NUFFNANG

:: Welcome ::

Vanakkam and welcome to my own blog. This blog contains my own creations, my thoughts, my favourites and etc etc. any comments e-mail me at maya5318@gmail.com. Take care and happy alwayz!!!!





Monday, July 26, 2010

3rd week

17 May 2010
Hari ini saya pergi ke tadika pada pukul 7.35 pagi. Saya berasa agak gementar hari ini kerana saya perlu menjalankan rancangan pelajaran saya untuk dinilai oleh penyelia taska. Namun begitu saya berasa gembura paada hari ini kerana ramai kanak-kanak telah memeluk saya dan telah mengucapkan selamat hari guru. Saya berasa amat gembira dan merupakan pengalaman dan hadiah yang paling bernilai bagi saya.
Pada pagi itu Chung Wei sedang menangis semasa tiba ke taska. Saya telah mengambil dia dan telah membawanya duduk untuk melihat blue tongue skink kerana dia menangis kerana dia hendak balik ke rumah bersama ibunya. Namun saya berjaya memujuknya dengan mengalih perhatiannya. Pada pukul 8.45 terdapat circle time. Cikgu Ivy telah mengendalikan sesi ini. Cikgu Ivy memnceritakan tentang tema pada minggu ini iaitu insect and spiders. Cikgu Ivy telah menunjukkan beberapa gambar serangga dan meminta murid untuk mengenalpasti apakah nama serangga tersebut. Ramai kanak-kanak dapat menyebut nama serangga-serangga tersebut. Selepas itu kanak-kanak dihidangkan dengan makanan pagi iaitu nasi goreng Cina.
Selepas itu pada pukul 9.30 terdapat outdoor play untuk kanak-kanak. Saya tidak dapat bersama dengan mereka kerana perlu menyusun meja dan kerusi untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran pada hari itu. Saya memilih 5 orang kanak-kanak iaitu Maliq, Jared, Chung Wei, Colin dan Kenji.
Pada pukul 10.10 pagi saya telah memulakan sesi pengajaran saya yang diselia oleh cikgu Jeffeny, penyelia taska ini. Mula-mula saya memasangkan muzik katak dan meminta kanak-kanak untuk mengenalpasti apakah bunyi tersebut. 5 orang kanak-kanak tersebut mengatakan bahawa itu merupakan bunyi katak. Saya telah mengeluarkan patung katak dari kotak yang saya sembunyikan dan mengatakan bahawa ini adalah Mr Froggy dan meminta kanak-kanak menyebut perwatakan katak tersebut. Kanak-kanak mengatakan bahawa itu adalah amfibia yang boleh hidup di air dan di darat. Selepas itu saya menunjukkan video yang berkaitan dengan kitar hidup katak daan telah menerangkan kepada kanak-kanak apa yang berlaku dalam setiap tahap tersebut.
Selepas itu saya meminta kanak-kanak untuk duduk di meja aktiviti mereka. Saya telah menunjukkan gambar rajah. Selepas itu saya meminta seorang demi seorang kanak-kanak untuk melabelkan gambar tersebut. Dengan bantuan saya kanak-kanak dapat melekat nama-nama bagi setiap tahap tersebut. Selepas itu saya telah member lembaran kerja kepada kanak-kanak iaitu mereka perlu menampal gambar di tempat yang disediakan. Semua kanak-kanak kecuali Colin ( diberi bantuan) telah menyiapkan lembaran kerja tersebut dengan betul. Selepas itu saya telah memberi origami katak kepada kanak-kanak tersebut sebagai hadiah menyiapkan kerja. Saya berasa agak takut dengan komen yang akan diberikan oleh cikgu Jeffeny dan cikgu Jeffeny meminta saya untuk dating ke pajabat selepas habis waktu persekolahan.
Selepas itu terdapat aktiviti circle time di mana cikgu Geetha telah menunjukkan beberapa gambar seranggan dan labah-labah kepada kanak-kanak. Selepas itu kanak-kanak perlu mengenalpasti apakah nama serangga tersebut. Selepas aktiviti tersebut kanak-kanak dihida ngkan dengan makan pagi yang kedua iaitu biskut dan milo. Kanak-kanak balik ke rumah pada pukul 11.30 pagi.
Selepas itu saya berjumpa cikgu Jeffeny untuk mendengar komen daripadanya semasa membuat pengajaran pada hari ini. Cikgu Jeffeny mengatakan bahawa pengajaran saya pada hari ini menarik, dapat menarik perhatian kanak-kanak, beliau mengatakan bahawa saya hanya ada membuat kesilapan yang minor iaitu saya tidak harus menggunakan dua gam sahaja kerana kanak-kanak tidak akan sabar untuk menunggu giliran mereka. Saya berasa amat gembira mendengar komen daripada cikgu Jeffeny. Saya berasa cergas kerana kata-kata cikgu Jeffeny telah memotivasikan saya.
Selepas itu saya telah membantu cikgu Mary untuk memandikan kanak-kanak. Hari ini saya hanya perlu menukarkan pakaian kanak-kanak dan cikgu Mary telah memandikan kanak-kanak. Selepas itu kami telah dibelanja untuk memakan pizza bersempena dengan Hari Guru.
Pada pukul 12.45 waktu sesi petang bermula, saya pada masa itu memberi makanan kepada kanak-kanak yang perlu diberi makanan. Pada pukul 1.00 petang saya membantu cikgu-cikgu lain untuk menghidangkan makanan kepada kanak-kanak untuk makan tengahari. Selepas itu terdapat outdoor play. Saya balik ke apartmen pada pukul 2.00 petang.














18 May 2010
Hari ini seperti biasa saya telah ke taska pada pukul 7.30pagi. Hari ini saya ditugaskan untuk menjaga gate duty iaitu perlu menjemput pelajar dari kereta mereka dan mengambil suhu badan mereka dengan menggunakan termometer elektrik dan mencatatkannya di kertas yang disediakan.
Selepas itu cikgu Mary datang dan memberitahu bahawa hari ini saya akan dinilai oleh pensyarah dari UM kerana telah menelefon ke pejabat semalam. Saya berasa agak gementar kerana tidak bersedia untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran dan saya juga tidak menyediakan rancangan pengajaran.
Saya telah berjumpa dengan Wee dan memberitahu hal ini kerana Wee juga akan dinilai bersama. Saya dan Wee mengambil keputusan untuk balik ke rumah dan mengambil ABM yang akan kami sediakan sebelumnya. Kami telah meminjam kereta Cikgu Mary dan sampai ke rumah. Kami terpaksa bergegas mencari ABM kami dan balik ke taska pada pukul 9.05 pagi.
Saya terpaksa mengambil salinan beberapa lembaran kerja yang harus saya berikan kepada kanak-kanak. Selepas itu saya menyertai cikgu Pei Ling dan guru-guru lain untuk free play. Saya telah membantu cikgu Faslina untuk membuat object box dengan kanak-kanak. Object box merupakan peti yang diletakkan kad dengan bahannya. Kanak-kanak perlu menyusunnya dengan betul. Kanak-kanak juga perlu diajar mengeja.
Tepat pada pukul 10.05 pagi cik Quah telah tiba untuk membuat penilaian. Saya dibantu oleh Wee telah menyediakan tempat untuk menjalankan rancangan pengajaran kami. Hari ini saya memilih Chung Wei, Haziq, Farrel, Akshay, dan Denise untuk mengikuti pengajaran pada hari ini. Saya telah menjalankan aktiviti pengajaran saya seperti semalam iaitu memulakannya dengan memainkan bunyi katak dan meminta kanak-kanak untuk menyebut apakah haiwan itu. Kanak-kanak telah menjawab bahawa itu adalah bunyi katak. Selepas itu saya telah menunjukkan kanak-kanak video dan juga gambar katak kepada kanak-kanak daan telah menerangkan kitaran hidup katak. Selepas itu saya telah memberikan mereka lembaran kerja iaitu mereka perlu menampal gambar yang betul di tempat yang disediakan dengan betul. Selepas itu saya telah memberikan mereka origami katak sebagai penghargaan dan sebagai penutup saya dan kanak-kanak menyanyikan lagu 5 little speckle frogs. Saya merasakan bahawa kanak-kanak pada hari ini tidak bertingkahlaku baik kerana Haziq dan Chung Wei asyik berjalan ke sana ke mari. Terdapat satu tahap di mana saya terpaksa meletakkan Haziq di Thinking Chair kerana saya telah memberi dua amaran untuk dia berkelakuan baik.
Selepas habis pengajaran saya telah mengikuti aktiviti di hall iaitu memainkan peralatan perkusi. Kanak-kanak perlu memainkan peralatan perkusi seperti kayu tik tok, kastenet dan juga maracas mengikut irama yang dimainkan. 3 orang guru telah member panduan kepada murid yang telah dibahagikan kepada 3 kumpulan. Pada mulanya kanak-kanak tidak dapat memainkan peralatan mengikut irama muzik tetapi lama-kelamaan kanak-kanak dapat menghayati irama tersebut dan dapat memainkan peralatan perkusi dengan betul.
Selepas itu kanak-kanak diberi makan pagi yang kedua iaitu kek pisang. Pada pukul 11.30 pagi kanak-kanak balik ke rumah. Saya berasa gementar kerana cik Quah akan memberikan komen tentang pengajaran saya dan Wee pada hari itu. Cik Quah mengatakan bahawa kami baik dalam mengendalikan pengajaran kami dan dapat mengawal kanak-kanak dengan baik. Cik Quah mengatakan bahawa saya membuat beberapa kesalahan kecil seperti tidak memberi penegasan yang kukuh, memperbanyakkan pergerakan aktif . Cik Quah juga mengatakan bahawa saya dan Wee garang di kelas dan meminta kami mengurangkannya. Saya berasa agak gembira dengan komen yang diberikan oleh cik Quah dan berjanji akan meemperbaiki kesilapan saya pada masa hadapan.
Selepas itu saya dan wee telah membantu cikgu Mary untuk memandikan kanak-kanak. Selepas itu kami mengambil makanan tengahari kami iaitu laksa dengan KFC. Pada pukul 2.00 petang saya balik ke apartmen.


















19 May 2010
Hari ini seperti biasa saya sampai ke taska pada pukul 7.25 pagi. Selepas sampai di sana Wee dan saya terpaksa menyusun warna krayon yang digunakan semalam untuk menjalankan rancangan pengajaran kami semalam. Selepas itu saya membantu cikgu Faslina untuk melukiskan dan memotong lady bird untuk sesi arts and crafts pada minggu ini.
Tepat pada pukul 8.45 loceng dibunyikan menandakan sesi pangajaran akan bermula. Kaak-kanak berkumpul di ruang Jr untuk aktviti circle time. Hari ini merupakan hari jadi cikgu Jeffney penyelia akademik taska. Oleh itu hari jadi cikgu Jeffeny telah disambut.
Selepas sambutan hari jadi, kanak-kanak diberi makan pagi iaitu nasi goreng cina. Ramai kanak-kanak yang menambah nasi kerana mereka suka makanan pagi pada hari ini. Selepas makan kanak-kanak jr berkumpul di hall untuk circle time.
Pada sesi ini kanak-kanak menyanyikan lagu diiringi muzik bertemakan serangga yang menjadi tema pada minggu ini. Kanak-kanak seronok menyanyikan lagu Mr Muffet di mana seorang kanak-kanak perlu duduk di kerusi dan berlakon memakan makanan dan seorang lagi kanak-kanak akan membawa patung labah-labah dan kanak-kanak yang sedang makan itu perlu menjerit dan berlari. Kanak-kanak mengambil giliran untuk memainkan peranan dalam lagu ini. Selepas itu lagu jolly phonics dimainkan.
Pada pukul 10.15 pagi, terdapat sesi arts and crafts di mana kanak-kanak perlu menampal pokka dots ke atas modal ladybug yang telah disediakan. Kanak-kanak perlu menggunakan gam untuk menampal pokka dots tersebut. Namun ramai kanak-kanak di situ suka bermain dengan gam. Saya menegur beberapa kanak-kanak dan menunjukkan mereka cara yang betul untuk menggunakan gam dan menampalnya. Ramai kanak-kanak yang dapat menampalnya dengan betul dan cantik.
Selepas itu kanak-kanak sesi pagi diberi makan pagi iaitu buah-buahan untuk makan pagi yang kedua. Selepas itu kanak-kanak sesi pagi balik ke rumah. Selepas itu saya membantu cikgu Geetha untuk memotong modal ladybird. Pada pukul 11.45 pagi saya membantu cikgu Mary untuk memandikan kanak-kanak dan memberi makanan kepada mereka.
Pada pukul 12.45 tengahari sesi petang bermula. Aktiviti yang dilakukan pada waktu pagi telah dilakukan pada sesi petang juga. Sesi Jolly phonics dengan sesi mengambil kedatangan telah dikendalikan oleh saya pada waktu sesi petang. Kanak-kanak pada masa itu member perhatian terhadap apa yang saya ucapkan. Pada pukul 3.30 sesi petang bersurai.
Pada pukul 4.15 petang terdapat mesyuarat guru di mana saya dan Wee diwajibkan untuk mengikutinya. Agenda pertama yang diucapkan adalah tentang tema-tema serta tugas circle time dan story telling time. Saya agak tertekan kerana minggu depan saya perlu membuat story time dan pada minggu seterusnya saya perlu mengendalikan circle time. Saya perlu menyediakan mental dan fizikal saya untuk menghadapinya.
Agenda yang kedua ialah tentang mesyuarat ibu bapa dan guru yang berlangsung pada sabtu yang lepas. Selepas itu tentang field trip. Saya dimaklumkan bahawa baju untuk saya tidak sempat disiapkan dan saya agak sedih. Selepas itu mereka membincangkan tetang konsert dan saya perlu membantu cikgu Geetha untuk tarian India. Pada pukul 5.45 petang mesyuarat tamat dan saya balik ke rumah pada pukul 6.00 petang.





20 May 2010
Hari ini saya tiba di taska pada pukul 7.25 pagi. Hari ini saya bertugas menjaga pintu. Seperti biasa tugas saya ialah menjemput kanak-kanak dari kereta ibu bapa mereka dan mencatatkaan suhu badan mereka di kertas yang telah disediakan.
Pada pukul 8.45 pagi terdapat circle time. Hari ini merupakan sambutan hari jadi seorang kanak-kanak yang bernama Haziq yang berumur 4 tahun. Sesi ini dikendalikan oleh cikgu Jelita. Mula-mula cikgu Jelita telah membacakan kad-kad yang dibuat oleh kanak-kanak dari kelas jr dan kelas sr. Selepas itu lagu Birthday akan dimainkan dan Haziq telah menggerakkan kek hari jadinya mengelilingi bulatan itu. Seterusnya dia meniup lilin dan memotong kek. Selepas itu Haziq memberi hadiah kepada rakan-rakannya yang lain.
Selepas circle time terdapat makan pagi yang pertama. Makanan yang disediakan pada hari ini ialah sandwich keju. Selepas makan kelas jr perlu berkumpul untuk circle time. Hari ini saya mengendalikan circle time iaitu saya telah meminta kanak-kanak untuk menyanyikan lagu dan saya telah mengambil kedatangan mereka.
Selepas itu cikgu Maru mengambil alih untuk pengajarannya pada hari itu. Hari ini cikgu Mary mengajar kanak-kanak bahagian-bahagian serangga. Cikgu Mary telah menggunakan kumbang yang hidup untuk menerangkannya kepada kanak-kanak. Cikgu Mary mengatakan bahawa badan serangga boleh dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu kepala, toraks dan abdomen. Selepas itu cikgu Mary menunjukkan kumbang tersebut kepada kanak-kanak dalam kumpulan kecil supaya mereka boleh melihatnya dengan jelas. Kanak-kanak diminta untuk menyentuh kumbang tersebut. Banyak kanak-kanak yang kelihatan berminat dan terdapat juga kanak-kanak yang melarikan diri kerana takut.
Selepas itu kanak-kanak dibawa ke outdoor untuk bermain bubbles kerana Haziq memberikan botol bubbles dalam party packnya. Oleh itu ramai kanak-kanak yang ingin bermain dengannya menyebabkan guru-guru terpaksa membawa kanak-kanak bermain di luar. Kanak-kanak kelihatan begitu gembira meniupkan buih tersebut. Saya merasakan mereka comel apabila mereka membuat sebegitu. Saya mengambil kesempatan ini kerana saya juga suka bermain buih.
Selepas bermain kanak-kanak perlu mengambil makan pagi mereka yang kedua iaitu kek harijadi Haziq. Kanak-kanak suka memakan kek tersebut kerana kek tersebut sedap dan diperbuat daripada coklat putih. Pada pukul 11.00 pagi terdapat sesi story telling oleh cikgu Pei Ling. Kanak-kanak kurang berminat terhadap cerita tersebut dan mereka bergerak ke sana ke mari kerana saya pun merasakan bahawa cerita tersebut kurang menarik perhatian kanak-kanak.
Pada pukul 11.30 pagi kanak-kanak sesi pagi bersurai. Saya telah membantu cikgu mary untuk memandikan kanak-kanak. Selepas itu saya telah memberi makanan kepada kanak-kanak. Saya balik dari taska pada pukul 1.30 petang.










21 May 2010
Hari ini seperti biasa saya sampai ke taska pada pukul 7.30 pagi. Hari ini merupakan hari untuk taska membuat field trip di petting zoo Sunway. Oleh itu kanak-kanak kelas sesi pagi dan sesi petang dating ke sesi pagi untuk mengikuti lawatan. Semua kanak-kanak kecuali yan g berumur 3 tahun tidak dibenarkan datang ke lawatan tersebut.
Kanak-kanak mula sampai ke taska pada pukul 7.45 pagi. Ada kanak-kanak yang datang dengan ibu bapa mereka kerana mungkin ini merupakan kali pertama ibu bapa membenarkan kanak-kanak mengikuti lawatan tanpa pengawasan mereka. Kelihatan beberapa orang ibu bapa yang agak gelisah kerana mungkin takut keselamatan anak mereka terancan. Cikgu Jeffeny dengan cikgu Sheila memainkan peranan untuk memperoleh kepercayaan kanak-kanak.
Tugas saya pada pagi itu ialah memberi makan pagi kepada kaanak-kanak yang tiba pada pagi tersebut. Makanan yang dihidangkan ialah sandwich cheese dengan sandwich tuna. Ramai kanak-kanak suka makan sandwich cheese berbanding dengan sandwich tuna. Seorang kanak-kanak yang bernama Joash telah muntah kerana mungkin dia tidak suka makanan tersebut.
Selepas itu kanak-kanak diminta beratur di hall. Selepas itu kanak-kanak dibahagikan mengikut guru masing-masing. Saya perlu mengikut bas kedua yang dinaiki oleh guru dan kanak-kanak guru kelas tersebut. Kami terpaksa mengangkat kanak-kanak kerana tangga bas tersebut terlalu tinggi.
Perjalanan ke sunway petting zoo mengambil masa sebanyak 15-20 minit. Selepas sampai di sana kami terpaksa beratur menunggu kauter dibuka. Pada pukul 10.00 pagi tour guide kami tiba. Selepas memberi beberapa peringtan kami pun mula memulakan perjalanan kami. Kumpulan kami dibahagikan kepada dua iaitu kumpulan jr dengan kumpulan sr. Saya mengikuti kumpulan jr. Jalan yang kami lalui mempunyai tangga dan ianya agak licin. Ramai kanak-kanak yang berasa takut dan memegang guru masing-masing. Kanak kelihatan seronok melihat haiwan di situ. Kanak-kanak lebih suka melihat haiwan tersebut berbanding dengan mendengar apa yang dikatakan oleh tour guide tersebut.
Selepas itu kanak-kanak dibawa ke tempat persembahan haiwan. Terdapat dua ekor burung nuri yang boleh membuat kerja mengikut arahan instructor di situ. Selepas itu terdapat persembahan ular di mana kanak-kanak boleh menyentuh dan meletakkan ular itu di bahu mereka. Selepas persembahan tersebut kanak-kanak dibawa untuk menaiki keretapi tour untuk melihat kanak-kanak di situ.
Kanak-kanak dapat melihat arnab dan juga haiwan domestik yang lain. Kanak-kanak juga dapat memberi makanan kepada arnab dan guinea pig. Kanak-kanak kelihatan agak letih dan tidak larat untuk berjalan. Saya terpaksa memberi motivasi dan sokongan kepada kanak-kanak supaya mereka dapat berjalan untuk melihat beberapa haiwan lagi di situ.
Pada pukul 1.30 petang kanak-kanak dibawa untuk memakan mcdonald di subang jaya. Kanak-kanak diberi happy meal di mana terdapat barang mainan di dalamnya. Rata-rata kanak-kanak tidak dapat memakan makanan tersebut menyebabkan kami terpaksa tapau untuk mereka.
Pada pukul 2.30 petang kami tiba di tadika. Saya membantu cikgu lain untuk menghantar kanak-kanak balik ke rumah. Saya pulang pada pukul 3.00 petang.

No comments:

Post a Comment