NUFFNANG

:: Welcome ::

Vanakkam and welcome to my own blog. This blog contains my own creations, my thoughts, my favourites and etc etc. any comments e-mail me at maya5318@gmail.com. Take care and happy alwayz!!!!





Monday, July 26, 2010

6th week

21 Jun 2010
Hari ini seperti biasa saya sampai ke taska pada pukul 7.45 pagi. Selepas 2 minggu cuti saya berasa agak lain untuk bertugas di tadika hari ini. Hari ini saya diberitahu oleh cikgu Geetha bahawa saya dan Wee perlu menyediakan rancangan pengajaran untuk minggu ini. Keadaan ini membuatkan saya agak stress kerana terdapat banyak lagi tugas yang perlu saya dan Wee siapkan. Namun begitu saya dan Wee bertekad akan memberikan cikgu-cikgu di situ rancangan pengajaran esok.
Pada pukul 8.45 pagi loceng dibunyikan. Hari ini circe time dikendalikan oleh Wee. Mula-mula Wee telah memperkenalkan tema pada minggu ini iaitu bentuk. Hari ini Wee memperkenalkan bentuk bulat kepada kanak-kanak. Wee menggunakan beberapa ABM untuk memperkenalkan bentuk bulat kepada kanak-kanak. Pada pukul 9.00 pagi kanak-kanak diberi makan pagi iaitu cereal.
Pada pukul 9.30 pagi kanak-kanak berkumpul di ruang Jr untuk aktiviti outdoor play. Hari ini outdoor play lebih berfokuskan sand play. Saya dan Wee turun bersama dengan kanak-kanak untuk bermain pasir. Saya dan Wee mengajar kanak-kanak untuk membuat istana pasir. Kanak-kanak kelihatan seronok semasa membuat istana pasir. Kanak-kanak kelihatan seronok semasa bermain pasir. Hanya Kenji yang tidak mahu bermain pasir kerana dia takut kotor. Hari ini seorang kanak-kanak baru bernama Areef telah menyertai childrenhouse dan dia merupakan kanak-kanak yang agak aktif dan tidak suka mendengar cakap guru.
Pada pukul 10.15 pagi kanak-kanak membersihkan diri mereka dengan air. Selepas itu terdapat aktiviti circle time untuk jr dan hari ini Wee telah mengajar kanak-kanak dengan lagu We put a red circle in and we put a red circle out , and we put a red circle and shake it all about and we do they hokey pokey and turn around, this is all about. Kanak-kanak memegang bulatan yang berlainan warna dan apabila warna mereka dipanggil kanak-kanak perlu membuat aksi. Kanak-kanak kelihatan seronok membuat aktiviti ini kerana mereka memberi kerjasama semasa aktiviti ini dijalankan. Selepas itu lagu jolly phonics dimainkan dan kanak-kanak bernyanyi. Pada pukul 11.15 pagi kanak-kanak diberi snack time iaitu biskut tiger.
Selepas itu saya telah membantu cikgu Mary untuk memandikan kanak-kanak dan selepas itu Wee dan saya memberi makanan kepada kanak-kanak yang perlu makan tengahari sebelum diambil oleh ibu bapa mereka. Shaun mengambil masa yang agak lama untuk makan, ibu dia sampai di taska dan meminta Shaun menghabiskan makanannya. Ibu Shaun memberi penjelasan kepadanya mengapa dia perlu menghabiskan makanannya.
Pada pukul 12.45 sesi petang bermula dan hari ini merupakan sambutan harijadi Tisya. Seperti biasa lagu birthday dinyanyikan. Saya balik ke apartmen pada pukul 1.45 petang.












22 Jun 2010
Hari ini saya sampai ke taska pada pukul 7.50 pagi. Selepas itu cikgu Faslina meminta saya untuk membuat kad harijadi kepada Erica hari ini kerana dia akan menyambut hari jadinya yang kelima pada hari ini. Selepas itu saya pergi mengawal kanak-kanak yang berada di ruang circle time supaya mereka tidak berlari ke sana sini. Saya dan Wee cuba print rancangan pengajaran yang perlu diberikan kepada guru tetapi kami tidak dapat memasuki pejabat kerana penuh.
Pada pukul 8.45 pagi loceng dibunyikan. Hari ini merupakan sambutan hari jadi Erica. Ibu dan kakaknya turut bersama untuk meraikan hari jadinya di small wonder children house. Mula- mula birthday walk selepas itu Erica meniup lilin dan memotong kek. Selepas itu cikgu Jelita membacakan kad hari jadi yang direka oleh kelas jr dan sr. Selepas itu kanak-kanak diberi party pack. Kanak-kanak diberi makan pagi iaitu bihun goreng pada pukul 9.15 pagi.
Pada pukul 9.45 pagi, kanak-kanak jr berkumpul di ruang jr untuk sesi circle time. Wee telah mengendalikan circle time untuk jr. Hari ini bentuk segiempat diajar. Wee telah menunjukkan beberapa contoh barang yang mempunyai bentuk segiempat seperti bantal, tiles. Selepas itu kanak-kanak diberi bentuk segi empat tepat dan bentuk segi empat sama untuk mereka membuat perbandingan. Kanak-kanak duduk dalam kumpulan supaya cikgu boleh memberitahu perbandingan antara segi empat sama dengan segi empat tepat. Denise dapat memberitahu perbezaan kedua-dua segi empat dengan betul. Chung Wei dapat mengenalpasti bentuk segi empat dan segi empat tepat tetapi dia tidak dapat menyatakan perbezaan di antara segi empat sama dengan segi empat tepat.
Selepas itu Wee telah meminta kanak-kanak untuk menekap dan mewarnakan kertas yang diberi kepada kanak-kanak dengan permukaan yang berbeza. Kanak-kanak kelihatan seronok menekap di permukaan yang berbeza kerana mungkin kerana mereka dapat merasa permukaan yang berbeza menggunakan tangan mereka.
Pada pukul 10.45 pagi sambutan hari jadi cikgu Sheila diadakan. Selepas itu kanak-kanak diberi snack time iaitu kek hari jadi Erica. Selepas itu saya membantu cikgu Mary untuk memandikan kanak-kanak. Selepas itu saya memberi makanan kepada kanak-kanak yang perlu makan tengahari. Shaun memakan makanan dia agak lambat dan saya diberitahu bahawa Shaun ada kelas arts namun dia tidak pergi. Oleh itu saya terpaksa menyuap nasi.
Pada pukul 12.45 terdapat circle time, dan hari ini hari jadi cikgu Sheila disambut pada waktu petang. Saya balik ke rumah pada pukul 1.45 petang.














23 Jun 2010
Hari ini saya sampai ke taska pada pukul 7.50 pagi. Hari ini merupakan hari jadi saya. Oleh itu setelah saya sampai ke sana cikgu-cikgu di situ mengucapkan selamat hari jadi kepada saya. Selepas itu saya duduk bersama kanak-kanak untuk memantau kanak-kanak yang bermain dengan peralatan Montessori. Hari ini ibu Chung Wei memberikan gambarnya kepada saya.
Pada pukul 8.45 pagi loceng dibunyikan. Hari ini hari jadi saya disambut semasa circle time. Pada mulanya saya membuat birthday walk dengan kek harijadi. Selepas itu saya menari dengan cikgu Sheila untuk lagu Tamil. Selepas itu Wee telah membacakan kad hari jadi yang dibuat untuk saya dari kelas jr dan kelas sr. Pada pukul 9.15 pagi kanak-kanak diberi makan pagi iaitu bubur ikan.
Selepas makan pagi, Wee mengendalikan circle time untuk kanak-kanak jr. Kanak-kanak menyanyikan beberapa nursery rhymes. Selepas itu saya mengambil kedatangan. Saya merasakan hari ini kanak-kanak kurang berkelakuan baik kerana mereka tidak memberi tumpuan terhadap apa yang saya cakap. Saya terpaksa membuat aktiviti simon says supaya saya mendapat perhatian mereka balik dalam waktu pengajaran dan pembelajaran.
Sesi seterusnya dikendalikan oleh Wee di mana Wee mengajar bentuk segi tiga pada hari ini. Dia menggunakan beberapa kepingan segitiga daripada barangan Montessori untuk menerangkan konsep konsep segitiga. Konsep corner dan juga sight telah diajar kepada kanak-kanak. Selepas itu setiap kanak-kanak diminta untuk memilih bentuk yang cikgu sebut dan perlu menekap dan melukis di papan. Selepas itu Wee telah membacakan buku cerita yang bertajuk Donald Making Sandwich. Selepas itu saya mengendalikan sesi membuat sandwich.
Hari ini saya mengajar kanak-kanak membuat Sandwich yang berbentuk segi tiga. Sebelum membuat sandwich kanak-kanak perlu membasuh tangan mereka dan duduk di tempat yang disedikan dan mendengar pada arahan saya. Saya membuat demo bagaimana untuk membuat sandwich. Selepas itu kanak-kanak menyapu sardin dan meletakkan keju dan memakan roti tersebut. Kanak-kanak kelihatan seronok semasa membuat sandwich. Selepas itu kanak-kanak sesi pagi balik ke rumah.
. Selepas itu saya membantu cikgu Mary untuk memandikan kanak-kanak. Selepas itu saya memberi makanan kepada kanak-kanak yang perlu makan tengahari. Pada pukul 12.45 tengahari sesi bercerita oleh cikgu tee telah dilakukan. Saya dan Wee membatu cikgu Sheila untuk membuat kapal layar. Selepas itu saya balik ke rumah pada pukul 1.30 petang.















24 Jun 2010
Hari ini saya sampai ke taska pada pukul 7.50 pagi. Hari ini saya bertugas di gate duty di mana saya perlu mengambil kanak-kanak dari kenderaan ibu bapa mereka dan mencatatkan suhu badan mereka di kertas yang disediakan. Hari ini Areef menangis semasa cikgu mengambilnya dari kereta. Namun selepas dipujuk oleh cikgu Geetha di kemudiannya pergi bermain. Pada pukul 8.50 pagi kanak-kanak yang bernama Samantha T tiba di taska. Samantha sejak kebelakangan ini menangis kuat apabila tiba di sini dan selalunya di berada di pejabat dengan pengetua-pengetua di sini. Saya merasakan Samantha mula bermanja dan meminta perhatian dengan menangis begitu kuat di situ.
Hari ini story time oleh cikgu Tee untuk sesi pagi. Saya tidak dapat melihat story time tersebut kerana bertugas di pintu. Pada pukul 9.15 pagi kanak-kanak diberi makan pagi iaitu sausage dengan roti bakar. Kanak-kanak kelihatan sungguh berselera memakan makanan yang dihidangkan.
Pada pukul 9.40 pagi pensyarah dari Segi Kolej tiba untuk menilai cikgu Githa yang menjalani praktikal di sini. Oleh itu saya bersama dengan cikgu-cikgu yang lain membantu cikgu mengendalikan pengajaran dan pembelajaran pada hari ini. Hari ini cikgu Geetha mengajar kanak-kanak bentuk dan cikgu Geetha mennyediakan dua jenis permainan untuk kanak-kanak bermain. Permainan pertama ialah spying game di mana guru akan memberi teka-teki yang berkaitan dengan bentuk, contohnya, saya hendak kamu tunjukkan bentuk yang mempunyai tiga sudut dan kanak-kanak perlu menunjukkan bentuk yang melengkapi ciri-ciri tersebut.
Permainan yang kedua ialah permainan I aim iaitu kanak-kanak perlu mencampakkan beg kacang ke dalam lubang yang cikgu sebut. Kanak-kanak dibahagikan kepada dua kumpulan bagi memudahkan perjalanan rancangan pengajaran. Kanak-kanak kelihatan sungguh seronok dan gembira membuat aktiviti tersebut.
Selepas itu pada pukul 10.30 pagi Wee telah mengendalikan rancangan pengajarannya di mana kanak-kanak perlu memadankan bentuk yang betul di kertas lembaran kerja, selepas itu kanak-kanak perlu membuat stamping di sebelah bentuk tersebut. Kebanyakan kanak-kanak sungguh gembira membuat kerja tersebut. Pada pukul 11.15 pagi, kanak-kanak kelas jr diberi snack dan seterusnya mereka balik ke rumah.
Seperti biasa saya membantu cikgu Mary untuk memandikan kanak-kanak. Selepas itu saya memberi makanan kepada kanak-kanak yang perlu makan tengahari. Pada pukul 12.45 pagi sesi yang kedua bermula. Wee telah mengendalikan circle time. Wee memberi kanak-kanak bentuk daan selepas itu kanak-kanak perlu menari mengikut arahan. Pada pukul 1.15 petang kanak-kanak diberi makan tengahari iaitu mee goreng.
Selepas itu pelajar dari kolej segi tiba untuk menjalankan beberapa aktiviti dengan kanak-kanak jr yang berada di situ. Sementara itu circle time di kelas jr dikendalikan oleh cikgu Geetha dan kanak-kanak menyanyikan beberapa nursery rhymes. Selepas itu permainan I spy dan I aim dijalankan.
Pada pukul 2.30 petang kanak-kanak jr dibawa ke kelas sr supaya murid-murid dari kelas sr dapat melakukan latihan untuk konsert. Saya dan Wee menunjukkan apakah barangan yang terdapat di kelas sr. Selepas itu cikgu Geetha membacakan cerita kepada kanak-kanak. Pada pukul 3.15petang kanak-kanak diberi snack time dan selepas itu mereka balik ke rumah. Saya balik ke rumah pada pukul 4.00 petang.


25 Jun 2010
Hari ini merupakan hari terakhir yang akan saya bertugas di small wonder childrenhouse. Saya berasa amat sedih mengenangkan hari ini hari terakhir saya. Saya sampai ke taska pada pukl 7.50 pagi. Hari ini saya duduk di hall kanak-kanak jr dan bermain dengan kanak-kanak yang lain. Selepas itu saya memberikan hadiah kepada Chung Wei kanak-kanak yang menjadi kajian kes saya.
Cikgu Jeffeny yang menjadi penyelia saya telah memanggil saya dan menanyakan tentang rancangan pengajaran saya dan mengatakan bahawa saya tidak memberikan rancangan pengajaran saya. Saya agak tertekan kerana saya selalu memberikan rancangan pengajaran saya cikgu Jeffeny sebelum menjalankan rancangan pengajaran saya namun dia akan memberikan kepada saya balik. Saya terpaksa mencari rancangan pengajaran saya kepada cikgu Jeffeny dan memberikan kepadanya supaya dia dapat menulis komen bagi rancangan pengajaran yang saya buat.
Pada pukul 8.45 pagi, loceng dibunyikan. Kanak-kanak sesi pagi berkumpul di ruang jr untuk sesi circle time. Selepas itu cikgu Jelita telah mengendalikan sesi Farewell untuk saya dan Wee. Kanak-kanak menyanyikan lagu I Love You menjadikan hati saya berasa sebak. Kanak-kanak selepas itu memeluk saya dan Wee dan Puan Jelita memberikan hadiah sebagai penghargaan kami berada di sini.
Selepas itu sambutan hari jadi Farrel telah dijalankan. Seperti biasa Farrel membuat birthday walk dan selepas itu meniup lilin dan memotong kek. Selepas itu cikgu Jelita telah membacakan kad harijadi daripada setiap kelas. Farrel memberikan birthday pack kepada kanak-kanak dan guru-guru yang berada di situ. Pada pukul 9.30 pagi kanak-kanak diberi makan pagi iaitu roti canai. Selepas itu terdapat persembahan dari badut sempena hari jadi Farrel sehingga pukul 11.00 pagi. Selepas itu saya membantu cikgu Mary memandikan kanak-kanak untuk kali yang terakhir. Selepas itu saya memberi makanan kepada kanak-kanak.
Selepas itu saya dan Wee memberikan cenderamata kami kepada semua guru yang berada di situ. Guru-guru di situ memeluk kami dan mengucapkan terima kasih dan meminta kami untuk bertugas di sini lagi pada masa hadapan.
Selepas itu saya dan Wee telah membantu guru-guru di situ untuk membuat editing untk lagu-lagu konsert. Saya berasa agak sedih kerana tidak dapat meluangkan masa kepada kanak-kanak sesi petang. Setelah habis saya dan Wee telah balik ke rumah. Ini merupakan jurnal terakhir saya bagi taska dan saya berasa agak sedih kerana terdapat banyak kenangan di taska ini dan saya mendapat pengalaman yang agak banyak mengendalikan tingkah laku kanak-kanak.

No comments:

Post a Comment