 5.00 petang.

My Journey in 6 weeks of my preschool practical

Hi there.... just wanna share my preschool practical jurnal for 6 weeks.....

Hi, I m back

Hi..... after a long break i m back in my blogging....