NUFFNANG

:: Welcome ::

Vanakkam and welcome to my own blog. This blog contains my own creations, my thoughts, my favourites and etc etc. any comments e-mail me at maya5318@gmail.com. Take care and happy alwayz!!!!





Monday, July 26, 2010

2nd week

10 May 2010
Hari ini saya sampai ke taska pada pukul 7.30 pagi. Setelah sampai saya telah menggantungkan sapu tangan mereka di tempat yang disediakan mengikut nama mereka. Selepas itu saya ke general hall di mana kanak-kanak sedang bermain free play.
Kanak-kanak bernama Julian yang berumur 3 ½ tahun telah meminta bantuan saya untuk bermain dengan color tablet. Saya telah meminta panduan daripada cikgu Jeffeny yang berada di situ. Cikgu Jeffeny telah menerangkan cara penggunaan color tablet itu dan saya telah mengajar Julian tentang warna-warna itu. Julian dapat menyebut semua warna tersebut dan menyusunnya dengan betul. Saya telah memuji Julian supaya dia bersemangat untuk melakukan aktiviti yang lain.
Pada pukul 8.45 pagi terdapat circle time di mana cikgu Joanne telah mengendaliakan sesi tersebut. Cikgu Joanne menanyakan apakah hari ini, tarikh hari ini dan apakah yang mereka buat pada hari ahad yang lalu di mana hari ibu. Kanak-kanak berkongsi pengalaman tentang sambutan hari ibu di rumah mereka. Pada pukul 9.00 pagi kanak-kanak diberi sarapan pagi.
Pada pukul 9.30 pagi terdapat aktiviti outdoor play di mana kanak-kanak akan bermain di taman permainan dalam taska tersebut dan memberi lobak merah kepada arnab. Kanak-kanak kelihatan sungguh gembira semasa bermain. Kanak-kanak yang bernama Samantha bermain seorang-seorang dan tidak suka bermain dengan rakan-rakannya yang lain. Apabila saya mendekatinya dia mengatakan bahawa dia tidak suka bermain dengan orang lain, walaupun saya mengatakan bahawa bermain secara berkumpulan adalah menyeronokkan dia tetap berpendirian bahawa dia akan tetap bermain seorang.
Selepas itu kanak-kanak duduk di hall untuk sesi circle time dan cikgu Mary telah mengajar lagu 5 little speckaled frog. Selepas itu cikgu Geetha telah bercerita tentang reptilia dan amfibia yang merupakan tema pada minggu tersebut. Kanak-kanak telah menamakan gambar-gambar yang ditunjukkan oleh cikgu Geetha. Selepas itu kanak-kanak diberi play doh untuk bermain. Kanak-kanak perlu berkongsi barang untuk mereka plastisin tersebut. Ada kanak-kanak yang tidak maahu berkongsi barangan yang dimilikinya kepada orang lain. Saya sebagai guru berperanan untuk membuatkan mereka berkongi barangan mereka dengan rakan-rakan yang lain. Selepas itu waktu snack time yang kedua di mana pancake dengan air suam dihidangkan kepada kanak-kanak. Kanak-kanak sesi pagi telah balik ke rumah pada pukul 11.30 pagi.
Selepas itu saya bertugas dengan cikgu Mary untuk memandikan daan menukar baju kanak-kanak yang tinggal di situ untuk daycare. Saya hanya membantu cikgu Mary untuk menyalin baju kerana saya difahamkan bahawa kanak-kanak tidak biasa dimandikan oleh orang lain. Selepas tugas sesi selesai sesi kedua iaitu sesi petang bermula. Seperi biasa aktiviti yang sama telah dijalankan. Saya telah balik ke rumah pada pukul 5.30 petang.











11 MAY 2010
Hari ini saya tiba di tadika agak awal iaitu pada pukul 7.20 pagi. Hari ini saya ditugaskan untuk menjaga gate iaitu mengambil temperature kanak-kanak yang tiba. Saya telah menyambut kanak-kanak dengan gembira dan penuh dengan senyuman supaya mereka berasa seronok berada di sini.
Selepas itu terdapat waktu circle time di mana cikgu Joanne mengenadalikan sesi tersebut. Dia menanyakan apakah hari dan tarikh pada hari ini. Selepas itu cikgu Joanne menggunakan ABM iaitu gambar 5 ekor katak yang dilekatkan dengan plastisin untuk menyanyi lagu 5 little speckle frogs. Kanak-kanak tidak dapat menyanyi dengan betul kerana mereka tidak mempelajari lirik lagu yang boleh dikatakan agak sukar untuk diingati oleh mereka. Oleh itu mereka hanya diminta untuk menyanyikan lirik yam yam dan glup glup dalam lagu tersebut. Selepas itu kanak-kanak diminta untuk menyanyikan lagu yang diketahui oleh mereka. Ramai kanak-kanak yang menyanyi lagu twinkle twinkle dengan baba black sheep kerana mungkin lagu tersebut merupakan lagu yang selalu dinyanyikan oleh mereka. Pada pukul 9.00 pagi kanak-kanak diberi snack time.
Selepas itu terdapat aktiviti free play iaitu kanak-kanak bermain dengan peralatan Montessori dengan bantuan guru. Saya membantu cikgu Faslina untuk memerhati kanak-kanak bagaimana menggunakan peralatan mereka. Hari ini saya mempelajari bagaimana cara menggunakan picture box dalam kaedah Montessori. Hari ini saya mengawal Chung We yang dikatakan sebagai kanak-kanak yang nakal. Cikgu Sheila memuji saya kerana saya mampu mengawalnya untuk membuat colouring work.
Selepas aktiviti free play aktiviti circle time dijalankan. Kanak diminta untuk duduk di dalam bulatan. Selepas itu kedatangan pelajar diambil. Kanak-kanak diminta untuk berbisik semasa nama mereka dipanggil bagi mengelakkan mereka menjerit semasa kedatangan mereka diambil. Selepas itu permainan yang dikenali sebagai “whispering game” telah dijalankan. Kanak-kanak perlu berbisik apa yang dikatakan oleh cikgu kepada salah seorang kanak-kanak. Namun permainan ini kurang Berjaya disebabkan oleh kanak-kanak tidak faham apa itu konsep berbisik.
Selepas itu aktiviti pokka dots dijalankan di mana cikgu akan meletakkan beberapa kertas bulatan besar yang berwarna-warni di atas lantai. Semasa muzik dimainkan kanak-kanak perlu manari dengan perlahan dan selepas lagu diberhentikan cikgu akan menyebut satu warna dan kanak-kanak perlu berdiri di atas warna yang disebut oleh guru. Kanak-kanak kelihatan sungguh gembira kerana kanak-kanak dapat bergerak dan dapat berdiri di atas warna yang betul.
Pada pukul 11.00 pagi kanak-kanak diberi snack dan mereka balik pada pukul 11.30 pagi. Selepas itu saya membantu cikgu mary untuk memandikan kanak-kanak. Ini merupakan pertama kali saya memandikan kanak-kanak. Saya berasa agak gementar semasa memandikan mereka kerana takut mereka tidak suka. Namun selepas memandikan kanak-kanak yang pertama saya berasa normal dan gembira kerana Berjaya memandikan kanak-kanak tersebut.
Pada pukul 12.45 tengahari terdapat sesi story telling saya hanya sempat untuk tiba di situ pada pengakhiran penceritaan kerana agak sibuk memandikan kanak-kanak. Seperti biasa aktiviti yang sama telah dilakuka pada sesi petang. Saya balik dari taska pada pukul 5.15 petang.





12 May 2010
Hari ini saya sampai ke taska pada pukul 7.30 pagi. Selepas itu saya dan Wee telah menyusun mangkuk, cawan dengan sudu untuk hidangan makan pagi pada hari itu. Saya difahamkan bahawa cawan dan sudu perlu diletakkan di sebelah kanan supaya ia kelihatan kemas dan memudahkan kanak-kanak untuk makan. Selepas itu saya menjaga pintu seperti hari-hari lain dan mengambil suhu badan kanak-kanak supaya dapat mengetahui bahawa mereka demam atau tidak.
Pada pukul 8.30 terdapat waktu circle time di mana cikgu Joanne telah mengendalikan sesi pada pagi itu. Seperti biasa cikgu Joanne menanyakan apakah hari ini dan tarikh hari ini. Kanak-kanak dari Senior Class dapat menjawab soalan cikgu Joanne. Selepas itu lagu speckle frog dinyanyikan lagi. Hari ini saya dapat melihat bahawa terdapat kanak-kanak yang boleh menyebut beberapa perkataan dalam lirik lagu tersebut. Selepas aktiviti tersebut makan pagi dihidangkan. Makan pagi pada hari ini adalah roti bakar dengan sup cendawan.
Pada pukul 9.30 pagi seperi biasa aktiviti free play telah dijalankan iaitu kanak-kanak diuji dengan bahan-bahan Montessori untuk mengetahui kemahiran mereka. Pada hari ini saya membantu Cikgu Faslina untuk mengajar kanak-kanak yang bernama Maliq berumur 4 tahun nombor dari 11-19. Pada mulanya dia enggan memberi kerjasama kepada saya semasa mengajar. Selepas saya berbual dengan di selama 5 minit, saya dapat tahu bahawa dia suka diberi pujian dan dia suka menerima hadiah. Saya menggunakan kaedah pujian untuk mengajarnya nombor 11-19 menggunakan blok kayu. Dia dapat menghafal nombor-nombor tersebut dalam masa 7 minit sahaja.
Selepas aktiviti Free Play terdapat circle time di mana cikgu Mary mengambil kedatangan kanak-kanak pada hari ini. Selepas itu kanak-kanak terdapat aktiviti arts and crafts di mana kanak-kanak perlu mewarnakan kulit bekas telur untuk dibuat cengkerang bagi kura-kura. Sebelum aktiviti tersebut dijalankan kanak-kanak dipakaikan apron untuk melindungi pakaian mereka terkena warna air. Selepas dipakaikan apron kanak-kanak berkumpul di ruang makan dan 5 orang kanak-kanak berkongsi warna duduk di atas satu meja untuk mewarnakan bekas telur yang diberi kepada mereka. Kanak-kanak mewarnakan menggunakan berus yang dipegang sendiri oleh mereka. Selepas itu saya dan cikgu-cikgu lain mencucikan tangan kanak-kanak yang penuh dengan water color .
Selepas itu aktiviti jolly phonics dijalankan. Selepas itu saya terpaksa membacakan cerita kepada kanak-kanak untuk mengisi waktu. Saya berasa agak gementar apabila diminta untuk bercerita kerana ini merupakan kali pertama saya membacakan cerita. Walaupun begitu saya berjaya menarik perhatian kebanyakan kanak-kanak di situ. Selepas itu kanak-kanak diberi snack iaitu buah-buahan.
Selepas pukul 11.30 saya dan Wee membantu cikgu Ivy dan Pei Ling untuk mejaga gate pada waktu petang. Selepas itu kami berjumpa dengan cikgu Jeffeny untuk berbincang tentang rancangan pengajaran kami yang akan diajar pada hari Jumaat ini. Cikgu Sheila dan Cikgu Jeffeny membantu kami memberikan komen dan juga mencarikan bahan bantu mengajar bagi RP kami. Saya berasa gembira kerana penyelia taska dapat membantu kami.
Selepas itu kami memberi makanan kepada kanak-kanak yang tinggal untuk daycare pada hari tersebut. Pada pukul 1.15 petang, saya balik ke apartment.




13 May 2010
Seperti biasa hari ini saya sampai ke taska pada pukul 7.30 pagi. Setelah tiba saya telah mula menyiapkan origami katak sebagai alat bantu mengajar bagi prapembelajaran pada hari itu supaya dapat menyediakan diri bagi penyeliaan esok oleh penyelia taska Puan Jeffeny. Cikgu Joanne yang juga menjalani praktikal di situ telah membantu saya untuk menyiapkan origami tersebut.
Selepas itu cikgu Faslina meminta bantuan untuk menyelia kanak-kanak bernama Adithi untuk menyiapkan written worknya untuk ditunjukkan pada parent-teachers meeting pada hari Sabtu ini. Selepas itu saya membantu cikgu Mala untuk menyiapkan props untuk sesi bercerita pada hari itu. Waktu circle time pada pagi itu digantikan dengan sesi bercerita. Cikgu Mala bercerita tentang Trovl and the three Billy goats. Cikgu menggunakan pelbagai jenis props dan juga menggunakan intonasi suara bagi menarik minat kanak-kanak. Kanak-kanak kelihatan khusyuk mendengar cerita kerana tiada kanak-kanak yang berbuat bising pada masa itu. Selepas cerita itu habis cikgu Mala menanyakan beberapa soalan kepada kanak-kanak di situ, rata-rata kebanyakan kanak-kanak dapat menjawab soalan yang ditanya oleh cikgu Mala yang berkaitan dengan ceritanya. Selepas itu kanak-kanak diberi makan pagi iaitu telur, red beans dengan toast.
Selepas diberi makanan kanak-kanak berkumpul di hall untuk circle time. Kanak-kanak menyanyikan lagu twinkle twinkle, baba blacksheep, old mcdonald have a farm dengan iringan muzik. Guru-guru turut menyanyi sama bagi menaikkan semangat kanak-kanak bernyanyi sama. Selepas itu Wee telah bertugas untuk mengambil kedatangan. Selepas mengambil kedatangan cikgu Geeta telah mengajar kanak-kanak tentang amfibia terutamanya katak. Cikgu Geetha menerangkan tentang bahagian-bahagian katak kepada kanak-kanak menggunakan kad bergambar. Selepas itu cikgu Geetha menggunakan model katak untuk menerangkan kepada kanak-kanak. Kanak-kanak kelihatan sangat berminat kerana mereka dapat melihat kitaran hidup katak yang diawet. Cikgu Geetha telah menunjukkannya kepada kanak-kanak satu demin satu supaya mereka dapat melihat dengan jelas kitaran hidup katak.
Selepas itu terdapat cikgu Mary mengajar kanak-kanak dengan membawa buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna oren. Cikgu Mary telah menanya kanak-kanak berdasarkan pengalaman lepas mereka iaitu sama aktiviti yang pernah dibuat oleh kanak-kanak iaitu mencampurkan warna kuning dengan warna merah. Kanak-kanak dapat mengaitkan apa yang mereka pelajari dan kemudian menjawab soalan cikgu Mary. Selepas itu kanak-kanak seorang demi seorang diminta untuk mengenalpasti yang manakah buah-buahan dan yang manakah sayur-sayuran. Terdapat kanak-kanak dapat mengenalpastinya dengan mudah dan terdapat kanak-kanak yang tidak dapat yang diberi bantuan. Selepas itu terdapat sesi jolly phonics. Selepas itu kanak-kanak diberi makan pagi yang kedua iaitu milo dengan biskut tiger.
Selepas itu saya dan Wee terpaksa mengajar untuk sesi petang kerana cikgu Mary sakit dan balik ke rumah awal. Saya terpaksa memandikan 12 orang kanak-kanak dan saya terkena selsema. Saya berasa tersangat penat dan berasa demam. Pada pukul 12.45 tengahari sesi yang kedua bermula aktiviti seperti yang terdapat pada sesi pagi dijalankan. Saya balik ke rumah pada pukul 3.45 petang.






14 May 2010
Seperti biasa hari ini saya ke tadika pada pukul 7.30 pagi. Hari ini saya menghidap selsema, oleh itu saya menjauhkan diri saya daripada kanak-kanak supaya mereka tidak mendapat jangkitan daripada saya. Hari ini saya bertugas untuk menjaga gate duty. Seperti biasa saya perlu menjemput kanak-kanak dari kereta ibu bapa mereka dan mengambil suhu badan mereka dan mencatatkan suhu mereka di kertas yang disediakan supaya memastikan bahawa kanak-kanak sihat untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran pada hari itu.
Selepas itu saya mengikuti circle time di mana cikgu Faslina mengendalikan sesi pada pagi itu kerana setiap hari Jumaat merupakan Bahasa Malaysia Day. Perbualan pada Circle time rsekerapada hari itu menggunakan Bahasa Melayu. Cikgu Faslina telah memperkenalkan amfibia dan reptilian dalam Bahasa Melayu kerana rata-rata kanak-kanak mengetahuinya dalam Bahasa Melayu. Saya boleh merasakan bahawa kanak-kanak pada hari ini kurang berbual mungkin disebabkan oleh mereka tidak fasih dalam Bahasa Melayu.
Selepas itu kanak-kanak diberi makan pagi. Makanan pagi pada hari itu adalah Roti Canai dengan Kari dhal dan kari ikan. Kanak-kanak kelihatan begitu berseronok memakan makanan mereka kerana banyak kanak-kanak meminta untuk menambah makanan mereka. Pada pukul 9.30 pagi, kanak-kanak terdapat water play untuk kanak-kanak. Sebelum mereka pegi ke water play cikgu perlu menukarkan baju mereka kepada baju mandi yang dibawa oleh kanak-kanak dari rumah mereka. Di bahagian taman tadika Pak Anto telah menyediakan 2 mini pool yang dengan air. Kanak-kanak kelihatan begitu berseronok semasa bermain di air. Permainan seumpama ini boleh meningkatkan kemahiran berkomunikasi kerana saya boleh melihat ramai kanak-kanak yang berbual dengan kanak-kanak yang lain. Walaupun begitu saya berasa agak sedih juga kerana tidak dapat menyediakan aktiviti untuk kanak-kanak semasa mereka membuat water play. Saya bertekad sebelum saya menghabiskan praktikal saya, saya akan menyediakan beberapa aktiviti untuk kanak-kanak semasa membuat water play. Selepas water play kanak-kanak ditukarkan baju supaya mereka tidak terkena selsema.
Selepas itu Wee telah mengambil 5 orang kanak-kanak untuk menjalani rancangan pengajaran supaya dapat dinilai oleh penyelia taska. Pada waktu tersebut terdapat free play untuk kanak-kanak. Selepas itu kanak-kanak perlu menyanyikan lagu jolly phonics. Saya boleh merasakan bahawa kanak-kanak berasa bosan dengan lagu tersebut kerana perlu menyanyikannya setiap hari. Selepas itu kanak-kanak dihidangkan dengan snack time yang kedua iaitu biskut tiger dan juga milo. Pada pukul kanak-kanak balik ke rumah pada pukul 11.30 pagi.
Selepas itu, saya membantu cikgu Mary untuk memandikan kanak-kanak kerana cikgu mary berasa kurang sihat. Saya telah memandikan kanak-kanak. Semasa mandi saya berusaha untuk berkomunikasi dengan mereka supaya mereka tidak berasa bosan. Selepas itu saya memberi makanan kepada kanak-kanak yang perlu makan untuk tengahari. Makanan tengahari pada hari itu adalah mee hoon goreng.
Pada pukul 12.45 sesi petang bermula. Aktiviti seperti yang terdapat dalam sesi pagi telah dijalankan. Selepas habis waktu persekolahan pada pukul 3.30 petang. Saya dan Wee terpaksa stayback untuk membantu cikgu-cikgu lain untuk mempersiapkan bilik Juniors kerana terdapat Parents-Teachers Meeting pada esok. Kami balik ke apartment pada pukul 5.30 petang.

No comments:

Post a Comment