NUFFNANG

:: Welcome ::

Vanakkam and welcome to my own blog. This blog contains my own creations, my thoughts, my favourites and etc etc. any comments e-mail me at maya5318@gmail.com. Take care and happy alwayz!!!!





Monday, July 26, 2010

Ist week Jurnal

Jurnal Saya
3 May 2010

Pagi ini saya bangun pada pukul 7.00 pagi dengan perasaan yang agak gementar kerana ini adalah pertama kali saya akan menjalani praktikal di taska. Setelah bersiap-siap pada pukul 8.00 pagi saya dan wee partner saya, serta Levia, Akma, Kak Suji dengan Wei Lynn telah mula ke tempat praktikal masing-masing.
Tepat pada pukul 8.10 pagi, saya dan Wee telah sampai ke tadika kami iaitu Small Wonder Children House di Subangjaya. Apabila kami menjejakkan kaki ke dalam taska tersebut suhu badan kami telah diukur supaya memastikan kami sihat dan bebas daripada jangkitan. Kedatangan saya dan partner saya telah dialu-alukan oleh dua orang pengetua taska tersebut iaitu Puan Jeffeny pengetua bahagian akademik dan Puan Shailaja (Sheila) pengetua bahagian hal-ehwal pelajar.
Puan Jeffeny dan Puan Sheila telah menceritakan serba ringkas tentang taska ini. Kami diminta untuk mengisi borang. Setelah mengisi borang Puan Jeffeny telah membawa saya dan partner saya untuk melihat sekeliling taska tesebut.
Kanak-kanak di situ telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan Seniors dan kumpulan Juniors. Seniors terdiri daripada kanak-kanak berumur 5-6 tahun manakala Juniors terdiri daripada kanak-kanak berumur 2-4 tahun. Bilik Seniors di bahagian atas tadika dan terdapat empat bilik yang mempunyai tema yang berbeza seperti tema kampung, tema hutan, tema planet.
Kanak-kanak Juniors seramai 19 orang ditempatkan di bahagian bawah taska dengan empat orang guru iaitu cikgu Pei Ling, cikgu Fazlina, cikgu Geetha dan cikgu Mary dan kami juga ditempatkan di sini.
Terdapat Sand Play, water play dan juga taman permainan serta haiwan belaan seperti iguana, kura-kura, labi labi serta arnab dibela di bahagian outdoor tadika ini. Pendekatan pembelajaran yang digunakan di tadika ini adalah Montessori Method.
Saya berasa kagum dengan peralatan yang terdapat di situ kerana terdapat banyak jenis peralatan yang berkaitan dengan pendekatan Montessori yang digunakan di situ. Guru-guru di situ dilatih cara-cara penggunaan peralatan tersebut.
Tepat pada pukul 8.30pagi kanak-kanak juniors diminta untuk berkumpul di ruang belajar untuk Juniors di bahagian bawah untuk sesi Circle Time. Cikgu Ivy telah menjalankan sesi ini. Cikgu Ivy telah menerangkan tema pada minggu itu iaitu ikan kepada kanak-kanak. Cikgu Ivy menjalankan sesi perbualan dengan kanak-kanak dengan menanya mereka tentang ikan seperti di mana ikan tinggal, mengapa kita perlu makan ikan dan sebagainya. Kanak-kanak kelihatan seronok dengan penjelasan yang diberikan oleh cikgu Ivy.
Pada pukul 8.45 pagi kanak-kanak diberi rehat untuk Snack Time sesi sarapan pagi. Kanak-kanak membasuh tangan dan duduk di meja masing-masing. Cikgu menghidangkan pelajar dengan Snack pada pagi itu iaitu Cereal dengan air suam. Kanak-kanak di situ dapat menggunakan sudu untuk memakan cereal mereka. Ada kanak-kanak yang mengangkat tangan untuk meminta tambahan ceral dan guru telah menambahkannnya.
Pada pukul 9.10 pagi Juniors dibawa untuk bermain di outdoor. Kanak-kanak di situ bermain dengan buaian, jongkang-jongkit, keretapi dan juga papan gelongsor. Semasa bermain jongkang-jongkit cikgu Pei Ling telah menyanyi lagi row-row-row your boat untuk kanak-kanak seronok main di situ. Kanak-kanak juga diberi peluang untuk memberi makanan kepada arnab. Kanak-kanak berasa sungguh gembira melihat arnab memakan apa yang diberikan oleh mereka.
Pada pukul 10.00 pagi pelajar Juniors diminta untuk memasuki ruang pembelajaran mereka. Sesi Circle time diteruskan lagi oleh Cikgu Pei Ling. Sebelum sesi tersebut dimulakan cikgu Pei Ling memperkenalkan saya dan wee kepada kanak-kanak terebut. Saya turut duduk serta dalam circle time tersebut. Saya dan wee telah diminta untuk menyanyikan lagu, kami telah memilih lagu row your boat dengan gayanya sekali iaitu duduk membelakangi kawan dan bergerak ke hadapan dan belakang semasa lagu itu dinyanyikan. Semua kanak-kanak di situ telah membuat kasi tersebut dengan menyanyikan lagu. Saya dan wee berasa sungguh gembira melihat kanak-kanak seronok menyanyikan lagu.
Selepas itu cikgu Pei Ling telah menceritakan semula kepada kanak-kanak Juniors tentang tema pada minggu tersebut iaitu ikan. Kanak-kanak menjawab soalan dengan mengangkat tangan. Cikgu Pei Ling menekankan bahawa sesiapa yang ingin menjawab soalan perlu mengangkat tangan dan cikgu Pei Ling akan memintanya untuk memberikan jawapan. Kanak-kanak yang mengingkar arahan guru atau membuat bising diminta untuk duduk di Thinking Chair. Kanak-kanak yang bernama Shawn telah diminta untuk duduk di situ kerana membuat bising. Shawan telah menangis selapas duduk di situ. Selepas 10 minit dia diminta untuk sertai kembali Circle Time, namun dia merajuk dan tidak membuat sebarang aktiviti. Wee telah duduk di sebelahnya dan memujuknya tetapi di makin merajuk. Oleh itu saya meminta Wee menjauhinya supaya dia tidak menunjukkan perlakuan tersebut. Selepas 5 mnit Shawn telah berada dalam keadaan normal dan sertai aktiviti yang dijalankan. Di sini saya mempelajari bahawa perlakuan kanak-kanak yang tidak patut itu tidak diberi perhatian supaya perlakuan itu dapat dihindari.
Selepas itu sesi Funny Phoenics telah dijalankan. Flip card dan juga lagu telah dimainkan. Kanak-kanak menyanyikan lagu melihat flip card tersebut dan membuat aksinya. Sebutan ng, oo, zee, ae, aa dan sebagainya telah ditekankan di sini.
Pada pukul 11.00 pagi, kanak-kanak dihidangkan dengan snack time iaitu biskut dengan milo. Kanak-kanak mempunyai cawan mereka sendiri. Selepas makan kanak-kanak tersebut membasuh tangan mereka dan membasuh cawan mereka. Selepas sesi tersebut kanak-kanak pulang. Kanak-kanak yang pulang diawasi dengan teliti oleh cikgu-cikgu tersebut. Terdapat papan putih yang dilekatkan dengan siapa yang akan membawa seseorang kanak-kanak itu pulang dan nombor plat keretanya. Saya dan wee menolong guru-guru di situ untuk membasuh cawan di situ.
Selepas itu kami telah berada di ruang Junior untuk mengawasi kanak-kanak yang berada di situ untuk daycare dan evening session. Terdapat tayangan di TV iaitu Astro TV IQ, Kanak-kanak berasa seronok melihat aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam TV tersebut. Ada kanak-kanak yang bemain dengan puzzle yang terdapat di situ.
Pada pukul 12.05 tgh saya dan wee talah memakan makanan yang disediakan di situ. Jurumasak di situ iaitu kak Min berbual mesra dengan kami berdua. Selepas makan kami pergi semula ke ruang Juniors. Puan Jelita iatu pengurus taska tersebut berjumpa dengan kami berdua dan berbual mesra dengan kami. Semua guru di situ melayan kami dengan baik dan menyebabkan saya berasa lega kerana agak takut dengan guru-guru di situ. Pada pukul 1.05 petang kami pun pulang.



4 May 2010
Tidak menghadirkan diri ke taska kerana terdapat peperiksaan PDEK 3103 pada hari ini. Ketidakhadiran saya dan Wee telah dimaklumkan kepada pengetua taska.

5 May 2010
Hari ini saya pergi taska pada pukul 7.55 pagi. Walaupun berasa gementar namun saya dengan semangat untuk menjalani praktikal saya melangkah masuk ke dalam taska. Ksaehadiran saya dan wee seperti biasa disambut dengan meriah oleh penolong pengetua taska iaitu Puan Jeffeny dengan Puan Sheela.
Pada hari ini saya dan wee meminta tunjuk ajar daripada Puan Jeffeny untuk membantu kami untuk memilih seorang pelajar untuk kajian kes kami, namun beliau telah mengatakan bahawa kami sendiri perlu memerhati sendiri untuk memilih seorang kanak-kanak yang sesuai untuk kajian kes kami. Saya pun bersetuju dengan kenyataan beliau kerana saya seharusnya memerhati setiap kanak-kanak dalam kelas junior untuk memilih seorang kanak-kanak yang sesuai untuk kajian kes saya.
Pada pukul 8.30 pagi, terdapat aktiviti Circle Time yang telah dikendalikan oleh cikgu Pei Ling. Dalam circle time, cikgu Pei Ling telah meneceritakan tentang ikan yang menjadi tema pada minggu tersebut. Kanak-kanak terutamanya Seniors menjawab soalan cikgu Pei Ling.
Tepat pada pukul 8.45 pagi terdapat Snack Time. Pada Snack Time pada hari ini kanak-kanak dihidangkan dengan sandwich tuna. Sebelum kanak-kanak mengambil makanan mereka kanak-kanak perlu mengambil sapu tangan mereka di tempat yang disediakan. Selepas itu kanak-kanak perlu berbaris untuk membasuh tangan. Semasa membasuh tangan mereka harus menggunakan sabun tangan untuk membasuh tangan. Mereka juga dimestikan untuk mengucapkan terima kasih kepada cikgu semasa menghidangkan makanan. Saya juga dapat melihat bahawa cikgu berkomunikasi dengan kanak-kanak tersebut semasa waktu makan. Saya pun mengikuti mereka dan berbual dengan kanak-kanak yang terdapat di situ. Selepas makan mereka telah mengangkat cawan dan mangkuk mereka dan memasukkanyya di dalam besen yang disediakan.
Selepas itu waktu circle time dijalankan lagi. Kali ini cikgu Marilyn mengendalikan sesi ini. Dalam sesi ini Cikgu mengajar lagu ikan di mana terdapat unsur rantai makanan di situ. Kanak-kanak telah melakukan aktiviti tersebut dengan gembira. Kanak-kanak yang nakal diberi amaran untuk supaya tidak nakal dan jika mereka meneruskan perbuatan mereka, mereka akan duduk di atas thinking chair. Pada pukul 9.15 pagi kanak-kanak menyambut hari jadi Maliq.
Selepas itu kanak-kanak membuat free play iaitu kanak-kanak perlu bermain dengan peralatan model Montesori di bawah pengawasan guru. Kanak-kanak perlu menguasai permainan yang mudah dahulu baru kepada yang kompleks. Puan Jelita mengajar saya menggunakan salah satu apparatus di situ iaitu tracing numbers, kanak kanak perlu trace number yang terdapat dalam kertas manila yang mempunyai permukaan yang kasar. Terdapat titik permulaan di mana mereka perlu mula trace di titik tersebut. Menurut Puan Jelita ini adalah penting sebelum kanak-kanak mula menulis.
Pada pukul 10.30 pagi terdapat sesi Arts and Crafts di mana kanak-kanak perlu menyediakan hadiah untuk hari ibu yang bakal tiba pada ahad. Semalam saya diberitahu bahawa kanak-kanak telah mewarnakan cawan dan kertas warna mereka dengan water colour. Hari ini mereka trace tangan mereka di atas kertas lukisan yang telah diwarnakan.
Pada pukul 11.10 petang mereka telah diberi snack time iaitu kek. Puan Jelita meminta saya untuk menjaga pintu hadapan iaitu mencatatkan suhu badan kanak-kanak yang tiba untuk kelas sesi petang. Saya belajar daripada cikgu Pei Ling untuk menggunakan pengukur suhu badan. Selepas itu kami memakan makanan tengahari.
\ Selepas itu tepat pukul 1.30 petang waktu sesi petang aktiviti sesi pagi dijalankan di sesi petang. Dalam kelas sesi petang, saya terjumpa seorang kanak-kanak berumur 4 tahun yang mempunyai masalah percakapan. Namun di pandai memberi reaksi untuk arahan yang diberikan.
Selepas waktu sesi petang tamat pada pukul 3.30 petang terdapat mesyuarat guru. Saya daan wee turut serta dalam mesyuarat tersebut. Dalam mesyuarat tersebut Puan Jelita telah mengalu-alukan kedatangan kami dan telah mengatakan bahawa beliau mempunyai hasrat yang besar terhadap kami dan berharap kami mempelajari semua aspek yang harus kami pelajari. Selepas itu beliau telah mengatakan tentang perjumpaan antara guru dan ibu bapa yang akan dijalankan pada 15 Mei 2010 dan telah membahagikan tugas kapada guru-guru.
Selepas habis mesyuarat saya dan wee telah diminta bantuan untuk menyediakan 40 heart shape dalam dua saiz yang berbeza. Kami mengambil kertas keras manila yang terdapat di situ. Kami balik ke ke rumah pada pukul 5.30 petang.









6 May 2010
Hari ini saya dan Wee telah sampai ke tadika pada pukul 7.55 pagi, cikgu Tee dan cikgu Geetha sedang dalam “gate duty”. Selepas meletakkan beg saya telah pergi ke gate duty kerana Puan Jelita, pengetua taska telah meminta saya untuk mempelajari cara menyambut pelajar dan mencatatkan suhu badan pelajar.
Di pintu, Cikgu Geetha dan Cikgu Tee telah memberi tunjuk ajar untuk bagaimana untuk menyambut pelajar iaitu membuka pintu kereta, mengucapkan selamat pagi kepada ibu bapa dan kanak-kanak dan mengambil bakul mereka dan masuk ke dalam tadika. Jika terdapat pesanan daripada ibu dan bapa perlu dilaporkan kepada Puan Jeffeny, Puan Sheila, dan Puan Jelita. Apabila ditanya tentang mengapa perlu mengambil suhu badan adalah untuk memastikan kanak-kanak itu sihat dan boleh menjalani aktiviti yang dirancang.
Seorang kanak-kanak yang bernama Adithi menangis apabila masuk ke dalam taska. Saya telah memeluknya kerana dia memerlukan secure attachment kerana disebabkan oleh ibu bapa dia hanya akan mengambil dia pulang pada pukul 6 petang. Oleh itu dia amat takut yang ibu bapa dia akan tinggalkan dia, oleh itu saya telah memujuknya dan memintanya untuk main dengan rakan-rakannya dalam free play.
Tepat pada pukul 9.00 pagi kanak-kanak dihidangkan dengan snack time. Makanan yang dihidangkan pada hari ini ialah egg toast dengan sausage dan air mineral. Kanak-kanak berselera makan kerana ramai kanak-kanak yang meminta toast dan sausage lebih.
Pada pukul 9.20 pagi juniors masuk ruang mereka untuk circle. Hari ini saya diminta untuk mengendalikan waktu mengambil kedatangan kanak-kanak. Saya berasa agak gementar kerana tiba-tiba diminta untuk berbuat sedemikian. Namun saya meniru gaya cikgu Pei Ling iaitu berbisik nama kanak-kanak supaya mereka senyap daan tunggu giliran mereka dipanggil.
Selepas itu terdapat jolly phoenics di mana kanak-kanak perlu membuat aksi semasa menyebut phoenics tersebut. Lagu telah dimainkan dan kanak-kanak mengikut lirik lagu. Kanak-kanak menumpukan perhatian mereka kerana mereka menggunakan tiga deria mereka iaitu mendengar, melihat dan menyanyi.
Selepas itu aktiviti arts and crafts telah dijalankan. Sambungan daripada semalam iaitu kanak-kanak perlu menampal manik ke atas bentuk tangan mereka yang telah dipotong. Kanak-kanak perlu menggunakan berus untuk mengambil gam dan menyapukan ke atas kertas dan menampal manik di atasnya. Selepas itu kanak-kanak membasuh tangan mereka menggunakan sabun.
Selepas sesi arts and crafts, Cikgu Geetha telah membedah ikan untuk menunjukkan kepada kanak-kanak. Aktiviti ini dilakukan selaras dengan tema pada minggu ini iaitu ikan. Cikgu Geetha telah menunjukkan bahagian fin dan menjelaskan fungsi fin tersebut, dan seterusnya menjelaskan tentang semua bahagian dalam ikan. Kanak-kanak telah menumpukan perhatian dan telah menanya soalan tentang bahagian-bahagian ikan tersebut.
Selepas itu, kanak-kanak diberi snack iaitu biskut tiger dengan air milo. Kanak-kanak yang bernama Shaun telah menumpahkan air milo ke atas meja. Cikgu Mary memintanya untuk mencari kain lap dan melapnya. Ini adalah memastikan kanak-kanak tersebut tidak mengulangi perbuatannya sekali lagi dan dia perlu tahu bahawa dia harus lap apa yang ditumpahkannya.
Pada pukul 11.30 kanak-kanak balik ke rumah., Saya membantu cikgu tee untuk -mengukur suhu badan, kanak-kanak sesi petang. Saya juga membantu menyediakan bahan ABM iaitu membantu guru memotong bentuk daun daripada kertas berwarna hijau.
Selepas itu saya pergi ke ruang untuk menidurkan kanak-kanak. Terdapat dua orang kanak-kanak iaitu farrel dan Addison. Mereka telah meminta untuk membacakan cerita untuk mereka sebelum tidur. Saya telah membacakan cerita dan telah membuat aksi dengan intonasi suara supaya mereka minat dengan cerita tersebut. Selepas cerita dihabiskan saya telah menyanyikan lagu twinkle twinkle little star dan mendodoikan mereka. Pada pukul 1.45 petang saya balik ke rumah.



















7 May 2010
Hari ini saya sampai ke taska pada pukul 7.55 pagi. Setelah sampai saya telah ditugaskan untuk menjaga gate lagi. Saya telah menunggu di hadapan gate di mana cikgu Geetha telah menjemput kanak-kanak dari kereta ibu bapa dan saya mengambil suhu badan kanak-kanak dan meminta mereka menyusun kasut yang dipakai dan diletakkan di dalam ruang kasut dan membasuh tengan serta meletakkan bakul mereka di almari.
Terdapat seorang kanak-kanak bernama Aditi yang menangis ditinggalkan ibu bapanya. Saya memujuknya dengan member pujian bahawa dia seorang budak yang baik yang tidak akan menangis dan saya memberi beberapa pujian yang lain yang boleh menyebabkan dia senyum. Selepas itu saya membawanya untuk turut serta dengan kanak-kanak lain untuk bermain free play.
Pada pukul 7.45 pagi kanak-kanak terlibat dalam aktiviti circle time. Disebabkan pada Ahad tersebut merupakan Hari Ibu Cikgu Jelita, pengurus kolej telah menerangkan kepada kanak-kanak tentang pengorbanan ibu terhadap mereka. Cikgu Jelita memberikan contoh yang releven dengan kehidupan mereka seperti keadaan di mana mereka sakit dan ibu perlu berjaga sepanjang malam untuk member ubat. Saya mengagumi cara Puan Jelita menerangkannya kepada kanak-kanak kerana beliau telah melakonkan situasi tersebut di mana kanak-kanak bersorak kerana keadaan seumpama itu telah berlaku terhadap mereka. Tepat pada pukul 8.30 pagi kanak-kanak dihidangkan dengan snack time waktu pagi.
Pada pukul 9.00 pagi kanak-kanak berkumpul di hall untuk menonton filem Finding Nemo. Puan Jelita mengatakan bahawa kanak-kanak perlu berkelakuan baik jika hendak menonton filem tersebut. Filem itu ditayangkan bersempena dengan minggu tema ikan supaya kanak-kanak boleh mengenali pelbagai jenis ikan yang terdapat di laut. Semasa filem ditayangkan cikgu Sheila teleh mengatakan bahawa dia akan bertanya soalan dan kanak-kanak perlu menjawabnya. Semasa menonton filem tersebut terdapat kanak-kanak yang berjalan ke sana sini kerana mungkin berasa bosan atau tidak faham dengan cerita tersebut. Kanak-kanak tersebut dibawa ke bilik untuk membuat kerja bertulis “written work” supaya mereka tidak mengganggu kanak-kanak yang lain.
Pada pukul 11.00 pagi kanak-kanak junior class diminta ke tempat makan untuk mempelajari bagaimana mengupas kulit pisang dan memotongnya menggunakan pisau plastik. Terdapat kanak-kanak yang lebih selesa untuk menggunakan tangan mereka untuk mengupas kulit pisang. Saya menegur mereka untuk menggunakan pisau dan garpu untuk memotong dan memakan pisang. Tepat pada pukul 11.30 pagi kanak-kanak pulang ke rumah. Aktiviti yang sama telah diulang sekali lagi sehingga pukul 3.30 petang. Saya dan wee terpaksa bertugas sesi petang kerana seorang cikgu di situ tidak hadir ke taska.
Selepas pukul 3.30 petang Cikgu Jelita, Cikgu Jeffeny dengan Cikgu Sheila telah berjumpa dengan kami berdua dan menerangkan tentang apa aspek yang hendak dinilai oleh mereka dan telah menerangkan tentang apakah jangkauan mereka terhadap kami. Saya berasa agak tertekan dengan harapan Puan Jelita kerana inginkan rancangan pelajaran yang sangat kreatif dan memerlukan objek realia semasa pengajaran dan pembelajaran dilakukan. Saya balik ke rumah pada pukul 5.00 petang.

No comments:

Post a Comment