NUFFNANG

:: Welcome ::

Vanakkam and welcome to my own blog. This blog contains my own creations, my thoughts, my favourites and etc etc. any comments e-mail me at maya5318@gmail.com. Take care and happy alwayz!!!!





Monday, July 26, 2010

5th week

31 May 2010
Hari ini saya sampai ke taska pada pukul 7.50 pagi. Selepas sampai saya mula menyiapkan barangan untuk circle time hari ini. Saya bertugas untuk mengawal circle time untuk seluruh minggu ini. Tema minggu ini adalah dental care. Saya telah mengambil modal gigi dan mula merancang apa yang perlu saya sampaikan pada circle time hari ini. Sementara itu saya juga telah menjaga hall. Tugas saya ialah memastikan kanak-kanak tidak bergaduh dan berlari. Selepas itu saya meminta cikgu Jeffeny untuk membantu saya memberikan surat kepada emak Chung Wei untuk kajian kes saya. Emak Chung Wei telah bersetuju dan saya berharap agak gembira.
Pada pukul 8.45 pagi, loceng telah dibunyikan dan kanak-kanak duduk untuk circle time. Untuk mendiamkan mereka saya telah meminta mereka untuk menyanyikan lagu if u happy and u know it. Selepas itu saya meminta kanak-kanak untuk duduk dengan senyap. Selepas itu saya meminta kanak-kanak apakah hari ini, selepas itu saya meminta mereka menyanyikan lagu tujuh hari.
Selepas itu saya meminta kanak-kanak menceritakan pengalaman mereka tentang apakah yang mereka buat dalam cuti ini kerana terdapat 3 hari cuti pada minggu lepas. Kanak-kanak yang kebanyakan daripada kelas sr telah menceritakan pengalaman mereka tentang bagaimana mereka meluangkan cuti mereka.
Selepas itu saya terus kepada tema pada minggu ini iaitu dental care. Saya telah memberitahu kanak-kanak tentang milk teeth dengan adult teeth dan membincangkan perbezaan dalam kuantiti dan mengapa berlaku sedemikian. Selepas itu saya mengajar kanak-kanak lagu this is the way we brush out teeth. Selepas itu saya membuat bee hive dan kanak-kanak beratur mengambil makan pagi mereka iaitu cereal.
Selepas itu kanak-kanak ada outdoor play iaitu untuk bermain di luar. Kanak-kanak memberi makanan kepada arnab. Chung Wei kelihatan gembira bermain tetapi dia suka bermain berseorangan jika dibandingkan dengan kawan-kawannya. Saya juga boleh melihat bahawa dia suka bermain papan gelungsor. Selepas outdoor play kanak-kanak diminta untuk pergi ke library supaya boleh menjaga kanak-kanak yang hendak ke tandas.
Selepas itu kanak-kanak perlu berkumpul untuk circle time. Cikgu Mary mengambil kedatangan dan saya mendapat tahu bahawa 5 orang kanak-kanak tidak hadir pada hari ini. Selepas itu Jolly phonics. Selepas Jolly Phonics kanak-kanak diuji sama ada mereka betul-betul mendengar. Selepas itu kanak-kanak diminta untuk mewarnakan gambar ayam.
Pada pukul 11.00 pagi kanak-kanak diberi snack time. Selepas itu saya membatu cikgu Mary untuk memandikan kanak-kanak. Selepas saya memberikan makanan kepada kanak-kanak daan seterusnya telah membatu guru lain untuk menjaga kanak-kanak.
Pada pukul 12.45 petang sesi yang kedua bermula. Kanak-kanak diminta untuk duduk dalam bulatan dan saya mengendalikan circle time seperti yang terdapat dalam sesi pagi. Pada pukul 1.30 petang saya balik ke rumah.








1 Jun 2010
Hari ini saya tiba di sekolah pada pukul 7.50 pagi. Selepas itu saya mula membantu guru-guru lain untuk menjaga hall. Hari ini saya menerima surat kebenaran daripada ibu Chung Wei yang mengatakan dia bersetuju untuk saya menjalankan kajian kes terhadap anaknya. Tugas saya yang sebenarnya adalah menjaga pintu tetapi saya lihat terdapat 5 orang cikgu berada di situ oleh itu saya mengambil keputusan untuk menjaga hall.
Pada pukul 8.45 pagi loceng dibunyikan. Hari ini merupakan sambutan hari jadi Thanuja. Oleh itu hari ini ibu dia ditemani oleh pemandu keretanya hadir untuk sambutan hari jadi pada hari ini, Mula-mula terdapat birthday walk. Selepas itu Thanuja meniup lilin. Umurnya adalah 5 tahun. Selepas itu cikgu Jeffeny telah membacakan kad harijadi yang dibuat oleh kelas sr dan kelas jr. Selepas itu Thanuja memberi party pack kepada kanak-kanak yang lain. Pada pukul 9.15 pagi kanak-kanak diberi makan pagi iaitu nasi goreng cina.
Pada pukul 9.45 pagi Cikgu Geetha telah mengambil kehadiran dan selepas itu cikgu Pei Ling telah menunjukkan kanak-kanak untuk memberus gigi dengan cara yang betul. Pada masa itu saya membantu cikgu Geetha untuk burn lagu untuk tarian India. Selepas itu saya mengajar beberapa step untuk tarian India bagi konsert.
Selepas itu Wee telah mengendalikan rancangan pengajarannya pada hari ini. Wee telah membahagikan kanak-kanak kepada 3 kumpulan. Setiap kumpulan diketuai oleh seorang guru dan diikuti 6 orang kanak-kanak. Mula-mula sesi warm up diadakan. Selepas itu kanak-kanak telah mengikut cikgu mereka untuk bermain station games.
Saya sebagai fasi bagi kumpulan pertama telah pergi ke stesen pertama iaitu kanak-kanak perlu melompat dalam hula hop dan seterusnya membaling bola ke dalam bakul. 6 orang kanak-kanak di bawah saya iaitu Farrel, Nicholas, Shaun, Aditi., Dennis dan Kenji dapat membuat aktiviti tersebut.
Selepas itu kami pergi ke stesen 3 iaitu kanak-kanak perlu berjalan di atas tape yang dilekatkan di lantai dan mengikut tali. Selepas itu mereka perlu membaling gelang masuk ke dalam sketel. Dalam aktiviti ini juga kanak-kanak di bawa pengawasan saya dapat membuatnya dengan betul.
Selepas itu saya pergi ke stesen yang 2 iaitu kanak-kanak berlari zig zag mengikut sketel. Selepas itu kanak-kanak perlu menyepak bola dalam bentuk zig zag juga. Kanak-kanak dapat berlari dalam bentuk zig zag tetapi tidak dapat menyepak bola dalam bentuk zig zag kerana bola tersebut terlalu ringan dan kanak-kanak tidak berupaya mengawalnya. Tetapi keseluruhannya saya berasa kanak-kanak gembira membuat aktiviti ini kerana mereka tidak perlu membuat aktiviti jolly phonics yang sememangnya tidak digemari oleh mereka.
Selepas aktiviti ini, kanak-kanak diminta duduk mengikut guru masing-masing. Kanak-kanak diminta untuk menampal kulit telur ke atas gambar ayam. Saya mejaga Aditi, Farrel, Denise dan Shaun. Walaupun Shuan dikategorikan sebagai kanak-kanak yang hiperaktif namun dia dapat menyiapkan tugasan yang diberi kepadanya dengan cepat dan tepat. Aditi kelihatan lambat membuat kerjanya menyebabkan saya memberi motivasi kapadanya supaya dia dapat menghabiskan kerjanya dengan cepat. Selepas itu kanak-kanak diberi snack time iaitu kek hari jadi Thanuja.
Selepas itu saya membantu cikgu Mary untuk membantu kanak-kanak mandi. Selepas itu saya memberi makanan kepada kanak-kanak yang perlu mengambil makan tengahari sebelum ibu bapa mereka tiba.
Pada pukul 12.45 tengahari sesi yang kedua bermula dan saya perlu menjaga circle time pada hari ini. Mula-mula saya meminta kanak-kanak untuk duduk dengan senyap. Selepas itu saya menyanyikan lagu selamat petang. Selepas itu saya menanya apakah hari ini dan menyanyi lagu seven days. Selepas itu saya menunjukkan kepada kanak-kanak makanan yang perlu dimakan oleh mereka untuk menjaga gigi mereka dan makanan yang perlu mereka kurangkan. Selepas itu kanak-kanak makan tengahari pada pukul 1.05 petang. Saya balik ke rumah pada pukul 1.15 petang.
















2 Jun 2010
Hari ini saya sampai ke taska pada pukul 8.00 pagi. Selepas sampai saya diminta oleh cikgu Faslina untuk tolong memotong kad hari bapa. Saya bersama dengan cikgu Geetha, Cikgu Mary dan cikgu Faslina memotong kad tersebut.
Cikgu Sheila memberitahu bahawa emak Chung Wei menanya kepadanya mengapa saya memilih Chung Wei kerana terdapat banyak lagi kanak-kanak di situ yang boleh saya pilih dan cikgu Sheila menjawab bahawa saya boleh berinteraksi dengannya dengan baik, dia merupakan seorang budak yang patuh kepada arahan saya. Selepas itu cikgu Sheila meminta saya supaya mengatakan hal yang sama jika ibu Chung Wei bertanya kepada saya lagi.
Pada pukul 8.45 pagi, loceng dibunyikan. Hari ini merupakan sesi story telling. Kanak-kanak berkumpul di hall untuk mendengar cerita daripada Wee yang akan mengendalikan sesi story telling pada hari ini. Cerita yang diceritakan oleh Wee bertajuk tooth trouble. Kanak-kanak mendengar cerita tersebut dengan penuh khisyuk. Selepas habis bercerita, wee bertanya beberapa soalan kepada kanak-kanak. Kanak-kanak yang dapat menjawab soalan dengan betul diberi lencana. Selepas itu kanak-kanak diberi makan pagi iaitu egg toast dengan sausage.
Pada pukul 9.30 pagi kanak-kanak berkumpul di hall untuk sesi circle time. Cikgu Geetha mengambil kehadiran pada hari ini. Selepas itu kanak-kanak diminta membuat free play. Kanak-kanak perempuan diajar beberapa step untuk tarian bagi konsert iaitu lagu pandanglah lihatlah. Hanya Aditi dan Denise dapat memberi tumpuan manakala Ellysa dengan Samantha T tidak menari mungkin disebabkan oleh “mood swing”.
Selepas latihan tarian kanak-kanak diminta untuk melukis dalam kad hari bapa untuk diberikan kepada ayah masing-masing. Kanak-kanak diminta melukis apa yang mereka rasa tentang ayah mereka. Selepas itu kanak-kanak membuat capan tangan di atasnya. Pada pukul 11.00 pagi, kanak-kanak diberi snack time iaitu buah-buahan. Kanak-kanak sesi pagi balik pada pukul 11.30 pagi.
Selepas itu seperti biasa saya membantu cikgu Mary untuk memandikan kanak-kanak dan seterusnya memberi makanan kepada kanak-kanak yang perlu makan tengahari sebelum ibu bapa mereka tiba. Hari ini semasa bermain-main menunggu van untuk play house, Denise terjatuh dan terdapat benjolan di kepalanya, cikgu Joanne meletakkan ais pack. Pada pukul 12.45 tengahari sesi yang kedua bermula, Wee menceritakan ceritanya selepas itu menanya soalan kepada kanak-kanak sesi petang. Pada pukul 1.15 petang, kanak-kanak diberi makan petang iaitu nasi goreng kampung.
Selepas itu latihan tarian untuk kanak-kanak perempuan sesi petang dimulakan. Naomi dapat menari dengan baik. Terdapat beberapa orang guru yang menyertai kursus asuhan kanak-kanak datang pada hari ini untuk melakukan beberapa aktiviti dengan kanak-kanak. Keadaan sekiling kelihatan hingar bingar kerana guru tersebut tidak dapat mengawal kanak-kanak. Namun saya berusaha mensenyapkan kanak-kanak dengan meminta mereka bermain puzzle menunggu giliran mereka.
Pada pukul 3.00 petang kanak-kanak diberi makan petang dan 3.30 petang kanak-kanak bersurai. Saya bersama Wee hari ini terpaksa staybanck kerana Wee perlu burn CD manakala saya perlu mengkoreogaf tarian India untuk konsert nanti.
Saya dan cikgu Geetha mengambil masa yang agak lama untuk mencari lagu yang sesuai. Selepas itu kami memilih sebuah lagu tamil iaitu couple dance untuk ditarikan dan membuat beberapa step. Sementara itu cikgu Sheila membantu kami dengan membuat beberapa tarian lain. Walaupun sudah berumur cikgu Sheila masih boleh manari dengan baik iaitu tarian moden, salsa, bangra dan lain-lain lagi. Saya balik ke rumah pada pukul 6.00 petang.
3 Jun 2010
Hari ini saya sampai ke taska pada pukul 7.50 pagi. Hari ini merupakan hari jadi Khishern. Oleh itu saya membuat jad hari jadi untuknya bagi kelas jr green group. Selepas itu saya telah menjaga pintu untuk hari ini. Tugas saya seperti biasa ialah mengambil suhu badan kanak-kanak yang tiba pada hari ini.
Pada pukul 8.45 pagi loceng dibunyikan. Kanak-kanak berkumpul di ruang jr untuk circle time hari ini. Namun hari ini ada sambutan hari jadi khishern. Oleh itu seperti biasa Khishern telah membuat birthday walk dan seterusnya meniup lilin dan menerima kad daripada kanak-kanak di situ dan seterusnya memberi party pack kepada kanak-kanak yang berada di situ. Pada pukul 9.15 pagi kanak-kanak diberi makan pagi iaitu bihun goreng.
Selepas itu saya mula bersiap menyusun bilik aktiviti jr kerana penyelia dari Universiti Malaya iaitu Miss Quah akan datang untuk menilai pengajaran saya pada hari ini. Walaupun agak tertekan berasa gementar saya memotivasikan diri saya bahawa saya boleh membuat pengajaran saya dengan baik hari ini.
Tepat pada pukul 10.15, Miss Quah tiba ke taska. Saya membawa masuk Jared, Maliq, Chung Wei. Akshay dan Kenji ke dalam bilik aktiviti untuk mengajar mereka. Pengajaran saya pada hari ini adalah seni dan kraf bertemakan penjagaan gigi dan saya mengajar kanak-kanak membuat tempat meletak berus gigi. Set induksi saya bermula dengan video menunjukkan bagaimana cara untuk memberus gigi dan saya menunjukkan bagaimana cara memberus gigi dengan menggunakan modal gigi. Namun saya rasa kanak-kanak agak terganggu dan saya hanya memberi mereka melihat dulu video dan selepas habis saya menunjukkan bagaimana memberus gigi menggunakan modal gigi.
Selepas itu saya meminta kanak-kanak duduk di tempat masing-masing dan menanya di mana kita meletak berus gigi dan kanak-kanak menjawan di bilik mandi dan saya menunjukkan tempat letak berus gigi yang saya buat dan selepas itu saya memberi kanak-kanak gambar tooth fairy untuk diwarnakan dan kemudiannya memberi sayap untuk diwarnakan dan meminta mereka menampalnya di cawan plastik. Semua kanak-kanak yang saya pilih dapat menjalankan aktiviti dengan baik dan sebagai hadiah saya memberi sticker kepada mereka.
Selepas itu saya meminta Wee masuk untuk menjalankan pengajarannya, saya agak terkrjut melihat Ellysa yang selalunya kurang bercakap mula membuka mulutnya bercakap dengan saya. Selepas itu saya membantu guru lain yang sedang membuat circle time di luar iaitu jolly phonics. Kanak-kanak diberi snack iaitu kek hari jadi Khishern dan kanak-kanak sesi pagi bersurai pada pukul 11.30 pagi.
Selepas itu saya dan Wee berkumpul di library untuk mendengar komen daripada Miss Quah. Miss Quah mengatakan bahawa dia berasa puas hati dengan pengajaran kami dan merasakan bahawa kami pandai mengajaar. Selepas itu Miss Quah memberi beberapa idea kepada kami berkaitan dengan pengajaran kami pada hari ini.
Bagi saya Miss Quah mengatakan bahawa, saya perlu memulakan kelas dengan cerita Tooth Fairy dan kemudiannya baru masuk kepada seni dan kraf kerana gambar tooth fairy yang saya suruh mereka warnakan tidak mendapat penjelasan daripada saya. Saya perlu menambahkan aktiviti yang agak aktif. Selepas memberi komen kepada kami berdua, kami meminta Miss Quah memberi sedikit tunjuk ajar kepada kami untuk bagaimana membuat kajian kes. Miss Quah memberi beberapa idea iaitu kami boleh menggunakan beberapa cara pemerhatian seperti rating scale, running record, anecdot untuk digunakan semasa membuat pemerhatian. Kami mengucapkan terima kasih kepada Miss Quah.
Pada pukul 12.45 terdapat circle time. Saya menanya kepada kanak-kanak tentang apa yang saya beritahu tentang gigi. Selepas itu cikgu Sheila membuat demo bagaimana makan menggunakan daun pisang kerana kanak-kanak sesi petang akan memakan nasi menggunakan tangan dan makanan mereka akan dihidangkan di atas daun pisang. Pada pukul 1.00 petang kanak-kanak dihidangkan makanan di atas daun pisang dan kanak-kanak memakannya. Ada kanak-kanak yang agak kekok menggunakan tangan, namun lama-kelamaan mereka biasa menggunakan tangan. Saya balik ke rumah pada pukul 2.00 petang.
















4 Jun 2010
Hari ini saya sampai ke taska pada pukul 7.50 pagi. Selepas itu saya memberi cikgu Faslina untuk mendengar lagu untuk tarian Melayu yang saya edit supaya dapat memberi komen jika terdapat pembetulan. Cikgu Faslina mengatakan bahawa ianya ok dan boleh diburn dalam CD. Selepas itu saya berjumpa dengan cikgu Geetha untuk membincangkan tentang editing untuk lagu tarian India.
Pada pukul 8.45 pagi, kanak-kanak berkumpul di ruang jr. Hari ini Bahasa Malaysia digunakan sebagai bahasa pengantara. Oleh itu saya mengendalikan circle time dalam Bahasa Melayu. Kanak-kanak di situ kebanyakannya tidak tahu bertutur dalam Bahasa Melayu menjadikan saya hairan. Saya rasa kebanyakan ibu bapa walaupun berbangsa Melayu tidak menggunakan bahasa Melayu dalam perbualan harian mereka. Saya terpaksa menterjemah perkataan Bahasa Melayu kepada Bahasa Inggeris supaya mereka faham tentang apa yang saya cakap dengan mereka. Pada pukul 9.10 pagi kanak-kanak diberi makan pagi iaitu roti canai dengan kari dhal.
Selepas itu jururawat dari klinik kesihatan datang untuk mengajar kanak-kanak bagaimana menjaga gigi dan bagaimana memberus gigi dengan betul. Kanak-kanak kelas jr dengan kelas sr sama-sama duduk dan mendengar penerangan daripada jururawat. Selepas itu kanak-kanak membawa berus gigi dengan cawan untuk memberus gigi di luar dengan bantuan jururawat. Selepas itu jururawat memeriksa gigi siapa yang memerlukan rawatan dan memberitahu kepada guru-guru di situ.
Selepas itu kanak-kanak kelas jr diajar dengan tarian India. Bagi saya terlalu susah untuk mengawal mereka untuk menari kerana terdapat kanak-kanak yang tidak mahu buat, berlari sana sini membuatkan saya agak tension dan risau. Mujur Cikgu Sheila (pengetua) tiba di situ dan membantu saya dan cikgu Geetha untuk menyusun mereka dan mengajar mereka menari.
Pada pukul 11.30 pagi saya telah membuat salinan buku pencapaian dan biodata Chung Wei untuk digunakan dalam kajian kes saya nanti. Selepas itu saya makan tengahari bersama guru lain. Pada sesi petang terdapat sambutan harijadi Zheng Jie yang berumur 6 tahun namun ibu bapanya tidak hadir bersama kerana berkerja. Saya balik ke rumah pada pukul 1.30 petang.

No comments:

Post a Comment